Emmm ado betul jugok..buke gapo tkut bendo2 gini ore nok sabotaj jah.kito
dok make slamo ni xdop pulop sakit perut..klu tul recycle..mesti la jadi
bnyok kume..dop..ko guano..tapi gak xpo lah..kito sero gu kito ni jenih
concern..so dio nok kosi nga puok2 kito..jange maroh2 deh..sek kito blako
ke...sek kito jange pecoh...

 

From: perakan@yahoogroups.com [mailto:pera...@yahoogroups.com] On Behalf Of
jack smile
Sent: Wednesday, February 04, 2009 4:33 PM
To: perakan@yahoogroups.com
Subject: Re: [perakan] Satay Kajang banyak RECYCLE

 


Kalau anda kurang pasti dengan kesahihan sesuatu berita, jangan forward
mengkhinzir buta kat sini. Setidak2nya anda menimbulkan persoalan utk
dijawab oleh para netters yg lain. Artikel ni dah lama berlegar kat ruang
siber (rasanya dah bertahun) dan telah dijawab oleh pihak berkenaan. Rasanya
artikel fitnah pihak tertentu utk menjatuh pihak yg lain. Apa2 pun kena
siasat dulu utk kesahihan.

 

onemzi

--- On Wed, 2/4/09, MOHD TAJUDIN ABDUL WAHAB <tajudinsaiful...@yahoo.com.my>
wrote:

From: MOHD TAJUDIN ABDUL WAHAB <tajudinsaiful...@yahoo.com.my>
Subject: [perakan] Satay Kajang banyak RECYCLE
To: "perakan group" <perakan@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, February 4, 2009, 3:04 PM


Satay Kajang banyak RECYCLE...*

Dear Kawan-kawan,

Kalau kita pergi ke Kajang, semua orang tidak melepaskan peluang untuk makan
satay kajang di sana. Terutama sekali Satay Haji Samuri sebab ianya sudah
terkenal seantero Malaysia.

Sekarang ni tak payahlah pergi jejauh ke Kajang, makan saja di Awan Besar
(tempat rehat di highway Kesas), sebab Haji Samuri dah buka branch di sana.

Untuk itu teman nak berkongsi pengalaman (yang mungkin tidak boleh
dilupakan) selepas memakan Satay Haji Samuri.Pada hari minggu yang lalu,
teman berserta dengan adik teman (2 family) baru pulang dari Sungai
Chongkak. Dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk singgah di Awan
Besar
untuk makan malam - apalagi, sataylah!!! (jawab anak-anak).

Masing-masing semuanya tengah kelaparan sebab sehari suntuk bermandi-manda
di sungai. Setibanya di sana, kami pun order seperti biasa (masa tu orang
yang makan dan bawa pulang punyalah ramai). Kami pun makanlah dengan penuh
berselera sekali tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Setelah kenyang, suami teman pergi ke surau untuk solat maghrib & adik ipar
teman ke toilet & hisap rokok sebentar. Lebih kurang 15 minit kemudian
kamipun bayar bil & berlalu dari Awan Besar (nak balik rumah awal, sebab
esok anak-anak nak sekolah). Dalam perjalanan pulang, teman dah rasa ngantuk
sebab kenyang sangat, tiba-tiba adik teman menegur suaminya 'Papa, tadi
makan satay banyak betul!!' Terus adik ipar teman cerita... 'Kalau korang,
dengar cerita ni, mesti tak nak makan satay kajang lagi........ ...' Semua
yang ada
dalam kereta tanya dia 'Kenapa??' Dia pun cerita,

setelah dia pergi ke toilet, dia pergi hisap rokok di tepi toilet tu dekat
belakang kedai Satay Haji Samuri (kedainya di sebelah tepi sekali). Dia
memerhatikan seorang pekerja sedang menyatukan sisa-sisa kuah satay (yang
biasanya dalam mangkuk kecik-kecik) ke dalam sebuah mangkuk besar.

Seorang pekerja lagi sedang mengumpulkan lidi satay yang telah digunakan
orang ke dalam satu bekas besar. Adik ipar teman ni secara spontan
bertanya kepada pekerja yang sedang menuang sisa kuah satay tadi (sebab
jaraknya
lebih dekat dari pekerja yang sedang mengumpul lidi satay). 'Dik, kuah ni
nak buang ke?' Jawab pekerja tadi,'Taklah bang, mana boleh buang, kuah ni
mahal tau, kita pakai balik.....'

Adik ipar teman, terkejut betul dengan jawapan tadi, dia pun tanya lagi ..
'Lidi-lidi tu pun tak buang ke?' Jawab pekerja tadi, 'Ialah bang, kita cucuk
satay balik' Pada mulanya adik ipar teman, ingatkan pekerja tadi bergurau
saja, rupa-rupanya pekerja tu bercakap benar. Kemudian, dia lihat pekerja
itu terus bangun dan membawa sisa kuah yang telah disatukan ke dalam mangkuk
besar tadi ke dalam kedai (mungkin untuk di hidangkan semula). Setelah
melihat kejadian tadi, adik ipar ku pun terus berlalu dan memegang perutnya
sebab dah kenyang makan satay....... ..

Kami di dalam kereta yang mendengar cerita tersebut sungguh terkejut dengan
cerita tadi. Teman berapa kali tanya adik ipar teman, 'Betul ke ni,
Fozi.....' (terasa loya pun ada).

'Betullah', jawabnya . Selepas itu bermacam-macamlah perkataan keluar untuk
melepaskan perasaan geram & marah. 'Cuba bayangkan kita makan sisa kuah
satay tu, entah-entah semuanya di campurkan sekali..ee
gelinya!' 'Ialah, kita manalah tahu kalau orang yang makan ada penyakit
HIV ke, penyakit yang senang berjangkit, 'Lidinya orang dah gigit-gigit
lepas tu kita pulak gigit....' 'Patutlah, kita makan sedap aje......'
'Agak-agaknya, dia malas nak masak
selalu kuah tu, diam main tambah-tambah aje....' 'Entah-entah, itu dia
punya petua untukpelarisnya kot......... .......

' 'Wallahuallam bissawab' Suami temanpun cakap untuk meredakan suasana -
well, sekarang kita dah tahu, lepas ini tak janganlah makan lagi Satay Haji
Samuri dan kita sebarkan berita ni kat internet supaya orang lain pun
sedar.....Itulah ceritanya, so kalau you all nak makan satay, kenalah
berhati-hati.

Tapi yang nyata, teman tak akan makan Satay Kajang lagi
............ ........* IZEHARI BIN BASAR PENOLONG PENGARAH UNIT KECIL
PENYELIDIKAN
& PEMBANGUNAN TEKNOLOGI SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBANGUNAN
TEKNOLOGI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA 03.8884.3152 03.8884 3161

 

  _____  

Nama E-mel baru untuk anda!
<http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http:/mail.prom
otions.yahoo.com/newdomains/my/> 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! 

 

 

Kirim email ke