Note: forwarded message attached.
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.
--- Begin Message ---
Selepas sengit di Parlimen Rembau, "Saya terus di sini"   [PDF] 
<http://pru12.pas.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1259>
[Cetak] 
<http://pru12.pas.org.my/index2.php?option=com_content&task=view&id=1259\
&pop=1&page=0&Itemid=30>    [E-mail] 
<http://pru12.pas.org.my/index2.php?option=com_content&task=emailform&id\
=1259&itemid=30>      Ditulis Oleh Badrul Hisham Shaharin      Thursday,
13 March 2008
Malam keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) saya seolah hilang
punca. Melalui kiraan pantas iaitu maklumat dari semua ajen kiraan undi
saluran / peti undi KeADILan mendahului kira kira 100 undi. Namun angka
yang diterima bukan angka rasmi.

Ramai ketua pusat mengundi pula menafikan hak agen kiraan undi keADILan
mendapat salinan borang 14. Selepas maghrib suasana di Pusat Penjumlahan
di Dewan Merdeka, Rembau agak tak tentu arah. Saya mengambil keputusan
untuk terus berada di Bilik Gerakan keADILan Parlimen Rembau (lima minit
dari Pusat Penjumlahan) untuk monitor keputusan yang masuk dan cuba
menghubungi semula semua agen pengiraan undi untuk menghantar borang 14
ke bilik gerakan.

Saya menghantar tiga orang untuk memasuki dewan, malangnya cuma Rozmal,
agen calon sahaja yang dibenarkan masuk. Bayangkan dalam keadaan ratusan
penyokong Bn di dalam dewan, apa yang Rozmal seorang mampu lakukan.
Sekitar jam 9.00 malam saya sudah merasakan sesuatu yang buruk akan
berlaku. Rozmal yang saya hubungi melalui telefon seperti hilang punca.
Dia mengatakan kemungkinan kiraan semula (dia juga tidak pasti) tetapi
semua berlaku dengan pantas. Jam 10.15 malam dua peti undi di bawa
masuk, dan lima minit selepas itu terus calon BN parlimen Rembau di
isytiharkan menang dengan majoriti 5,000 lebih.

Semenjak peristiwa itu saya mendapat ratusan panggilan telefon dari
teman dan wartawan yang ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi. Maka
semalam saya menganggil sidang media di SCAH, KL.

Saya istiharkan PRU-12 ini merupakan PRU paling kotor dan Rembau
merupakan yang terkotor. Media, agensi kerajaan diperkuda secukupnya
demi menjamin kemenangan BN. Di Rembau contohnya Pengurus Pilihanraya
yang juga Pegawai Daerah Rembau serta 'team'nya sendiri terpaksa tunduk
kepada menantu Abdullah dan menekan lawan Bn.

Begitu banyak majlis kerajaan, peruntukan kerajaan dan premis/kawasan
milik kerajaan dipergunakan oleh jentera Bn demi memastikan menantu Pm
menang. Tuan Rawi, pegawai daerah Rembau ketika saya hubungi melalui
telefon bertanyakan kenapa menantu Abdullah boleh menggunakan kemudahan
kerajaan tetapi saya dinafikan hak untuk menyewa padang Rembau?

Beliau menyatakan meluluskan atau tidak itu kuasanya... dan dia sudah
membuat keputusan untuk tidak membenarkan calon lawan menantu PM
menggunakan padang dan dia juga punya kuasa untuk membenarkan menantu PM
menggunakan padang Rembau..katanya menantu PM lain dia Bn...selepas
ditanya mengenai saya juga membayar deposit pilihanraya seperti menantu
Pm dan selaku pegawai yang menjalankan tugas SPR dan makan gaji yang
dibayar oleh rakyat dia harus bertindak adil...dia meletakkan telefon
!!!

Kejadian kedua ialah apabila banyak aduan yang saya buat seperti bahan
kempen hilang, terbakar...penggunaan bendera Umno yang tidak bertanding
Pilihanraya...dan banyak lagi tidak dilayan walaupun telah berkali -
kali membuat aduan ke Bilik Gerakan SPR Rembau (pejabat Daerah)...saya
telah menelefon ke Bilik Gerakan SPR tetapi malangnya saya ditengking
oleh A.D.O Rembau dan mengugut untuk mengambil tindakan ke atas saya
kerana mengganggu pegawai awam.

Saya terus mencabar beliau jika anak jantan sila ambil tindakan undang
undang .... dia mengatakan "dengan awak dengan Anwar Ibrahim boleh
jalan.." .... saya hilang sabar dan terus mengatakan Kamu memang anjing
BN dan meletakkan telefon...saya tahu penggunaan perkataan anjing itu
melampau...di sini saya memohon maaf tetapi beliau juga harus mengakui
tindakan beliau yang gagal memastikan pilihanraya di P131 berjalan
secara adil.

Rembau telah melalui 12 kali Pilihanraya Umum. Ramai orang 'lama' di
Rembau sendiri mengakui bahawa dia tidak pernah tengok pilihanraya yang
sekotor ini dengan pelibatan gangster. Saya mengalami kerugian tidak
kurang RM20,000 kerana banner, bendera dan poster yang hilang, dicuri,
dirosakkan dan dibakar.

Kegiatan kekasaran seperti menahan atau menghalang atau mengasari
petugas pilihanraya juga wujud. Seorang yang mengaku Eksekutif kempen
Khairy (putih, gebu, berjanggut) yang dipercayai bukan 'budak tempatan'
sering kali cuba membuat kecoh dalam kempen individu saya. Contohnya di
Masjid Rembau selepas solat jumaat saya di serbu dan dituduh berkempen
menggunakan masjid. Saya tidak mempedulikan 'tentera berbayar' menantu
PM ini dan terus bersalaman melayan jemaah.

Mujur kawalan keselamatan calon berjaya membawa 'tentera berbayar Khairy
ini jauh dari saya. Sekali lagi 'tentera berbayar yang sama' dengan
kumpulanya cuba menyerbu saya di Masjid Paroi. Kali ini mengugut dengan
menuding jari dan mengatakan siap kau !!! sekali lagi kumpulan pengacau
upahan Khairy ini berjaya dikuis jauh dari saya.

Kejadian kedua terjadi terhadap calon keADILan DUN Rantau dalam Parlimen
Rembau. sekitar 2.00 pagi 5 hari sebelum pembuangan undi, rumah beliau
di Rantau telah di kelilingkan dengan bendera BN/Umno tetapi dengan
keberanian wanita lebih 50 tahun ini sendiri keluar dan menanggalkan
bendera BN/Umno yang menceroboh tanah beliau dan memasukkan dalam
plastik hitam.

Mungkin tidak puas hati dengan keberanian Aisah Lamsah, sekumpulan besar
petugas Bn telah mengepung rumah beliau dan meletakkan lebih banyak
bendera, poster, flag line Bn di sekitar tanah rumah Puan Aisah. Laporan
polis dibuat tetapi sehingga kini tiada tindakan.

Kejadian pendokong Parti Mahasiswa Negara yang hadir untuk bertemu orang
kampung juga perlu diberikan perhatian. Anak - anak muda ini turun ke
Rembau untuk merancakkan lagi kempen PRU-12. Namun ketika kira kira 10
orang dari mereka ingin memasuki kampung Gadong, meeka dihalang gangster
Umno secara kasar. Polis yang dipanggil cuma mampu menasihatkan agar
kami akur dengan gangster Umno itu. Malah kebetulkan ketika itu telah
masuk waktu solat, kumpulan kami yang hendak solat di Surau Kampung itu
juga dihalang bersolat.

Hari yang sama di kawasan Rumah Rakyat Astana Raja, saya diserbu oleh
Ketua Wanita Umno kawasan itu yang menjerit - jerit seperti orang gila
mengakatan saya tak boleh masuk kerana ini kawasan Umno. Ramai penduduk
keluar untuk melihat apa yang berlaku...ramai antara mereka yang datang
dan menyatakan sokongan kepada saya sambil berkata...biasalah itulah
akibat menantu Pm datang bertanding sini...akak tu dah terbayang nak
jadi setiausaha menteri kut...

Hari yang sama sekumpulan petugas kempen keADILan di Kampung Semin
dihalang perjalanan kenderaannya oleh kereta waja WMJ 8327 warna kelabu,
dan diugut supaya berhenti kempen atau nyawa melayang.

Sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka GERAK Mahasiswa yang
hadir ke Rembau kerana menyampaikan manisfesto GERAK yang berbunyi tolak
calon rasuah. Manifesto ini dihantar ke semua bilik gerakan parti
politik termasuk keADILan, BN dan PAS. Malangnya petugas GERAK Mahasiswa
ini telah diambil kad pengenalanya dan mereka di iring keluar dari
kawasan Parlimen Rembau oleh petugas BN.

Dari aspek senarai pemilih sendiri sejak dari awal sememangnya disedari
kotor. Ini membuktikan SPR sudah sedia memenangkan menantu Pm. Saya
sendiri telah membuat laporan polis mengenai wujudnya ratusan pengundi
ragu iaitu mereka yang dibawah umur dan berumur lebih 150 tahun. Saya
juga membuat laporan polis kerana 'layanan istemewa' SPR yang dengan
pantas menukar status menantu PM dari pengundi di Lembah Pantai menjadi
pengundi di Gadong Rembau.

Walaupun sebelum itu hanya dua hingga tiga bulan sebelum itu dia
pengundi berdaftar di Wilayah Persekutuan berdasarkan carian SPR. Bukan
itu sahaja Jabatan Pendaftaran juga begitu pantas membuatkan MyKadnya
yang beralamat di Gadong.

laporan penuh hari pengundian akan disiapkan pada 13 Mac ini dan akan
dihantar ke kumpulan peguam untuk meneruskan tindakan bantahan. Antara
kejadian yang dilaporkan ialah pemberian wang secara terbuka, dua nama
sama tetapi kad pengalan berbeza (berbeza 3bulan lahir) dalam alamat
rumah yang sama didapati mengundi, pengundi dibenar mengundi tanpa
membawa kad pengenalan, kejadian pukul, kejadian datang mengundi tetapi
nama sudah diundikan dan banyak lagi kejadian pelanggaran undang undang
berlaku.

Semalam 9.30 malam saya hadir mesyuarat bersama jentera di Pejabat
Gerakan PRU keADILan Rembau. Tak sangka ramai yang hadir, semua tidak
mengakui kemenangan 'tipu daya' BN, mereka mendesak tindakan lanjut
diambil.

Semalam juga ramai yang berikrar untuk tetap meneruskan gerak kerja
bukan seperti kebiasaan selepas pilihanraya terus senyap. Mereka meminta
saya terus membuka Bilik Gerakan PRU untuk dijadikan pusat khidmat. Saya
hanya mampu menyatakan InsyaAllah kerana sedang usaha berkira dan
mencari perbelanjaan operasi sekurang kurangnya sehingga PRU 13.

Namun saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua. Memang rakyat
belum menang kerana kemenangan kita dinafikan dengan tipu daya tetapi
saya janji akan terus berjuang. Semua dijemput datang ke Kenduri Perdana
Rakyat 15 Mac 2008, 8 malam di depan Pusat Gerakan PRU 12 keADILan
Rembau (belakang Pej. Daerah Rembau)./wann

Penulis, Badrul Hisham ialah AMT KeADILan yang bertanding di Parlimen
Rembau menentang Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
 

--- End Message ---

Kirim email ke