MENYOKONG KFC DAN PIZZA HUT SEOLAH-OLAH KITA MENDERMA KEPADA KAUM YAHUDI 
LAKNATULLAH UNTUK MEMBELI SENJATA DAN MEMBUNUH SAUDARA KITA. KALAU KITA TAK 
MAMPU UNTUK BERJUANG MENGANGKAT SENJATA, KENAPA KITA TAK BOLEH BERJUANG UNTUK 
MEMBOIKOT BARANGAN YANG MEMBANTU GOLONGAN INI. PERCAYALAH, KALAU KITA TAK MAKAN 
PIZZA & KFC KITA TAK AKAN MATI KEBULUR. TAK DOK LAGI MASUK TV RAKYAK MALAYSIA 
MATI SEBAB TAK MAKAN PIZZA DAN KFC. BUAT LAH MAKANAN JENAMA SENDIRI....
BANGGALAH DENGAN HASIL KELUARAN KITA.
TAKBIR!!!!!!!!!!!

--- Pada Jum, 20/2/09, jehe azham <civil_b...@yahoo.com.my> menulis:

Daripada: jehe azham <civil_b...@yahoo.com.my>
Subjek: [perakan] Saranan henti boikot Produk AS, Israel - Ketua Eksekutif 
JCorp (KFC)
Kepada: "sahabat iqra" <sahabat_i...@yahoogroups.com>, 
iqra_members...@yahoogroups.com, "apprentice0809" 
<apprentice0...@yahoogroups.com>, "civiluthm0609" 
<civiluthm0...@yahoogroups.com>, "gen 2" <generas...@yahoogroups.com>, "bui_12" 
<bui...@yahoogroups.com>, perakan@yahoogroups.com
Tarikh: Jumaat, 20 Februari, 2009, 5:51 PM












Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) melahirkan rasa kesal 
terhadap kenyataan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan 
Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia menghentikan boikot 
produk AS dan Israel.

Kami sedar bahawa beliau tertekan kerana Johor Corporation (JCorp) melalui anak 
syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran Pizza 
Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad mengalami kerugian 
setelah kempen boikot dilancarkan.


Motif keuntungan dan Jihad Ekonomi yang dilaungkan beliau menjadi modal untuk 
mendesak kempen ini dihentikan.

Sewajarnya beliau sebagai seorang Islam memahami kepentingan boikot ini dan 
mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap kematian ribuan umat Islam Palestine.
Beliau sedar bahawa rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut merupakan antara 
penyumbang terbesar kempen zionisme Israel yang ditaja oleh Amerika. Saban 
tahun Amerika akan memberikan dana tidak kurang dari 2 billion untuk Israel 
meningkatkan keupayaan persenjataannya sekaligus mempergunakannya untuk 
menindas unmat Islam Palestine.
Kami tidak menafikan bahawa akibat kempen boikot ini banyak cawangan restoran 
Pizza Hut dan KFC yang rugi, malah ada yang bakal ditutup. Ramai juga 
kakitangan yang diberhentikan.


Sudah sampai masanya JCorp mewujudkan jenama baru
Walaubagaimana pun, JCorp sewajarnya melakukan inovasi dan penstrukturan dalam 
senarai perniagaan mereka. Jika benar JCorp mempunyai rasa kebertanggungjawaba 
n terhadap masa depan rakyat yang kehilangan kerja, mereka seharusnya menyusun 
pelan peralihan dan rancangan perniagaan baru.
Dengan sumber yang ada dan pengalaman yang luas, sewajarnya rangkaian restoran 
KFC dan Pizza Hut dibubar segera. Rangkaian ini boleh dihidupkan kembali dengan 
mewujudkan rangkaian jenama dan produk makanan segera tempatan yang lebih 
mencerminkan sikap serta identiti rakyat Malaysia. Kita tidak selamanya perlu 
bergantung pada jenama luar bagi memajukan ekonomi kita.
Saban tahun negara kita terpaksa membayar billion ringgit kerana menggunakan 
jenama dan produk yang diambil dari luar negara khususnya Amerika.
JCorp sepatutnya sudah matang dan mampu membina produk dan jenama sendiri.
Pemudawilayah juga melihat bahawa produk makanan berjenama tempatan juga tidak 
kurang hebatnya. Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown, SugarBun  dan 
juga Radix FC yang kian berkembang membuktikan bahawa jenama tempatan juga 
masih boleh diterima ramai. Malah kewujudan rangkaian ini juga memberikan 
peluang kerja untuk rakyat tempatan.
Jika JCorp mahu melaksanakan cita-cita ‘Jihad Ekonominya’ inilah peluang untuk 
mereka turut sama bergabung dalam membantu menaikkan jenama tempatan.


Jihad Ekonomi KFC dan Pizza Hut, Bunuh Umat Palestine
Jihad bukan sekadar menuntut kita mengaut untung dan mengkayakan umat Islam, 
tapi ia juga menuntut untuk kita menyelamatkan akidah dan juga kehidupan umat 
Islam lainnya, khususnya di Palestine. Apa guna kita kaya di Malaysia ini 
sedangkan saudara seagama kita mati dibunuh di Palestine.
JCorp memberikan sumbangan pada mereka untuk mendapatkan makanan tapi dalam 
masa yang sama, JCorp juga menyalurkan bantuan kewangan kepada induk KFC dan 
Pizza Hut yang akhirnya digunakan untuk membeli peluru membunuh saudara kita.
Dimanakah hati dan perasaan pihak pengurusan JCorp yang sanggup mengadai umat 
Palestine untuk ‘Jihad Ekonomi’ yang hanya menguntungkan segelintir pihak 
sahaja.
Bantahan rasmi akan dibuat
Pemudawilayah memandang serius sikap yang ditunjukan oleh pengerusi JCorp ini 
dan satu memorandum akan dihantar untuk memperingatkan mereka akan kesengsaraan 
umat Palestine lantaran sikap mereka itu.
Terpulanglah jika mereka mahu terima saranan itu. Jika pada pandangan mereka, 
JCorp berhak menjual produk Amerika itu terpulanglah. Tapi mereka juga kena 
ingat bahawa kami dan seluruh rakyat yang prihatin juga berhak untuk 
memboikotnya.
Pemudawilayah juga mengesa agar seluruh organisasi Pas dan NGOs yang menyokong 
kempen ini menghantar memorandum bantahan kepada setiap Pengurus rangkaian 
restoran KFC dan Pizza Hut yang ada dalam kawasan mereka mulai hari ini.


Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan


Apa pendapat tuan puan, ??? Sokong la lagi KFC tu. 




sumber: http://www.tranungk ite.net/v8/ modules.php? 
name=News&file=article&sid=2811



Telefon mudah alih terjatuh ke dalam air! 
Ketahuilah cara untuk menyelamatkannya di Yahoo! Answers!
















      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke