Selepas enam bulan tidak dapat bersama di internet secara aktif, kini saya kembali semula dengan wajah baru dalam ICT Tumpat.
Hasrat nak dirikan pusat IT Tumpat kini telah terlaksana dengan terbinanya Pusat ICT & Cyber Cafe Kok Pasir .
 
Walaupun namanya pusat nampaknya sangat besar, tapi pusat ICT Kok Pasir bukanlah sebesar namanya. Hanya diisi dengan 5 buah komputer  dan  selebihnya semangat yang masih membara walaupun seakan sudah dapat dibuat kesimpulan tak sejauh mana sungguh minat dan keinginan warga daerah untuk memperkasakan ICT melainkan beberapa orang yang kini dalam Perintis.
 
Dalam enam bulan banyak yang boleh berlaku, banyak yang berubah. Ada keruntuhan dan ada kebangunan (mungkin perkataan ini tiada dalam kamus) . Yang berdiri boleh rebah dan yang rebah boleh bangun.
 
Saya masih merasa terharu dan keterharuan ini bilakah akan berakhir. Talian telefon untuk disambung ke internet sungguh mengecewakan. Terlalulah perlahannya hinggakan untuk mengeluarkan e-mel terasa sukar juga. Sedangkan rasanya tak mahu pisang menjadi berbuah untuk kali keempat.
 
Tak tahulah bilakah streamyx nak sampai memerata di daerah Tumpat.
 
 
Ediramle Ismail,
Pusat ICT Kok Pasir.
 
 
----- Original Message -----
From: wazam
Sent: Saturday, January 08, 2005 6:03 AM
Subject: { PERINTIS } jumpa lagi

Baru lega.Kini saya boleh bersama dalam egroups lagi.PC dah saya format semula sebab nak buang spy ware.Cuma masalah nak habiskan hampir seribu email MLM amat menyakitkan hati dan perasaan.Bayangkan tak guna baru 10 hari banyak email sampah terpaksa di delete.Buang masa dan ringgit.



Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]






Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke