Tahniah kepada saudara kerana akan bersama akhbar harian yang prihatin. Dengan 
pengalaman saudara yang banyak dalam dunia kewartawanan sudah tentu dapat 
mengangkat akhbar Sinar Harian ke tempat yang sewajarnya.

Mengapa saya kata Akhbar Sinar Harian adalah sebuah akhbar yang prihatin. Ini 
adalah kerana akhbar ini cukup menghargai aktivis-aktivis di Kelantan dan 
Terengganu . Menyiarkan amanat atau pandangan daripada aktivis juga bermakna 
akhbar sinar harian menghargai jasa-jasa mereka walaupun bukanlah inginkan nama 
atau sanjungan yang sebenarnya itu tidak apa-apa sangat. Yang penting adalah 
apa yang diperkatakan dan disarankan oleh mereka. Aktivis-aktivis  daripada 
pelbagai persatuan, seperti penulis, aktivis budaya, aktivis ICT, aktivis 
kemesyarakatan, aktivis belia, aktivis agama , aktivis sukan dan banyak lagi.

Saya terharu dan ucapkan berbanyak terima kasih kepada sdr Hashim Latiff dan 
juga Sinar Harian kerana menyiarkan berita tentang seorang aktivitis dari 
kampung kami di Kok Pasir (Allahyarham Hj. Abdullah Yusoff)  di ahkbar sinar 
harian hari ini (Khamis 30 November 2006). Saya kira sebagai menghargai jasa 
mereka , kematian mereka juga turut dicatatkan. Sesungguhnya tanpa aktivis 
dalam masyarakat di sesebuah kampung , sesebuah kampung itu akan lesu dan 
letih.rekalah yang memberikan kekuatan kepada sesebuah kampung dan daerah.

Semoga laporan tentang pandangan dan pendapat aktivis masyarakat sentiasa 
diteruskan di sinar harian dari masa ke semasa.


Tahniah juga kepada sdr. Manzaidi kerana dah ada blog sendiri. itu satu 
peningkatan dalam penggunaan ICT. 

Terima kasih.

Ediramle Ismail
http://www.giantproduct.com
http://www.bukusiber.com

  ----- Original Message ----- 
  From: Manzaidi MohdAmin 
  To: [email protected] ; [email protected] ; 
[email protected] 
  Sent: Thursday, November 30, 2006 3:30 PM
  Subject: [Pesisir] Hari-Hari Akhir Di Akhbar Arus Perdana


  Kepada Rakan-Rakan dan Sahabat Taulan Yang Di Hormati Sekalian.
  Assalamualaikum....

  Hari ini (30hb Nov 2006/Khamis) merupakan hari-hari terakhir saya di akhbar 
arus perdana Utusan Malaysia Kota Bharu. Ini kerana esok (01hb Dis 2006/Jumaat) 
saya harus melaporkan diri di akhbar Sinar Harian (Sinar Banar).

  Kalau nak samakan saya dgn katak, memang sesuailah. Sebab tabiat saya sama 
macam katak...lompat sana, lompat sini. 

  Ya..sejak mula berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama lebih 22 tahun 
bermula tahun 1984, sudah empat kali saya melompat. Dari dilahirkan oleh 
Pesisir, saya memulakan langkah sulung di BERNAMA.

  Kemudian apabila sudah ada sedikit kemahiran dan pengalaman, saya dipelawa 
menyertai sekumpulan bekas-bekas wartawan Utusan Malaysia untuk menghidupkan 
Majalah Ekonomi Rakyat yang berpejabat di Butterworth pada tahun 1986.

  Saya tidak lama di situ. Hanya bertahan setahun saja. Puncanya kerajaan 
menarik permit majalah itu kerana Majalah Ekonomi Rakyat dilihat pro kepada 
Tengku Razaleigh Hamzah.

  So, balik ke Kelantan jadilah penganggur. Pada tahun 1990 saya diajak oleh 
Tan Sri Hussein Ahmad (pemilik Radio Manis FM) untuk membantunya mengoperasikan 
Radio Kada.

  Saya diberi tiga jawatan iaitu Wartawan, Penerbit Rancangan dan Pembantu 
Ketua Unit Penerangan Kada (kendalikan majalah Kada). 

  Pada pertengahan tahun 1996 saya melompat ke Berita Harian. Di sana saya 
berkhidmat selama 10 tahun sebelum meloncat lagi ke pejabat Utusan Malaysia 
pada 20 Mei 2006. Baru lagi.

  Malangnya, ketika hati dah mula seronok dengan Utusan Malaysia, tiba-tiba 
kawan baik saya Zulkifli Bakar (bekas Pengarang Utusan Malaysia) minta saya 
jointnya di Karangkraf.

  So, setakat tu sajalah. 

  Lain-lain maklumat lanjut sila layar www.manzaidiamin.blogspot.com


  ---------------------------------
  Check out the all-new Yahoo! Mail beta - Fire up a more powerful email and 
get things done faster.

  [Non-text portions of this message have been removed]



   


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke