kawe buke apo.... buke niat nok mapuh sek-sek hok jul satey... tapi sain kawe 
royak lagu 2. buke kejadie zame tokong tongek dulu, tp hok baru...kawe royak 
tulo pringak la ko puok2 kito, kalu raso nok make jugok gak loh gi la...mugo 
perok demo....kawe tulo royak jah.lamo ke demo kato nok suroh sain mapuh ko x 
royak bendo hok tok molek

--- Pada Rab, 4/2/09, Khairul Azmi <az...@yahoo.com> menulis:

Daripada: Khairul Azmi <az...@yahoo.com>
Subjek: Re: [perakan] Satay Kajang banyak RECYCLE
Kepada: perakan@yahoogroups.com
Tarikh: Rabu, 4 Februari, 2009, 7:53 PM







setahu kawe la, satay haji samuri ni dio x wat kijo2 mencocok daging tu di 
branch2 dio. sumo mari dlm bentuk pack plastk,wat tubik bakar jah. mace ore 
buko Mc D la,wat mari tu tlg goreng jah.
sapo laaa hok dok wat fitnoh gini. doh la tu antara bisnes melayu hok berjaya, 
nok punoh namo plok.

 

Terima Kasih,
Khairul Azmi







From: jack smile <one...@yahoo. com>
To: pera...@yahoogroups .com
Sent: Wednesday, February 4, 2009 7:33:11 PM
Subject: Re: [perakan] Satay Kajang banyak RECYCLE






Kalau anda kurang pasti dengan kesahihan sesuatu berita, jangan forward 
mengkhinzir buta kat sini. Setidak2nya anda menimbulkan persoalan utk dijawab 
oleh para netters yg lain. Artikel ni dah lama berlegar kat ruang siber 
(rasanya dah bertahun) dan telah dijawab oleh pihak berkenaan. Rasanya artikel 
fitnah pihak tertentu utk menjatuh pihak yg lain. Apa2 pun kena siasat dulu utk 
kesahihan.
 
onemzi

--- On Wed, 2/4/09, MOHD TAJUDIN ABDUL WAHAB <tajudinsaifullah@ yahoo.com. my> 
wrote:

From: MOHD TAJUDIN ABDUL WAHAB <tajudinsaifullah@ yahoo.com. my>
Subject: [perakan] Satay Kajang banyak RECYCLE
To: "perakan group" <pera...@yahoogroups .com>
Date: Wednesday, February 4, 2009, 3:04 PM








Satay Kajang banyak RECYCLE...*

Dear Kawan-kawan,

Kalau kita pergi ke Kajang, semua orang tidak melepaskan peluang untuk makan 
satay kajang di sana. Terutama sekali Satay Haji Samuri sebab ianya sudah 
terkenal seantero Malaysia.

Sekarang ni tak payahlah pergi jejauh ke Kajang, makan saja di Awan Besar 
(tempat rehat di highway Kesas), sebab Haji Samuri dah buka branch di sana.

Untuk itu teman nak berkongsi pengalaman (yang mungkin tidak boleh dilupakan) 
selepas memakan Satay Haji Samuri.Pada hari minggu yang lalu,
teman berserta dengan adik teman (2 family) baru pulang dari Sungai
Chongkak. Dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk singgah di Awan Besar
untuk makan malam - apalagi, sataylah!!! (jawab anak-anak).

Masing-masing semuanya tengah kelaparan sebab sehari suntuk bermandi-manda di 
sungai. Setibanya di sana, kami pun order seperti biasa (masa tu orang yang 
makan dan bawa pulang punyalah ramai). Kami pun makanlah dengan penuh berselera 
sekali tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Setelah kenyang, suami teman pergi ke surau untuk solat maghrib & adik ipar 
teman ke toilet & hisap rokok sebentar. Lebih kurang 15 minit kemudian kamipun 
bayar bil & berlalu dari Awan Besar (nak balik rumah awal, sebab esok anak-anak 
nak sekolah). Dalam perjalanan pulang, teman dah rasa ngantuk sebab kenyang 
sangat, tiba-tiba adik teman menegur suaminya 'Papa, tadi makan satay banyak 
betul!!' Terus adik ipar teman cerita... 'Kalau korang, dengar cerita ni, mesti 
tak nak makan satay kajang lagi........ ...' Semua yang ada
dalam kereta tanya dia 'Kenapa??' Dia pun cerita,

setelah dia pergi ke toilet, dia pergi hisap rokok di tepi toilet tu dekat 
belakang kedai Satay Haji Samuri (kedainya di sebelah tepi sekali). Dia 
memerhatikan seorang pekerja sedang menyatukan sisa-sisa kuah satay (yang 
biasanya dalam mangkuk kecik-kecik) ke dalam sebuah mangkuk besar.

Seorang pekerja lagi sedang mengumpulkan lidi satay yang telah digunakan orang 
ke dalam satu bekas besar. Adik ipar teman ni secara spontan
bertanya kepada pekerja yang sedang menuang sisa kuah satay tadi (sebab jaraknya
lebih dekat dari pekerja yang sedang mengumpul lidi satay). 'Dik, kuah ni nak 
buang ke?' Jawab pekerja tadi,'Taklah bang, mana boleh buang, kuah ni mahal 
tau, kita pakai balik.....'

Adik ipar teman, terkejut betul dengan jawapan tadi, dia pun tanya lagi .. 
'Lidi-lidi tu pun tak buang ke?' Jawab pekerja tadi, 'Ialah bang, kita cucuk 
satay balik' Pada mulanya adik ipar teman, ingatkan pekerja tadi bergurau saja, 
rupa-rupanya pekerja tu bercakap benar. Kemudian, dia lihat pekerja itu terus 
bangun dan membawa sisa kuah yang telah disatukan ke dalam mangkuk besar tadi 
ke dalam kedai (mungkin untuk di hidangkan semula). Setelah melihat kejadian 
tadi, adik ipar ku pun terus berlalu dan memegang perutnya sebab dah kenyang 
makan satay....... ..

Kami di dalam kereta yang mendengar cerita tersebut sungguh terkejut dengan 
cerita tadi. Teman berapa kali tanya adik ipar teman, 'Betul ke ni, Fozi.....' 
(terasa loya pun ada).

'Betullah', jawabnya . Selepas itu bermacam-macamlah perkataan keluar untuk 
melepaskan perasaan geram & marah. 'Cuba bayangkan kita makan sisa kuah satay 
tu, entah-entah semuanya di campurkan sekali..ee
gelinya!' 'Ialah, kita manalah tahu kalau orang yang makan ada penyakit
HIV ke, penyakit yang senang berjangkit, 'Lidinya orang dah gigit-gigit lepas 
tu kita pulak gigit....' 'Patutlah, kita makan sedap aje......' 'Agak-agaknya, 
dia malas nak masak
selalu kuah tu, diam main tambah-tambah aje....' 'Entah-entah, itu dia
punya petua untukpelarisnya kot......... .......

' 'Wallahuallam bissawab' Suami temanpun cakap untuk meredakan suasana - well, 
sekarang kita dah tahu, lepas ini tak janganlah makan lagi Satay Haji Samuri 
dan kita sebarkan berita ni kat internet supaya orang lain pun sedar.....Itulah 
ceritanya, so kalau you all nak makan satay, kenalah berhati-hati.

Tapi yang nyata, teman tak akan makan Satay Kajang lagi
............ ........* IZEHARI BIN BASAR PENOLONG PENGARAH UNIT KECIL 
PENYELIDIKAN
& PEMBANGUNAN TEKNOLOGI SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBANGUNAN
TEKNOLOGI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 03.8884.3152 03.8884 3161



Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! 


















      Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke