Sdr. Zaidi , Saya bersetuju dengan tarikh sebelum 15 haribulan Januari. Minta sdr letakkan tarikh. Kalau boleh hari Jumaat dan Sabtu , boleh dari pagi hingga ke petang atau sebelah pagi sahaja.
kalau 12 atau 13 Januari itu tarikh yang semoleknya. Kita nak peserta yang betul-betul berminat tidaklah ramai sangat . Kursus ini kalau boleh ada latihan dan pembetulan kesilapan dalam penulisan berita. Bila dapat tarikh saya akan maklumkan kepada ahli pesisir dan mereka yang berminat. > Teramat mudah untuk saya memberi jawapan iaitu SAYA BERSETUJU, tetapi > teramat sukar untuk saya menetapkan tarikh selepas minggu kedua bulan ini. > Ini kerana berkuatkuasa 15 Januari 2007 saya akan mengambilalih tempat > News Editor, saudara Azmi yang akan bertukar ke Kuala Lumpur. > > Jadi tugas saya selepas 15hb Januari teramat berat kerana semua 25 > wartawan, 7 sub-editor dan beberapa orang Stringer (Pemberita Sambilan) > bagi Kelantan diletakkan bawah jagaan dan tanggungjawab saya. > > Mulai 15hb Januari 2007 juga berlaku perubahan drastik (mengejut) > struktur di akhbar Sinar Harian Kelantan/Terengganu. > > Saya dan puan Thana diamanahkan menjaga edisi Kelantan, manakala > Zulkifli Bakar dan saudara Ong jaga edisi Terengganu. > > Sinar Harian akan berubah wajah, itulah yang pemiliknya mahu. Jadi, kami > di sini terpaksa bekerja keras untuk mencapai hasratnya. > > Apapun, saya akan cuba ikhtiarkan untuk menjadi pembimbing bengkel > berita dan rencana pesisir, tetapi buat masa ini saya minta berbanyak > maaf kerana tidak dapat beri jawapan dari segi tarikh. > > Apa kata kalau kita adakan bengkel sebelum 15 Januari ini? Kalau Edi > setuju saya akan beri tarikhnya. Sebab dalam tempoh hari ini hingga 14 > jan, tugasan saya taklah berapa banyak sangat. > > Harap maklum. > > > [EMAIL PROTECTED] wrote: > Saya bercadang untuk melantik sdr Zaidi sendiri sebagai > Pembimbing > bengkel ini. Kalau saudara ada kelapangan pada hari Jumaat atau sabtu > dalam dua atau tiga minggu akan datang kita boleh buat bengkel penulisan > berita . > > Kalau saudara dapat hadir memberi bimbingan. saya perlukan jawapan itu > dengan agak segera. > > Kalau sdr. bersetuju untuk memberi bimbingan dan tentukan hari bila kita > boleh adakan kursus . Saya seterusnya akan berbincang dengan ketua 2 untuk > cari tempat yang sesuai dan akan hubungi ahli pesisir dan rakan-rakan > penulis untuk menyertai bengkel tersebut. > > Pesisir masih tidak boleh adakan mesyuarat ajk lagi dalam masa sebulan > ini. > > Peserta mungkin terhad kepada beberapa orang sahaja kerana kita beri > laluan hanya kepada mereka yang betul-betul berminat. > > Jawapan sdr. Manzaidi adalah diperlukan . > > Edi > >> saya bersetuju amat sangat. satu cadangan yang baik kerana bidang >> kewartawanan kini mula mendapat tempat terutama di kalangan graduan dan >> lepasan sekolah. di samping itu, mereka yang ada kemahiran juga boleh >> membuat duit melalui tugasan sebagai stringer atau pemberita sambilan. >> >> >> ediramleismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >> Berdasarkan keadaan semasa dalam bidang penulisan , selain >> menumpukan >> kepada penulisan Novel, Penulis-penulis pesisir juga perlu kepada >> pendedahan kepada penulisan Berita , skrip drama TV dan bahan-bahan >> penulisan yang mudah mendapat tempat di media. >> >> Oleh itu Saya mencadangkan sebagai aktiviti pertama 2007 pesisir >> anjurkan kursus penulisan berita secara itensif supa yang penulis >> pesisir lebih berktrampilan lagi dalam bidang penulisan. >> >> Saya mohon respon daripada rakan-rakan di sini tentang cadangan ini. >> >> Ediramle >> >> >> >> >> >> __________________________________________________ >> Do You Yahoo!? >> Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around >> http://mail.yahoo.com >> >> [Non-text portions of this message have been removed] >> >> > > > > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around > http://mail.yahoo.com > > [Non-text portions of this message have been removed] > >
