Selepas baca kisah ini jangan lepaskan peluang untuk ke SESI KONGSI CERITA 
BENAR DARI GAZA esok 20HB FEBRUARI @ Dewan Zulkifli (atas Jaafar rawas) jam 3 
petang bersama Dr JAMNUL AZHAR MULKAN


Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan


ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.



Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza

tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih

pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak

kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi

tanpa henti.



Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan

tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti

orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.



Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu

sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu

tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat

menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki

dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu

tunggal kesayangannya itu.



Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan

masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.



Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat

gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi

luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa

kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat

perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.



Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam

namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu

itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.



Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan,

biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka,

perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.



ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba

perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di

depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa

mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan

perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.



Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai

imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang

yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau

terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri

kepada penduduk di sana."



Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun

keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke

Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula

bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah

apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.



"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku

ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu.

Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan

berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan

lembu tuanya itu.



Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun

tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi

seketika suasana.



Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak

mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000

riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.



Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu

kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu

namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.



Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh

lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi

sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan

ke Gaza?"



Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan

anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu

pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang

mereka untuk dikumpulkan.



Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan

untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh,

apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.



Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin

itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !



Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan

penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis,

setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat

membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada

perempuan tua itu.



"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah

500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.



"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan

kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami

hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan

tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.



Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu

untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya

tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang

banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta'

yang ada. Subhanallah.



Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa

mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang

daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam

yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba

payah dan serba kekurangan.- azm



(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am

PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang

dipaparkan di sebuah majalah Arab)



p/s: mohon doanya agar saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Yaman April

ni..untuk mendalami Bahasa Arab dan Talaqi Quran..insyaallah di

Jamia'h Iman..Universitinya Sheikh Majid az-Zindaini. .universiti yg

banyak terhimpunnya para Ulama'..universiti khidmat masyarakat..

Insyaallah, sya akan belajar di sna selama 3bln bersama 2 org lagi

sahabat sya.. 



Bumi Yaman..Walaupun tandus dam ketinggalan berbanding Malaysia, ttp

suasana penghayatan Islam sgt tinggi di rasakan di sana..anak2 kecil

berusia 5-7 tahun sudah mula talaqi dan menghafal hadis setelah mereka

menghafal Quran..tukang sapu, pemandu teksi yang di bibir mereka

sentiasa melekat Kalimah Allah dan Sabda Baginda..masyarakat yg

sentiasa dahagakan ilmu, cintakan ilmu, muliakan ilmu dan bahagia

berbagi ilmu..



Inilah bumi yg banyak di sebut oleh Rasullullah dlm Hadis

baginda..antaranya. .



Rasulullah s.a.w pernah bersabda :



" Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut-lembut

hati dan selembut-lembut sifat, Iman itu di Yaman, dan Fiqh itu di

Yaman, dan Hikmah juga di Yaman"

(Hadis Sohih- riwayat Muslim)


      

Kirim email ke