PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT : 'SELAMATKAN MALAYSIA, KEMBALIKAN HAK RAKYAT!' Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, rakyat akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tarikh : 10 NOVEMBER 2007 (SABTU) Masa : 3:00 PETANG Tempat : DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR Anjuran : BERSIH SEMUA DIJEMPUT HADIR! Nota : 1. Para peserta digalakkan memakai baju kuning sebagai lambang protes. 2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH. Petikan HarakahDaily.Net : Jurucakap Bersih, Mohd Anuar Tahir berkata, untuk tujuan itu pihaknya mula menjual t-shirt bewarna kuning dengan lambang kempen Bersih kepada orang ramai yang ini menyertai perhimpunan terbesar itu. Katanya, Bersih sudahpun bersedia untuk mengembleng rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri Dataran Merdeka mulai jam 3 petang dan selepas itu berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong. Sehubungan itu katanya, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan t-shirt berkenaan boleh menghubungi petugasnya, Abdul Halim ditalian 019-2111572 atau layari www.bersih.org untuk keterangan lanjut. "Kita akan membuka gerai jualan di Taman Melewar, sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat, 28 Oktober ini," jelas beliau. Menurut Anuar, sebagai permulaan kepada kempen tersebut, Bersih mengalakkan rakyat Malaysia yang prihatin supaya memulakan kempen dengan berpakaian kuning. Katanya, kuning adalah warna yang diiktiraf antarabangsa sebagai lambang protes terhadap langkah yang tidak demokratik diambil sesebuah kerajaan. Warna kuning juga katanya, adalah warna perjuangan kebebasan media. "Oleh itu saya menyeru rakyat Malaysia untuk mula berpakaian kuning, mereka boleh juga memakai riben, tali leher, tudung, 'head band' atau 'arm band' dalam aktiviti harian mereka," serunya.
__________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com
