Manarik utk dibaca nih...
________________________________
Subject:
PEDAS-PEDAS CILI API
Oleh Cili Api - Laman [EMAIL PROTECTED]
________________________________
18 Oktober 2007
GEJALA BURUK HADARI
Baru-baru ini Cili Api terbaca tentang satu berita satu perkara
yang pelik tetapi benar boleh berlaku dalam negara Islam Hadari. Sebuah
kilang arak yang baru dibina di Klang dalam bulan Mei tahun ini. Nama
syarikatnya Napex Corporation dan nama arak yang dikeluarkan Jaz beer.
<http://my.opera.com/marhaen/blog/2007/09/26/poster-pru-islam-hadhari>
Ini kilang arak ketiga di negara Islam Hadari. Cili Api tahu sebelum ini
sudah ada dua kilang, yang dimiliki Anchor Berhad dan Carlsberg Brewery
Malaysia Berhad. Mereka mengeluarkan jenis arak yang sama dengan nama
kilang, iaitu Guiness dan Carlsberg. Tiada media tempatan melaporkan
kemajuan gemilang dan terbilang ini.
Cili Api percaya tentu sekali permintaan untuk arak dalam Negara
Hadari bertambah. Jikalau tidak masakan ada ruang untuk sebuah lagi
kilang. Di negara ini, selain Islam sebagai agama (rasmi) Persekutuan
mengharamkannya, sebahagian masyarakat dari semua agama menolak minuman
arak, kerana ia boleh menjadi punca pelbagai maksiat dan jenayah.
Cili Api nampak setakat ini Islam Hadari ala Dolah Badawi tidak
ambil peduli tentang pelbagai keadaan buruk yang berlaku dalam
masyarakat. Tidak peliklah. Bukankah selama Islam Hadari diisytiharkan
oleh PM Dolah seantero dunia keadaan maksiat jenayah serta korupsi
dalam negara bertambah buruk?
Beberapa kali Cili Api merasa terkejut dan bimbang untuk
anak-cucu bila melihat gejala-gela jenayah yang timbul dalam masyarakat.
Jenayah bunuh, rogol, curi, rompak, ragut dan macam-macam lagi semakin
luas berlaku. Semakin sering Islam Hadari dikhutbahkan, semakin teruk
keadaan jenayah.
Begitu juga dengan korupsi. Cili Api nampak ia lebih teruk
berlaku, terutama di kalangan para pemimpin pemerintah. Cuba kita
periksa semua pemimpin - pemimpin politik, pemimpin polis, pemimpin
BPR, pemimpin SPR, pemimpin kehakiman dan dan dan ......
Sebut pemimpin apa saja, kita akan dapati mereka bergelunang
dengan najis jenayah korupsi. Tetapi mereka boleh bebas dari tuduhan dan
hukuman. Bukankah mereka semuanya pemimpin? Adakah ini mengikut ajaran
Islam Hadari Dolah Badawi?
Cili Api sedih bercampur murung memikirkan segala gejala buruk
dalam masyarakat bertambah buruk semakin sering para pemimpin kerajaan
Umno-Bn memperkatakan tentang Islam Hadari mengikut cop PM Dolah
Badawi.
Hendak buat apa pun tidak boleh. Bagaimana boleh melupakannya?
Baiklah Cili Api ikut teladan Dolah. Tidur di mana saja apabila ada saja
kesempatan. Mudah-mudahan dalam tidur boleh lupa segala masalah dan
mendapat mimpi indah. Alhamdulillah!
NAIK, NAIK NAIK
Cili Api ramal selepas pilihanraya poket kita akan rabak. Harga
tol, harga minyak dan harga gas pasti naik lagi. Secara automatik harga
barang pun akan naik sama. Bagi rakyat tentu malapetaka. Orang kampung
susah, orang felda susah, orang bandar pun susah. Kos sara hidup
bertambah. Kerajaan tidak umum sekarang, sebab pilihanraya sudah dekat.
Jadi, tangguh sementara. Selepas pilihanraya, tengok.
<http://my.opera.com/marhaen/blog/2007/09/29/poster-pru-bn-barang-naik>
PM Dolah tidak peduli, anak-beranak dan kroni-kroninya sudah maha kaya.
Hasil mahsul difaraidkan seafdal-afdalnya mengikut ajaran Islam Hadari.
Cili Api tak payah bagi tahu Maha Dolah dengan isteri barunya tidak
susah, Rosmah dan suaminya (apa nama dia?) tidak susah. Mahapolis Musa,
Tauke judi Vincent Tan Tin Tun tidak susah. VK Maha Linggam juga tidak
susah. Al Tengku Al Palsu Al Adnan senang terus.
Cili Api tahu benor, ketika pengumuman naik harga dibuat nanti
mereka akan berpura-pura taik kuda. Buat-buat sedih dan menasihatkan
rakyat supaya berjimat cermat. Citt porrah... Bak kata Budin (Imuda)
dalam pi mai pi mai tang tu "keretapi kepala merah ..... piiirrraah"
Singapura tiada hasil bumi pun, tetapi rakyatnya lebih kaya dari
rakyat Malaysia. Negara kita ini banyak hasil mahsul. Negara kaya,
tetapi yang menikmatinya segelintir pemimpin Umno serta suku-sakat
mereka. Mereka semua kaya raya, rakyat sahaja yang miskin. Menteri Umno
rompak duit rakyat berbilion-bilion, Ketua Bahagian kaut duit rakyat
berjuta-juta dan Ketua Cawangan ambil beratus-ratus ribu.
Sebanyak mana pun pemimpin Umno merompak, mereka tetap selamat
sebab mahkamah takut dengan Umno, Polis pun takut sama Umno. Rakyat tak
takut. Cili Api tahu rakyat cuma kena tipu dengan RTM, TV3, Berita
Harian dan Utusan Malaysia. Media tidak berkhidmat untuk rakyat tetapi
untuk menipu rakyat demi kemewahan pemimpin Umno.
Cili Api tidak takut dengan Umno dan tidak percaya langsung
kepada RTM, TV3, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Kalaulah Hang Tuah
masih hidup mesti hero Melayu itu akan berkata "Melayu akan hilang di
dunia akibat Umno!" Sudah tentu dia pun akan seru supaya orang Melayu
jangan lagi mengundi Umno. Begitu juga Hang Jebat.
BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG
Semasa raya Cili Api mabuk ketupat. Sebab banyak sangat makan
pulut jadi kuat pula mengantuk. Musim perayaan banyak program. Cili Api
bimbang tertidur dalam majlis, nanti jadi macam Si PM Dolah tu pula.
Teladan buruk dan memalukan tuuuu!
Cerita Dolah mudah tertidur, dia PM paling lemah dan
macam-macam lagi sangat popular dan menjadi bahan jenaka di kampung.
Cili Api tidak sangka dan sedar hanya bila balik kampung. Rupa-rupanya
ramai yang mengutuk PM Dolah. Rasa sedih juga mengenangkan Perdana
Menteri Cili Api ini.
Ini setengah-setengah komen orang kampung tentang PM Dolah yang
Cili Ali dengar:
* Pak Lah standad ketua kampung saja...
* Pak Lah tak dak standad sebagai PM langsung...
* Pak Lah lembab... Pak Lah lemah...
"Aduh bagai tersepuk tahi lembu ke muka" dek mendengar
kenyataan-kenyataan dari rakyat jelata sampai sebegini teruk tentang
kemampuan Perdana Menteri Malaysia ke lima ini.
Cili Api pun bertanya, pura-pura tak tahu. "Kenapa kata pada
Perdana Menteri macam tu, kan tak baik?"
<http://my.opera.com/marhaen/blog/2007/09/28/poster-pru-berapakah-nilai-
diri-anda> Sebagai jawapan, mereka tuduh Cili Api pula merupakan
sebahagian dari kelompok Umno - bahlol yang angguk-angguk kepala sahaja
sebab memuja Si Dolah tu.
Mendengar kutukan mereka sampai sebegitu kerana cuba nak puji
Pak Lah, Cili Api pun diam sahaja.
Ini semua gara-gara rakyat menyaksikan lintas langsung Pak Lah
di Kuala Lumpur dengan Menteri Angguk JJ di Kazakhstan ketika pelancaran
roket yang membawa seorang rakyat Malaysia ke Angkasa. Soalan-soalan
yang dikemukan PM Dolah dan stailnya dalam lintas langsung itu tidak
padan sebagai seorang Perdana Menteri.
Selepas itu secara kebetulan Cili Api terlihat lintas langsung
antara budak sekolah pula dengan Syeikh Muzasfar. Bila dibandingkan,
ternyata soalan-soalan budak-budak darjah 3, 4, 5 dan 6 dari Sekolah
Rendah Kebangsaan Brickfields dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit
Damansara, Kuala Lumpur itu ternyata jauh lebih bernas dan berkualiti
dari soalan-soalan Dol Keropok tu.
Cili Api hanya mampu katakan begini, sambil geleng-geleng
kepala,
"Pak Lah... Pak Lah... awat hang teruk sangat ? "
NASIB PESARA MISKIN Dalam satu dua hari sebelum Cili Api
menyiapkan pojok ini, beberapa buah media Bahasa Malaysia luas
memperkatakan tentang nasib para pesara. (Maaf Cili Api tidak tahu apa
ada dalam media Bahasa Cina, sebab entah macam mana mata terus jadi
rabun gelap bila hendak membacanya).
<http://my.opera.com/marhaen/blog/2007/09/26/poster-pru-mereka-sedut-sem
ua> Mengikut berita dan ulasan, ramai pesara yang bergantung kepada
simpanan KWSP (EPF) hidup dalam keadaan miskin. Pukul rata pendapatan
bulanan yang mungkin dikeluarkan dari simpanan itu sehingga umur 75
tahun ialah RM475 saja. Cili Api tahu ini sudah jelas terletak di bawah
garis kemiskinan.
Inilah nasibnya dengan kebanyakan pesara, terutama mereka yang
berpendapatan rendah dan tidak pernah mahu tercebur ke dalam lembah
korupsi. Tetapi tidak payah sebutlah. Naib mereka tentu berbeza dengan
menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang bergelumang
dengan rasuah. Jangan cakap tentang anak-menantu, suku-sakat dan
kroni-kroni rapat mereka.
Tiap-tiap kali cerita-cerita lama berulang. Yang kaya bertambah
kaya, yang miskin papa kedana. Cili Api sudah mual mendengarnya. Rakyat
tentu lebih loya membacanya. Tetapi, apa perubahan yang hendak dan boleh
dibuat oleh PM Dolah Badawi dengan Islam Hadari beliau?
Cili Api fikir sistem pencen lebih baik dihidupkan semula. Dan
pencen yang paling rendah hendaklah ditetapkan di atas garis kemiskinan.
Tidak boleh buat? Siapa kata? Janganlah bazirkan wang petroliam yang
dikurniakan Allah itu!