Bersama saya dalam rancangan: Apa Khabar Kelantan

by Roslan SMS
PAS telah diamanahkan memerintah negeri Kelantan sejak tahun 1990. 
Dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, kerajaan negeri ini menerima 
kekangan dan pelbagai sekatan semata-mata kerana ia tidak sealiran 
dengan kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN.

Dan salah satu cara menganak-tirikan Kelantan adalah dengan memotong 
terus ia dari arus perdana media elektronik dan cetak yang dikuasai 
Umno-BN. Maka apa sahaja yang berlaku di Kelantan akan dikhabarkan 
menurut selera dan nafsu Umno-BN. Seringkali yang hitam menjadi putih 
dan yang putih sebaliknya.

WTV8 telah mengambil inisiatif menerbitkan satu rancangan yang diberi 
nama APA KHABAR KELANTAN untuk memberi peluang dan kesempatan kepada 
Kelantan untuk memberikan maklumat dan perkembangan mereka dan bagi 
rakyat untuk bertanya terus tanpa perlu merujuk kepada authority yang 
kabur dan mengelirukan.

Sudah pastilah inisiatif besar ini tidak sehebat media eletronik dan 
cetak yang berada dalam genggaman Umno-BN tetapi sekurang-kurangnya 
ia suatu permulaan yang proaktif.

Rancangan mingguan ini akan memaparkan Setiausaha Politik YAB Tuan 
Guru Dato Menteri Besar Kelantan iaitu Sdr Anual Bakhri Haron dan 
saya diberikan amanah sebagai moderatornya.

Rancangan ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin 
mengemukakan soalan, pandangan dan cadangan untuk dijawab dan diulas 
oleh SETPOL MB ini. Segala soalan, pandangan dan cadangan bolehlah 
dikemukakan kepada [EMAIL PROTECTED]

APA KHABAR KELANTAN siri 1 kini sudah pun ke udara dan boleh dilayari 
di http://wtv8.tv

Kirim email ke