Teramat mudah untuk saya memberi jawapan iaitu SAYA BERSETUJU, tetapi teramat
sukar untuk saya menetapkan tarikh selepas minggu kedua bulan ini. Ini kerana
berkuatkuasa 15 Januari 2007 saya akan mengambilalih tempat News Editor,
saudara Azmi yang akan bertukar ke Kuala Lumpur.
Jadi tugas saya selepas 15hb Januari teramat berat kerana semua 25 wartawan,
7 sub-editor dan beberapa orang Stringer (Pemberita Sambilan) bagi Kelantan
diletakkan bawah jagaan dan tanggungjawab saya.
Mulai 15hb Januari 2007 juga berlaku perubahan drastik (mengejut) struktur di
akhbar Sinar Harian Kelantan/Terengganu.
Saya dan puan Thana diamanahkan menjaga edisi Kelantan, manakala Zulkifli
Bakar dan saudara Ong jaga edisi Terengganu.
Sinar Harian akan berubah wajah, itulah yang pemiliknya mahu. Jadi, kami di
sini terpaksa bekerja keras untuk mencapai hasratnya.
Apapun, saya akan cuba ikhtiarkan untuk menjadi pembimbing bengkel berita dan
rencana pesisir, tetapi buat masa ini saya minta berbanyak maaf kerana tidak
dapat beri jawapan dari segi tarikh.
Apa kata kalau kita adakan bengkel sebelum 15 Januari ini? Kalau Edi setuju
saya akan beri tarikhnya. Sebab dalam tempoh hari ini hingga 14 jan, tugasan
saya taklah berapa banyak sangat.
Harap maklum.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Saya bercadang untuk melantik sdr Zaidi sendiri sebagai Pembimbing
bengkel ini. Kalau saudara ada kelapangan pada hari Jumaat atau sabtu
dalam dua atau tiga minggu akan datang kita boleh buat bengkel penulisan
berita .
Kalau saudara dapat hadir memberi bimbingan. saya perlukan jawapan itu
dengan agak segera.
Kalau sdr. bersetuju untuk memberi bimbingan dan tentukan hari bila kita
boleh adakan kursus . Saya seterusnya akan berbincang dengan ketua 2 untuk
cari tempat yang sesuai dan akan hubungi ahli pesisir dan rakan-rakan
penulis untuk menyertai bengkel tersebut.
Pesisir masih tidak boleh adakan mesyuarat ajk lagi dalam masa sebulan ini.
Peserta mungkin terhad kepada beberapa orang sahaja kerana kita beri
laluan hanya kepada mereka yang betul-betul berminat.
Jawapan sdr. Manzaidi adalah diperlukan .
Edi
> saya bersetuju amat sangat. satu cadangan yang baik kerana bidang
> kewartawanan kini mula mendapat tempat terutama di kalangan graduan dan
> lepasan sekolah. di samping itu, mereka yang ada kemahiran juga boleh
> membuat duit melalui tugasan sebagai stringer atau pemberita sambilan.
>
>
> ediramleismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Berdasarkan keadaan semasa dalam bidang penulisan , selain
> menumpukan
> kepada penulisan Novel, Penulis-penulis pesisir juga perlu kepada
> pendedahan kepada penulisan Berita , skrip drama TV dan bahan-bahan
> penulisan yang mudah mendapat tempat di media.
>
> Oleh itu Saya mencadangkan sebagai aktiviti pertama 2007 pesisir
> anjurkan kursus penulisan berita secara itensif supa yang penulis
> pesisir lebih berktrampilan lagi dalam bidang penulisan.
>
> Saya mohon respon daripada rakan-rakan di sini tentang cadangan ini.
>
> Ediramle
>
>
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
> http://mail.yahoo.com
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]