Tahniah kepada saudara kerana bertungkus lumus cuba
untuk membina dan membangunkan minda warga daerah.
Bukan senang untuk membersih minda mereka supaya
menerima kehadiran ICT dikesamping hidup. Tetapi bukan
payah kalau kita mahu menelukupkan minda mereka di
bawah tempurung. Memang minda manusia berbeza dengan
minda makhluk lain. Yang negatif dipandang, yang
positif diketepikan.

Apapun, saya rasa bangga dengan kesabaran saudara
dalam melayari kerenah berbeza-beza warga setempat
terutama dalam usaha memaju dan membangunkan manusia
celik ICT.

Adat berusaha, biarlah kita bermula dari bawah sebelum
merangkak perlahan-lahan ke atas. Saya percaya, berkat
doa, kesabaran dan usaha saudara, Pusat IT Tumpat akan
beroleh kejayaan, insya-Allah. Dan suatu hari nanti
siapa menduga, ada di kalangan warga daerah yang
sebelum ini gelap mindanya untuk menerima kemasukan
ICT, tetiba tergerak pintu hati mereka untuk memiliki
komputer.

Semuanya kuasa Allah taala. Allah yang menentukan
gerak hati manusia. Dan dari situ baru mereka tahu
betapa penting dan bergunanya Pusat IT Tumpat.

Oleh itu, saya berharap saudara terus bersabar dan
berusaha. Kerana usaha adalah tangga untuk kita
mencapai kejayaan. Insya-Allah.
[EMAIL PROTECTED]



--- Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:

> Selepas enam bulan tidak dapat bersama di internet
> secara aktif, kini saya kembali semula dengan wajah
> baru dalam ICT Tumpat.
> Hasrat nak dirikan pusat IT Tumpat kini telah
> terlaksana dengan terbinanya Pusat ICT & Cyber Cafe
> Kok Pasir .
> 
> Walaupun namanya pusat nampaknya sangat besar, tapi
> pusat ICT Kok Pasir bukanlah sebesar namanya. Hanya
> diisi dengan 5 buah komputer  dan  selebihnya
> semangat yang masih membara walaupun seakan sudah
> dapat dibuat kesimpulan tak sejauh mana sungguh
> minat dan keinginan warga daerah untuk memperkasakan
> ICT melainkan beberapa orang yang kini dalam
> Perintis.
> 
> Dalam enam bulan banyak yang boleh berlaku, banyak
> yang berubah. Ada keruntuhan dan ada kebangunan
> (mungkin perkataan ini tiada dalam kamus) . Yang
> berdiri boleh rebah dan yang rebah boleh bangun. 
> 
> Saya masih merasa terharu dan keterharuan ini
> bilakah akan berakhir. Talian telefon untuk
> disambung ke internet sungguh mengecewakan.
> Terlalulah perlahannya hinggakan untuk mengeluarkan
> e-mel terasa sukar juga. Sedangkan rasanya tak mahu
> pisang menjadi berbuah untuk kali keempat.
> 
> Tak tahulah bilakah streamyx nak sampai memerata di
> daerah Tumpat.
> 
> 
> Ediramle Ismail,
> Pusat ICT Kok Pasir.
> 
> 
>   ----- Original Message ----- 
>   From: wazam 
>   To: [EMAIL PROTECTED] 
>   Sent: Saturday, January 08, 2005 6:03 AM
>   Subject: { PERINTIS } jumpa lagi
> 
> 
>   Baru lega.Kini saya boleh bersama dalam egroups
> lagi.PC dah saya format semula sebab nak buang spy
> ware.Cuma masalah nak habiskan hampir seribu email
> MLM amat menyakitkan hati dan perasaan.Bayangkan tak
> guna baru 10 hari banyak email sampah terpaksa di
> delete.Buang masa dan ringgit.
> 
> 



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
The all-new My Yahoo! - Get yours free! 
http://my.yahoo.com 
 



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/rkgkPB/UOnJAA/Zx0JAA/TpIolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Pesisir/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke