Ana bukannya akhwat, ana ikhwan. Ana cuba bawakan perbahasan ini cara ilmiah. 
Minta maaf sebab penulisannya agak panjang. 


Mutakhir
ini, memang tidak dinafikan lagi akan kepentingan bahasa inggeris (BI)
dalam kehidupan seharian. Namun persoalan yang muncul, kenapa sains dan
matamatik yang menjadi mangsa taruhannya dalam memperkasakan BI. Mangsa
korbannya. Apa yang wajar dilakukan adalah memperkasakan BI tanpa
mengorbankan yang lain. Perkara ini bukanla melibatkan unsur politik.
Pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang. Namum ada sesetengah pihak yang
mempolitikkan isu ini. Ini adalah isu nasional yang mana penentunya
pada masa akan datang.

Kemajuan sesuatu bangsa atau tamadun, masa depan bukanlah ditentukan oleh BI. 
Malaysia
mensasarkan kita akan menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut acuan
kita sendiri. Mengikut acuan sendiri pada hematnya kita akan menjadi
maju mengikut budaya kita, bahasa kita dan kita sendiri yang
melaksanakannya.

Mengambil contoh kepada beberapa negara
asing. Jepun, Jerman dan Perancis adalah negara yang maju. Mereka maju
bukan disebabkan mereka menggunakan BI dalam pembelajaran mereka.
Sebaliknya mereka memajukan negara menggunakan bahasa negara mereka
sendiri.

Berbalik
kepada negara India yang menggunakan BI dalam urusan seharian mereka.
Namun sehingga kini mereka amat jauh ketinggalan dalam mencapai
kemajuan negara. Walaupun 60% BI digunakan seluruh dunia, tetapi apa yang perlu 
kita banggakan.

Berbalik
kepada sejarah. Suatu ketika lampau, dunia ini dikuasai oleh dua kuasa
besar iaitu Rom Byzantium (Kristian) dan Parsi Sassanid (Majusi).
Mereka menguasi bahasa dunia pada ketika itu. Pada zaman khalifah Umar
Al Khattab, umat Islam berjaya mengalahkan dua kuasa besar ini. Umat
Islam tidak mengambil bahasa Rom atau Parsi sebagai bahasa pembelajaran
mereka sedangkan banyak ilmu pada masa tersebut dalam bahasa Rom dan
Parsi. Umat
Islam memajukan diri menggunakan bahasa Arab dan memang terbukti
tamadun Islam, ilmu Islam, teknologi Islam berkembang dengan pesatnya.

Pada zaman kemuncak keilmuan Islam, ditakdirkan tamadun Islam jatuh dan 
ilmu-ilmu Islam telah dipindahkan ke negara barat. Di
barat, mereka juga tidak mengambil bahasa asing (bahasa arab) sebagai
bahasa pembelajaran walaupun boleh dikatakan majoriti sumber ilmu dalam
bahasa Arab. Sebaliknya mereka memilih bahasa ibunda dan sekali lagi
terbukti mereka berjaya mencapai kejayaan dalam kemajuan. Maju
menggunakan bahasa sendiri walaupun rujukan dalam bahasa asing.

Persoalan ”kita terlalu cepat melatah”.
Setelah 6 tahun PPSMI dilaksanakan. Keputusan peperiksaan telah
dikeluarkan. Kajian terperinci oleh ilmuan-ilmuan, pakar-pakar dan para
cendikiawan yang mahir dalam pelbagai bidang lalu digabungkan
menunjukkan penggunaan BI dalam sains dan matematik tidak sesuai.

Lalu
kita yang masih mentah ini menuduh mereka ”cepat melatah”. Terlalu
hebatnya kita ini. Tingginya ilmu kita ini berbanding mereka. Dari
logik akalnya, memang kita tiada kelayakkan menuduh mereka ”cepat
melatah”. Jikalau mereka menuduh kita ”budak mentah”, ada juga
kebenaranya.

Seorang
pensyarah saya yang belajar di Jepun. Beliau boleh dikatakan seorang
pelajar yang bijak dan ”power” dalam BI. Di awal pembelajarannya di
Jepun, seorang pensyarah menyuruhnya supaya membentangkan hasil tugasan
yang telah di berikan. Beliau gagal bertutur dalam bahasa Jepun dan
meminta supaya beliau dibenarkan menggunakan BI. Tindak balas dari
pensyarah Jepun tersebut, ”kamu mencari alasan, kalau kamu tak boleh
berbahasa Jepun, kenapa kamu datang belajar ke sini”.

Perlukah
kita menukar bahasa rasmi dengan kedatangan pelajar antarabangsa.. Tidak
kira di UIAM ataupun dimana-mana universiti. Itu bukan alasannya.
Mereka datang ke negara kita. Mereka perlu menguasai bahasa kita. Bukan
kita yang tunduk pada mereka.

Negara kita menubuhkan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memelihara bahasa kita. Sejauh manakah
ia berfungsi. Apabila ada ahli DBP bersuara untuk memelihara bahasa
kita, mereka akan dipecat dan dikaitkan dengan pembangkan. Pengerusi
GMP (Gerakan Mansuh PPSMI) adalah bekas pengarah DBP. Hakikatnya,
apabila ada yang bersuara, mereka akan dicantas. Sedangkan mereka
pembela bahasa kita.

Antara
tugas DBP adalah menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa melayu.
Masalah untuk memahami istilah-istilah sains dan matematik sepatutnya
tidak timbul.

Bahasa melayu masih menjadi bahasa rasmi
dalam rang undang-undang dan perlembagaan. Ahli-ahli parlimen juga
diwajibkan mengguna bahasa melayu ketika bersidang. Setiap orang
diwajibkan kredit bahasa melayu sebelum dibenarkan memasuki universiti.
Bahasa melayu masih menjadi subjek teras di semua sekolah. Negara kita
pula dalam mengejar kemajuan teknologi. Bila disebut teknologi, ia
merujuk kepada sains dan matematik dan pembelajarannya dalam BI. Keadaan ini 
melihat suatu sistem yang songsang sedang diamalkan di negara ini. Belajar BI, 
bahasa bercakap Melayu.

Islam
tidak pernah membezakan manusia mengikut bahasa yg digunakan. Al-Quran
tak pernah mengatakan Bahasa Inggeris itu "bahasa penjajah" (language
of kafirun) atau bahasa yang boleh mengancam budaya kita. Islam juga
tidak pernah mengatakan ”untuk maju kita perlu belajar BI”

Dari
surah pertama diturunkan Allah kepada kekasihNya iaitu surah Al-alaq,
Allah memerintahkan kita utk membaca (Iqra'). Kita disuruh membaca
untuk menambah ilmu yang melimpah di dunia. Al-Quran tak pernah
nyatakan medium atau bahasa apa yang kita perlu gunakan untuk menuntut
ilmu selagi ilmu itu bermanfaat pd manusia sejagat. Tetapi
berdasarkan sejarah lepas dan keadaan semasa, belum ada yang maju
menggunakan bahasa lain. ”Adakah kamu tidak mengambil pelajaran?”

Adakah
perjuangan untuk memartabatkan bahasa melayu boleh dikatakan sebagai
mendiskriminasi BI. Adakah pejuang-pejuang bahasa menyatakan BI adalah
bahasa perosak yang mengancam. Apakah
hak kita untuk melebel orang sebagai ”pendiskriminasi bahasa lain”.
Jikalau mereka (pejuang-pejuang bahasa) bukan ”pendiskriminasi bahasa
lain”, kita telah menuduh mereka. Kita telah menbuat fitnah kepada
mereka. Kita melakukan suatu dosa yang besar.

Saudaraku,
maruah anak-anak bangsa kita di masa hadapan bukan ditentukan dengan
BI. Bukan juga ditentukan dengan kemajuan. Selagi kita teguh berpengang
dengan ”tali” Allah, insya Allah maruah anak bangsa orang Islam akan
terus terjaga. Kembalilah pada Islam yang hakiki, Islam yang sebenarnya.

Elakkan dari terpengaruh dengan propanganda yang munkin datang dari musuh-musuh 
Islam. Yahudi, Nasrani dan golongan munafik.

Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri 
yang merubahnya. Sesungguhnya
yang baik datangnya dari Allah, Maha Pencipta dan segala kekurangan
merupakan fitrah kejadian insan dan berpunca dari jahilnya ilmu dan
jauhnya hubungan dengan Allah menyebabkan manusia gagal mendapat
petunjuk ke jalan yang lurus. Wallahualam.


-ibnuahmad-

--- Pada Sab, 7/3/09, nadhrah_nas <nadhrah_...@yahoo.com> menulis:

Daripada: nadhrah_nas <nadhrah_...@yahoo.com>
Subjek: [sahabat_IQRA] Ya akhawat, marilah berpijak di atas bumi yg nyata
Kepada: sahabat_i...@yahoogroups.com
Tarikh: Sabtu, 7 Mac, 2009, 12:50 AM











    
            Assalamu'alaikum. Semoga iman kita dtetapkan Allah dan smoga kasih 
dan cintaNya sntiasa bersama kita. 

Saudara2 ku, sy dibesarkan dlm keluarga yg bukanlah sepenuhnya "English 
oriented" atau "English spoken" ttp mak dan abah sy nampak dan sedar 
kepentingan bahasa Inggeris sejak sy kecil lg. Mcm2 lah yg mak dan abah buat 
utk tarik minat sy blaja bahasa penjajah ni, dan subhanallah, ape yg mereka 
risaukan jd kenyataan. Realitinye saudara2ku, hari ini,kita tak dpt lagi 
menafikan bahawa persaingan utk hidup bkn sahaja di luar negara tetapi jugk 
dalam negara kita sendiri, mengkehendakkan kita untuk mahir(proficient) dlm 
bahasa Inggeris.  



Kerajaan memperkenalkan kita dgn PPSMI. Satu polisi yg buat kita rasa Bahasa 
Melayu akan hilang,mati atau "ditalkinkan" oleh bangsa kita sendriri.Saudara2ku 
, sejujurnya sy bukanlah pro-kerajaan atau pmbangkang krn sy cuba utk tidak 
melihat polisi ini diolah dgn unsur politik. Tetapi apa yg kita harus 
rasionalkan brsama adalah rasional di sebalik polisi ini.

Cuba kita fahami fakta2 di bawah:-



`English is now the dominant or official language in over 60 countries and is 
represented in every continent' (Crystal, 2001:106).



'Most of the scientific, technological and academic information in the world is 
expressed in English and over 80% of all the information stored in electronic 
retrieval systems is in English' (Crystal, 2001:106)'



Sahabat2ku yg dikasihi, jgnlah kita terlalu cepat melatah dgn perlaksanaan 
polisi ini. Jika kita tidak kisah langsung utk maju, fikirlah utk generasi2 yg 
lebih hdpn, yg akn diteraju oleh anak2 kita insyaAllah. Polisi ini bukanlah 
bertujuan utk menendang kepentingan Bahasa Melayu yg mnjadi identiti kita 
tetapi perlaksanannya bertujuan utk mengelakkan bangsa kita tertinggal jauh ke 
belakang dan ditindas oleh bangsa2 lain. kerajaan hanya meletakkan polisi ini 
pd subjek sains dan matematik. Dan kenyataanya, kita perlu akui org2 barat dah 
jauh ke hadapan dalam kedua-dua bidang ini.dengan hanya dua subjek ini diajar 
dlm bhs inggeris, wajarkah kita melatah dan berasa kedudukan bahasa melayu 
terancam? Sedangkan di universiti, pensyarah2 kita menggunakan buku2 rujukan yg 
dikeluarkan oleh pemikir dan pengkaji antarabgsa dan semuanya ditulis dalam 
bahasa Inggeris.Logiknya kalau seorang pelajar dah dibiasakan dengan istilah2 
sains dan matematik dlm bahasa inggeris
 sejak sekolah rendah, insyaAllah mereka tidak akan mengalami masalah utk 
memahami pelajaran bila di universiti nanti. InsyaAllah, takkan ade masalah 
baru terkial-kial nak bukak kamus "English-Malay" utk faham maksud istilah. 



Sy ada kwn di UIAM yg menerima ramai pelajar antarabgsa. Bahasa rasmi dan 
pengantar adalah bhs Inggeris ttp kerajaan masih cube memelihara bahasa Melayu 
di universiti berkenaan. Pelajar2 malaysia wajib lulus 2 subjek bahasa melayu 
utk 2 semester. bkn itu shj, pelajar2 antarabangsa juga diwajibkan lulus bahasa 
Melayu utk beberapa semester. Jika pelajar antarabgsa boleh belajar dan terima 
bahasa melayu di tempat mereka belajar, kenapa kita perlu melatah bila disuruh 
belajar sains dan matematik dlm bahasa Inggeris?    



Negara kita menubuhkan DBP utk memelihara bahasa kita. Bahasa kita masih mnjadi 
bahasa rasmi dlm rang undang2 dan perlembagaan. Ahli2 Parlimen juga diwajibkan 
guna Bahasa melayu ketika bersidang. Setiap org diwajibkan kredit Bahasa Melayu 
sblm dibenarkan memasuki universiti. bahasa Melayu masih menjadi subjek teras 
di semua sekolah. Realitinya, bahasa melayu masih termasuk dlm "language 
repertoire" kita setiap hari. 



Islam tidak pernah mmbezakan manusia mengikut bahasa yg digunakan. Al-Quran tak 
pernah mengatakan Bahasa Inggeris itu "bhs penjajah" (language of kafirun) atau 
bahasa yg boleh mengancam budaya kita. Dari surah pertama diturunkan Allah kpd 
kekasihNya iaitu surah Al-alaq, Allah memerintahkan kita utk membaca (Iqra'). 
Kita disuruh membaca utk menambah ilmu yg melimpah di dunia dan Al-Quran tak 
pernah nyatakan medium atau bahasa apa yg kita perlu gunakan untuk menuntut 
ilmu selagi ilmu itu bermanfaat pd manusia sejagat. Jika Islam tidak pernah 
mendiskriminasi bahasa Inggeris sbg bahasa perosak yg mengancam,apa hak kita 
utk mendiskriminasi bahasa lain? 



Saudara2ku,sggupkah kita menggadaikan maruah anak2 bangsa kita di masa hadapan? 
melihat bangsa2 lain maju ke hadapan dan mereka tertindas di balakang, 
berselindung di sabalik ilmu dan kemajuan yg dikusai org lain. ya akhawat, 
marilah kit berpijak di atas bumi yg nyata. Sesungguhnya Allah takkan mengubah 
nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yg berubah. Sesungguhnya yg baik 
dtgnya dr Allah yg mencintai hambaNya dan segala yg kurang dtgnya dr syaitan 
laknatullah dan sy sendiri. Wallahualam. 




 

      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      Sungguh mudah dan ringkas untuk menambah lebih ramai rakan. Jemput rakan 
anda dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger hari ini! 
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Kirim email ke