Kepada Rakan-Rakan dan Sahabat Taulan Yang Di Hormati Sekalian.
  Assalamualaikum....
   
  Hari ini (30hb Nov 2006/Khamis) merupakan hari-hari terakhir saya di akhbar 
arus perdana Utusan Malaysia Kota Bharu. Ini kerana esok (01hb Dis 2006/Jumaat) 
saya harus melaporkan diri di akhbar Sinar Harian (Sinar Banar).
   
  Kalau nak samakan saya dgn katak, memang sesuailah. Sebab tabiat saya sama 
macam katak...lompat sana, lompat sini. 
   
  Ya..sejak mula berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama lebih 22 tahun 
bermula tahun 1984, sudah empat kali saya melompat. Dari dilahirkan oleh 
Pesisir, saya memulakan langkah sulung di BERNAMA.
   
  Kemudian apabila sudah ada sedikit kemahiran dan pengalaman, saya dipelawa 
menyertai sekumpulan bekas-bekas wartawan Utusan Malaysia untuk menghidupkan 
Majalah Ekonomi Rakyat yang berpejabat di Butterworth pada tahun 1986.
   
  Saya tidak lama di situ. Hanya bertahan setahun saja. Puncanya kerajaan 
menarik permit majalah itu kerana Majalah Ekonomi Rakyat dilihat pro kepada 
Tengku Razaleigh Hamzah.
   
  So, balik ke Kelantan jadilah penganggur. Pada tahun 1990 saya diajak oleh 
Tan Sri Hussein Ahmad (pemilik Radio Manis FM) untuk membantunya mengoperasikan 
Radio Kada.
   
  Saya diberi tiga jawatan iaitu Wartawan, Penerbit Rancangan dan Pembantu 
Ketua Unit Penerangan Kada (kendalikan majalah Kada). 
   
  Pada pertengahan tahun 1996 saya melompat ke Berita Harian. Di sana saya 
berkhidmat selama 10 tahun sebelum meloncat lagi ke pejabat Utusan Malaysia 
pada 20 Mei 2006. Baru lagi.
   
  Malangnya, ketika hati dah mula seronok dengan Utusan Malaysia, tiba-tiba 
kawan baik saya Zulkifli Bakar (bekas Pengarang Utusan Malaysia) minta saya 
jointnya di Karangkraf.
   
  So, setakat tu sajalah. 
   
  Lain-lain maklumat lanjut sila layar www.manzaidiamin.blogspot.com
   

 
---------------------------------
Check out the all-new Yahoo! Mail beta - Fire up a more powerful email and get 
things done faster.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke