Assalamualaikum w.b.t.

Salam ta'ziah kepada seluruh keluarga Ust Wan Jamil atas pemergian beliau ke 
Rahmatullah, semoa Ruhnya dicucuri rahmat dan bersama dalam golongan orang2 
mukmin..Alfatihah

Ust Wan Jamil adalah bekas Pengarah UPKN dan antara mereka yg memain peranan 
penting dalam pra penubuhan PERAKAN dan beliau juga adalah bekas Guru saya di 
Sekolah Agama Syamsul Ma'arif Pulai Chondong, Kelantan...semoga Allah meredhai 
atas pedoman dan jasa beliau...amin

wassalam

ali hanafiah

####

Ustaz Wan Jamil Mahmood meninggal dunia  
  
KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan 
Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang 
Kerian kira-kira jam 1 pagi tadi. 
Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan 
kuman di bahagian buah pinggang. 
Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa 
kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu. 
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota 
jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan. 
Selain itu beliau juga merupakan penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur 
dan Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat serta bekas Pengarah Urusetia Penerangan 
Kerajaan Negeri. 
Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di universiti di Indonesia. 
Isterinya juga berasal dari Bukit Tinggi. 
Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, kematiannya merupakan 
kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan memandangkan Allahyarham 
merupakan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan. 
"Malah kepimpinannya begitu menonjol ketika menjadi anggota parlimen Tumpat 
kerana aktif mengambil bahagian bagi menyuarakan masalah rakyat," katanya. 
Jenazahnya akan disembahyang kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Pasir Pekan 
tidak jauh dari rumahnya. Ia dijangka diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' 
Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Dan jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan kampung tersebut. 
Alfatihah.  



      

Kirim email ke