Kepada mereka yang berhajat mengambil bahagian dalam rancangan APA 
KHABAR KELANTAN bolehlah mengemukakan pandangan, cadangan atau soalan 
kepada Setiausaha Politik MB Kelantan dengan mengirim email ke 
[EMAIL PROTECTED]

Soalan anda akan dibacakan semasa siaran itu nanti.Dapatkan reaksi 
mengenai Kelantan terus dari Pejabat Menteri Besar sendiri hanya 
melalui WTV8 Saluran Alternatif Anda. 

dari WTV8

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Bersama saya dalam rancangan: Apa Khabar Kelantan
> 
> by Roslan SMS
> PAS telah diamanahkan memerintah negeri Kelantan sejak tahun 1990. 
> Dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, kerajaan negeri ini menerima 
> kekangan dan pelbagai sekatan semata-mata kerana ia tidak sealiran 
> dengan kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN.
> 
> Dan salah satu cara menganak-tirikan Kelantan adalah dengan 
memotong 
> terus ia dari arus perdana media elektronik dan cetak yang dikuasai 
> Umno-BN. Maka apa sahaja yang berlaku di Kelantan akan dikhabarkan 
> menurut selera dan nafsu Umno-BN. Seringkali yang hitam menjadi 
putih 
> dan yang putih sebaliknya.
> 
> WTV8 telah mengambil inisiatif menerbitkan satu rancangan yang 
diberi 
> nama APA KHABAR KELANTAN untuk memberi peluang dan kesempatan 
kepada 
> Kelantan untuk memberikan maklumat dan perkembangan mereka dan bagi 
> rakyat untuk bertanya terus tanpa perlu merujuk kepada authority 
yang 
> kabur dan mengelirukan.
> 
> Sudah pastilah inisiatif besar ini tidak sehebat media eletronik 
dan 
> cetak yang berada dalam genggaman Umno-BN tetapi sekurang-kurangnya 
> ia suatu permulaan yang proaktif.
> 
> Rancangan mingguan ini akan memaparkan Setiausaha Politik YAB Tuan 
> Guru Dato Menteri Besar Kelantan iaitu Sdr Anual Bakhri Haron dan 
> saya diberikan amanah sebagai moderatornya.
> 
> Rancangan ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin 
> mengemukakan soalan, pandangan dan cadangan untuk dijawab dan 
diulas 
> oleh SETPOL MB ini. Segala soalan, pandangan dan cadangan bolehlah 
> dikemukakan kepada [EMAIL PROTECTED]
> 
> APA KHABAR KELANTAN siri 1 kini sudah pun ke udara dan boleh 
dilayari 
> di http://wtv8.tv
>


Kirim email ke