KOTA BHARU, 10 Jan - Kelantan sentiasa membuka ruang kepada mana-mana 
syarikat pengeluaran produk perubatan khususnya yang mengikut kaedah 
Islam memasarkan keluaran mereka di negeri ini. 

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, 
Kelantan bakal menjadi hub bagi sektor perubatan Islam di negara ini 
kerana ia kini menjadi tumpuan kepada pengeluaran produk tersebut. 

"Apa yang penting pengertian halal bukan sahaja pada bahan-bahan yang 
digunakan halal, sebaliknya menggunakan kaedah perubatan Islam 
seperti pinggan putih yang ditulis doa-doa dan ayat al-Quran. 

"Saya juga melahirkan rasa terharu serta kagumnya terhadap seorang 
usahawan wanita yang mengambil inisiatif untuk menambahkan produk 
perubatan halal di negara ini," katanya selepas majlis pelancaran 
produk kesihatan Islam keluaran Syarikat Naqia Corporation di KB 
Mall, baru-baru ini. 

Menurutnya, umat Islam seharusnya berbangga dengan kejayaan syarikat 
berkenaan sehingga air musoffa yang dirawat menggunakan pinggan putih 
mendapat pengiktirafan antarabangsa. 

Oleh itu kata beliau ia harus dijadikan contoh kepada pengusaha-
pengusaha lain untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan Muslim yang 
berjaya di negara ini. 

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Urusan Naqia, Prof Dr Zamila 
Hussin.//Hrkh 
 


Kirim email ke