----- Forwarded Message ----
From: fakhrudin_2005 <[EMAIL PROTECTED]>
To: abuhafizd <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, June 24, 2008 16:56:29
Subject: Re: Keretapi laju Kuala Lumpur - Kelantan

Saya amat berbesar hati sekiranya Kerajaan Malaysia menyegerakan
pembinaan lebuh raya dari Bentong ke Kota Bharu memandangkan jumlah
trafik yang semakin meningkat. Selain memberi keselesaan kepada
pengguna terutama yang ingin ke Kelantan, ia akan meningkatkan sosio
ekonomi di kawasan terbabit.

Dalam hal ini sentimen politik hendaklah diketepikan sekiranya ingin
melihat negara maju secara keseluruhan dalam menuju wawasan 2020.
Kerajaan sepatutnya melihat perkara ini secara positif dalam usaha
untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu kerana lebuhraya ini sudah
tentu akan digunakan oleh rakyat Kelantan yang berketurunan Melayu.

Lagipun orang Kelantan tidak akan menggunakan lebuhraya Pantai Timur
yang sedang dalam pembinaan, kerana jaraknya yang jauh dan sudah
tentu meningkatkan kos perjalanan.

Jalan raya yang sedia ada sudah tidak selamat kerana faktor
fizikalnya yang berliku-liku dan sempit. Sudah banyak kemalangan
direkodkan di sepanjang jalan ini. Kesesakan jalan yang sedia ada
akan menjadi teruk bila tiba musim perayaan.

daripada:
ko-ghey.


--- In perakan@yahoogroups.com, "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Oleh Lesco
> Assalamualaikum
>
> Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur - Singapura pada dasarnya amat
baik
> terutama dalam aspek menjalin hubungan yang baik dengan negara
jiran
> itu yang sedikit terjejas akhir-akhir ini disamping kerana tujuan
> ekonomi. Namun, kalau dilihat secara keseluruhanya termasuk
kerjasama
> dua hala untuk merealisasikan projek ini mungkin agak sukar.
> Pengalaman lepas boleh menjadi pengalaman dan sikap berhati-hati
kita
> terutama mengenai kepentingan Negara.
>
> Merujuk kebimbangan Alnorulhadi dalam forum Utusan terhadap KLIA
yang
> kemungkinan akan terjejas akibat projek ini ada asasnya di mana
> rakyat Singapura yang menjadi sasaran utama pengguna projek
keretapi
> laju akan memilih pengangkutan keretapi dari pengangkutan udara.
> Kerajaan seharusnya memberi keutamaan terhadap sesuatu projek
> berdasarkan jumlah penggunaan dan bagaimana ia memberi manfaat
kepada
> rakyat.
>
> Saya amat setuju dengan saranan saudara Bahar M dalam forum Utusan
> mengenai Keretapi Laju Kuala Lumpur - Kelantan. Projek Keretapi
Kuala
> Lumpur ke Pantai Timur ini seharusnya menjadi keutamaan kerajaan
> untuk dibuat kajian. Perbandingan jumlah penumpang keretapi antara
> Kuala Lumpur - Singapura dan Kuala Lumpur - Tumpat amat ketara
sekali
> dimana jumlah penumpang ke Pantai Timur adalah lebih ramai.
> Penggunaan keretapi antara dua haluan ke selatan dan ke timur ini
> seharusnya menjadi ukuran utama dalam kajian untuk projek ini.
>
> Saya amat berharap sekiranya kerajaan ingin membina projek keretapi
> laju maka laluan ke Pantai Timur sepatutnya diberi keutamaan.//Hrkh
>

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke