KUALA LUMPUR: 24 Julai, Kerajaan Pusat tidak mempunyai perancangan 
untuk mewujudkan kereta api laju ke Kelantan, kata Timbalan Menteri 
Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin, dalam Persidangan Dewan Negara 
Hari ini. 

"Kereta api ekspres biasa yang beroperasi pada masa kini iaitu dari 
Kuala Lumpur (KL) ke Tumpat akan sentiasa beroperasi pada setiap 
hari. 

"Perjalanan KL-Tumpat bertolak jam 8.30 malam dan tiba esoknya jam 
9.55 pagi. 

"Bagi Tumpat-KL pula bertolak jam 6.30 petang dan tiba 7.38 pagi 
esoknya," katanya.

Kerajaan juga tidak mempunyai perancangan untuk memperluaskan 
perkhidmatan pengangkutan awam bagi sistem monorel atau sistem 
Transit Aliran Ringan (LRT) ke bandar lain kecuali Pulau Pinang, 
persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin menjawab bagi 
persoalan yang dibangkitkan oleh Mumtaz dalam Persidangan Dewan 
Negara hari ini.

"Cadangan pembinaan monorel bagi Pulau Pinang, kerajaan masih 
membuat kajian lanjut" 

"Tetapi ada negeri lain yang turut memohon seperti Sabah, Melaka dan 
Johor. Ia juga masih dalam kajian. Jika kajian ini menepati 
keperluan, maka projek itu akan diswastakan," katanya menjawab 
soalan Senator Mumtaz Md Nawi. 

Mengenai bilangan koc monorel dan LRT yang akan ditambah di ibu 
negara dalam masa terdekat, Lajim berkata, setakat ini koc yang ada 
mencukupi untuk menampung bilangan penumpang//bernama

--- In perakan@yahoogroups.com, abu hafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> 
> 
> 
> ----- Forwarded Message ----
> From: fakhrudin_2005 <[EMAIL PROTECTED]>
> To: abuhafizd <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Tuesday, June 24, 2008 16:56:29
> Subject: Re: Keretapi laju Kuala Lumpur - Kelantan
> 
> Saya amat berbesar hati sekiranya Kerajaan Malaysia menyegerakan
> pembinaan lebuh raya dari Bentong ke Kota Bharu memandangkan jumlah
> trafik yang semakin meningkat. Selain memberi keselesaan kepada
> pengguna terutama yang ingin ke Kelantan, ia akan meningkatkan 
sosio
> ekonomi di kawasan terbabit.
> 
> Dalam hal ini sentimen politik hendaklah diketepikan sekiranya 
ingin
> melihat negara maju secara keseluruhan dalam menuju wawasan 2020.
> Kerajaan sepatutnya melihat perkara ini secara positif dalam usaha
> untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu kerana lebuhraya ini sudah
> tentu akan digunakan oleh rakyat Kelantan yang berketurunan Melayu.
> 
> Lagipun orang Kelantan tidak akan menggunakan lebuhraya Pantai 
Timur
> yang sedang dalam pembinaan, kerana jaraknya yang jauh dan sudah
> tentu meningkatkan kos perjalanan.
> 
> Jalan raya yang sedia ada sudah tidak selamat kerana faktor
> fizikalnya yang berliku-liku dan sempit. Sudah banyak kemalangan
> direkodkan di sepanjang jalan ini. Kesesakan jalan yang sedia ada
> akan menjadi teruk bila tiba musim perayaan.
> 
> daripada:
> ko-ghey.
> 
> 
> --- In perakan@yahoogroups.com, "abuhafizd" <abuhafizd@> wrote:
> >
> > Oleh Lesco
> > Assalamualaikum
> >
> > Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur - Singapura pada dasarnya amat
> baik
> > terutama dalam aspek menjalin hubungan yang baik dengan negara
> jiran
> > itu yang sedikit terjejas akhir-akhir ini disamping kerana tujuan
> > ekonomi. Namun, kalau dilihat secara keseluruhanya termasuk
> kerjasama
> > dua hala untuk merealisasikan projek ini mungkin agak sukar.
> > Pengalaman lepas boleh menjadi pengalaman dan sikap berhati-hati
> kita
> > terutama mengenai kepentingan Negara.
> >
> > Merujuk kebimbangan Alnorulhadi dalam forum Utusan terhadap KLIA
> yang
> > kemungkinan akan terjejas akibat projek ini ada asasnya di mana
> > rakyat Singapura yang menjadi sasaran utama pengguna projek
> keretapi
> > laju akan memilih pengangkutan keretapi dari pengangkutan udara.
> > Kerajaan seharusnya memberi keutamaan terhadap sesuatu projek
> > berdasarkan jumlah penggunaan dan bagaimana ia memberi manfaat
> kepada
> > rakyat.
> >
> > Saya amat setuju dengan saranan saudara Bahar M dalam forum 
Utusan
> > mengenai Keretapi Laju Kuala Lumpur - Kelantan. Projek Keretapi
> Kuala
> > Lumpur ke Pantai Timur ini seharusnya menjadi keutamaan kerajaan
> > untuk dibuat kajian. Perbandingan jumlah penumpang keretapi 
antara
> > Kuala Lumpur - Singapura dan Kuala Lumpur - Tumpat amat ketara
> sekali
> > dimana jumlah penumpang ke Pantai Timur adalah lebih ramai.
> > Penggunaan keretapi antara dua haluan ke selatan dan ke timur ini
> > seharusnya menjadi ukuran utama dalam kajian untuk projek ini.
> >
> > Saya amat berharap sekiranya kerajaan ingin membina projek 
keretapi
> > laju maka laluan ke Pantai Timur sepatutnya diberi 
keutamaan.//Hrkh
> >
> 
> Send instant messages to your online friends 
http://uk.messenger.yahoo.com
>


Kirim email ke