Berbanyak terima kasih diucapkan.
 
Saya telah agak banyak  juga baca buku ICT.  dan buku ICT terbitan Utusan bagi saya adalah antara yang terbaik , buku balbinder Singh sudah dibaca  ulang kandungannya menarik dan mudah difahami dan tidak merayau jauh . Baca buku komputer selalunya kena mengadap komputer.
 
Sedikit pandangan saya tentang buku-buku ict,
 
Di Pasaran nampaknya seperti tak banyak buku-buku ict yang ditulis kerana mungkin ia  dirasakan mudah ketinggalan masa, tapi rasanya seperti buku-buku lain juga ianya masih boleh bertahan hingga lima enam tahun baru ketinggalan zaman.
 
Masih banyak sudut yang tidak disentuh dalam penulisan buku-buku ict. Sudut-sudut itu adalah sebenarnya yang diperlukan oleh pembaca.
 
Tidak laku , mungkin juga tidak. orang selalu sebut pasal ict , komputer , internet dan sebagainya. Lagi pula zaman sekarang kebanyakan kerja dikerjakan dengan menggunakan komputer dan ict. Semua sekolah dibekalkan makmal komputer dan pelajaran komputer dipertingkatkan.
 
Ramai pakar komputer dan ict tapi tidak tulis buku komputer dan ict itu satu kerugian. Rugi anak bangsa, anak negara . Kalau ada yang tulis,  tulis guna bahasa tinggi yang perlu untuk orang nak jadi pakar, bukan untuk mendekatkan diri kepada masyarakat seluruhnya.
 
Buku yang ditulis terlalu tebal hingga harga  RM lebih  35  - ke RM 50 hinggakan ada orang fikir empat lima kali untuk beli. Termasuk saya juga  fikir banyak kali bila nak beli buku RM 25 ke atas. Tak dinafikan ada juga orang yang suka beli buku yang mahal-mahal buat diletakkan di atas rak.
 
Buku komputer dan ict yang ada di pasaran nampaknya sebahagiannya tidak tersusun baik dan penulisnya seperti nak siapkan cepat saja, persoalan yang disentuhnya terlalu luas hingga jadi tersasar  .
 
Itu hanya antara pandangan saya yang bukannya seorang yang mahir apatah lagi sebagai pakar yang faham bahasa seperti cacing-cacingan dalam komputer. Tapi dengan hasrat sangat besar untuk memperkasakan bangsa dalam kemahiran ICT. biarpun diri sendiri sentiasa tidak perkasa.
 
InsyaAllah saya akan cuba tulis buku berkenaan ict tapi sebelum itu saya kena banyak merujuk dulu mungkin juga memakan masa yang lama. Hajatnya nak buat sekitar 100 halaman untuk setiap buku.
 
Beberapa tajuk telah muncul di fikiran , tapi antaranya yang mungkin didahulukan ialah nak sentuh secara agak mendalam tentang pengendalian e-mel. Tentang pengendalian e-mel sebuah buku. Sudah tentu masih ramai mereka yang belum dapat menguasai penggunaan e-mel dengan baik dan memudahkan.
 
Ediramle Ismail.
PICTKP
 
 
----- Original Message -----
Sent: Monday, February 14, 2005 11:06 AM
Subject: Re: [Pesisir] Buku-buku ICT

Salam Tahun Baru hijrah...

Untuk makluman semua warga PESISIR khasnya, UP&D sentiasa mengalu-alukan mana2 penulis untuk menyumbangkan idea dalam penerbitan buku. Dan untuk pengetahuan saudara edi ramlee, kita juga ada menerbitkan judul2 sedemikian. misalnya kita ada menerbitkan buku berjudul 'Belajar Internet dalam 12 jam' yang ditulis oleh Balbinder Singh. buku tersebut boleh didapati di kedai-kedai buku di tempat anda. selain itu UP&D juga ada memerbitkan buku berjudul 'Komunikasi Siber alaf Baru' oleh Mohd Arif Hamid yang diterbitkan pada tahun 2003. Harga buku tersebut ialah RM18 shj, dan juga boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Meskipun demikian, perkembangan teknologi maklumat yang sentiasa dinamik sifatnya menuntut percambahan ilmu yang berpanjangan. jadi kajian demi kajian sentiasa digalakkan dan sentiasa memerlukan maklumat-maklumat baru yang patut dikongsi bersama. penerbitan buku-buku berkenaan ICt memang sentiasa digalakkan.

Kepada mana-mana penulis yang mahu menulis boleh menghantar karya mereka untuk dinilai oleh panel penilai UTUsan.

 

Selamat menulis!

----- Original Message -----
From: "Ediramle Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Subject: [Pesisir] Buku-buku ICT
Date: Sat, 12 Feb 2005 19:43:42 +0800

Pertanyaan ditujukan kepada editor UP&D .
 
Katakan saya berminat untuk menulis siri buku-buku panduan mudah berkenaan komputer dan ict untuk mereka yang baru hendak mengenali ict setiap siri setebal kira-kira 50 ke 100 halaman dan harga dibawah RM10. sebuah apakah pihak utusan boleh menerbitkan buku-buku seumpama ini.
 
Terima kasih.
 
Ediramle Ismail
PICTKP


Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]








Editor 

--

___________________________________________________________
Sign-up for Ads Free at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup



Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]








Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]






Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke