Dewan
Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) melahirkan rasa kesal
terhadap kenyataan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Eksekutif
JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia
menghentikan boikot produk AS dan Israel.

Kami sedar bahawa
beliau tertekan kerana Johor Corporation (JCorp) melalui anak
syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran
Pizza Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad
mengalami kerugian setelah kempen boikot dilancarkan.

Motif keuntungan dan Jihad Ekonomi yang dilaungkan beliau menjadi modal untuk 
mendesak kempen ini dihentikan.
Sewajarnya
beliau sebagai seorang Islam memahami kepentingan boikot ini dan
mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap kematian ribuan umat Islam
Palestine.Beliau sedar bahawa
rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut merupakan antara penyumbang
terbesar kempen zionisme Israel yang ditaja oleh Amerika. Saban tahun
Amerika akan memberikan dana tidak kurang dari 2 billion untuk Israel
meningkatkan keupayaan persenjataannya sekaligus mempergunakannya untuk
menindas unmat Islam Palestine.Kami
tidak menafikan bahawa akibat kempen boikot ini banyak cawangan
restoran Pizza Hut dan KFC yang rugi, malah ada yang bakal ditutup.
Ramai juga kakitangan yang diberhentikan.
Sudah sampai masanya JCorp mewujudkan jenama baruWalaubagaimana
pun, JCorp sewajarnya melakukan inovasi dan penstrukturan dalam senarai
perniagaan mereka. Jika benar JCorp mempunyai rasa kebertanggungjawaban
terhadap masa depan rakyat yang kehilangan kerja, mereka seharusnya
menyusun pelan peralihan dan rancangan perniagaan baru.Dengan sumber
yang ada dan pengalaman yang luas, sewajarnya rangkaian restoran KFC
dan Pizza Hut dibubar segera. Rangkaian ini boleh dihidupkan kembali
dengan mewujudkan rangkaian jenama dan produk makanan segera tempatan
yang lebih mencerminkan sikap serta identiti rakyat Malaysia. Kita
tidak selamanya perlu bergantung pada jenama luar bagi memajukan
ekonomi kita.Saban tahun negara
kita terpaksa membayar billion ringgit kerana menggunakan jenama dan
produk yang diambil dari luar negara khususnya Amerika.JCorp sepatutnya sudah 
matang dan mampu membina produk dan jenama sendiri.Pemudawilayah
juga melihat bahawa produk makanan berjenama tempatan juga tidak kurang
hebatnya. Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown, SugarBun  dan
juga Radix FC yang kian berkembang membuktikan bahawa jenama tempatan
juga masih boleh diterima ramai. Malah kewujudan rangkaian ini juga
memberikan peluang kerja untuk rakyat tempatan.Jika
JCorp mahu melaksanakan cita-cita ‘Jihad Ekonominya’ inilah peluang
untuk mereka turut sama bergabung dalam membantu menaikkan jenama
tempatan.
Jihad Ekonomi KFC dan Pizza Hut, Bunuh Umat PalestineJihad
bukan sekadar menuntut kita mengaut untung dan mengkayakan umat Islam,
tapi ia juga menuntut untuk kita menyelamatkan akidah dan juga
kehidupan umat Islam lainnya, khususnya di Palestine. Apa guna kita
kaya di Malaysia ini sedangkan saudara seagama kita mati dibunuh di
Palestine.JCorp memberikan
sumbangan pada mereka untuk mendapatkan makanan tapi dalam masa yang
sama, JCorp juga menyalurkan bantuan kewangan kepada induk KFC dan
Pizza Hut yang akhirnya digunakan untuk membeli peluru membunuh saudara
kita.Dimanakah hati dan perasaan
pihak pengurusan JCorp yang sanggup mengadai umat Palestine untuk
‘Jihad Ekonomi’ yang hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja.Bantahan rasmi 
akan dibuatPemudawilayah
memandang serius sikap yang ditunjukan oleh pengerusi JCorp ini dan
satu memorandum akan dihantar untuk memperingatkan mereka akan
kesengsaraan umat Palestine lantaran sikap mereka itu.Terpulanglah
jika mereka mahu terima saranan itu. Jika pada pandangan mereka, JCorp
berhak menjual produk Amerika itu terpulanglah. Tapi mereka juga kena
ingat bahawa kami dan seluruh rakyat yang prihatin juga berhak untuk
memboikotnya.Pemudawilayah juga
mengesa agar seluruh organisasi Pas dan NGOs yang menyokong kempen ini
menghantar memorandum bantahan kepada setiap Pengurus rangkaian
restoran KFC dan Pizza Hut yang ada dalam kawasan mereka mulai hari ini.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan
Apa pendapat tuan puan, ??? Sokong la lagi KFC tu. 

sumber: 
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2811



      Berhubung melalui perbualan pada profil rangkaian, blog atau mana-mana 
tapak web peribadi! Yahoo! membolehkan anda untuk IM dengan Pingbox. Cubalah 
ciri ini! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/

Kirim email ke