InsyaAllah kita akan berpakat pergi ke perjumpaan itu nanti bagi mendapat
garis panduan kepada terutamanya saya yang  tersangatlah baru sebagai
pemberita sambilan yang masih tergagap-gagap untuk menulis sesebuah
berita.

Setakat ni berapa ramai pemberita sambilan di Sinar?


Edi

> Assalamualaikum...
>   InsyaAllah pertengahan Februari ni saya akan adakan perjumpaan dengan
> semua Wartawan Sambilan di seluruh negeri. Perjumpaan akan diadakan di
> ibu pejabat Sinar Harian di Pengkalan Chepa. Tarikh dan masa saya akan
> maklumkan kemudian. Pada 6 Feb ni saya berjumpa dengan semua staf
> (Wartawan Skuad Cakna seramai 25 orang) manakala 7 Feb dengan semua
> sub-editor (seramai 10 orang). Selepas itu baru saya jumpa dengan
> tuan-tuan.
>
>
> aminuddin mamat <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>           Assalamualaikum,
>
> Terima kasih kepada Sdr. Manzaidi dan teman2 di pesisir yang memberi
> dorongan dan sokongan kepada saya. Ptg tadi sya telah ke rumah Sdr. Hashim
> untuk mempelajari cara2 penghantaran berita & gambar secara online.
> InsyaAllah saya akan menghantar berita dalam masa terdekat ini. T.kasih
>
> -aminuddin tm
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Hari tu Sukari memberitahu saya yang dia agak terkilan kerana tidak sempat
> menghadiri Bengkel Penulisan Berita pada 13 Januari di K-Bestari.
>
> Beliau sekarang di SK Taman Wangi Gua Musang. Selalunya bila ada apa-apa
> program penulisan , saya selalu tumpang dia untuk ke majlis dan dia begitu
> komited dengan PESISIR sejak dilantik sebagai AJK pada tahun 2003 hingga
> sekarang.
>
> no telefon Sukari 0139334792
>
> Dapatkan novel beliau di pasaran "SELAMAT TINGGAL SEMALAM"
>
> Edi
>
>> Saudara Edi, bagitau kepada Mohd Sukari....saya amat memerlukan
>> khidmatnya
>> sekarang juga. Minta dia hantar borang permohonan segera...ataupun,
>> minta
>> dia terus kirim apa-apa berita dulu (termasuk gambar). surat permohonan
>> tu
>> menyusul kemudian. saya bagi keistimewaan kepadanya dalam bab ini. saya
>> amat memerlukan khidmat dia. atau tolong kirimkan no telefon dia segera.
>> saya nak hubunginya. sekian terima kasih.
>>
>> [EMAIL PROTECTED] wrote: Saya ucapkan tahniah kepada Sdr. Aminuddin
>> dan berterima kasih kepada sdr.
>> Zaidi dan Sinar Harian kerana menerima permohonan itu.
>> Sebagai warga Sinar Harian sama-samalah kita "pertahankan" akhbar ini
>> begitu juga sebagai warga pesisir , sama-sama kita menjaga nama baik
>> pesisir.
>>
>> Semoga beberapa orang lagi peserta bengkel pesisir akan kirimkan borang
>> permohonan. Setahu saya setakat ini, Hadi Yusoff, Ku Zaid dan Kamal
>> telah
>> dan akan menghantar borang.
>>
>> Seorang lagi rakan kita Mohd Sukari yang kini berada di Gua Musang akan
>> buat juga .
>>
>> Ediramle
>>
>>> Assalamualaikum!
>>>
>>> Selamat Tahun Baru Hijrah 1428 kepada rakan-rakan seumat. Hari ini dah
>>> masuk 4 haribulan Islam iaitu Muharram. Tak lama lagi kita akan merasai
>>> bubur asyura dan banyaklah cerita-cerita mengenai kegembiraan
>>> masyarakat
>>> kampung memasak bubur itu dipaparkan dalam akhbar ini.
>>> Apapun, itulah kehidupan.
>>> Email ini sebenarnya saya nak tujukan kepada sahabat saya, cikgu
>>> Aminudin. Saya nak bagitau padanya, yang saya dah terima surat
>>> permohonannya pada 22hb Januari 2007 bersamaan Ahad dan berkuatkuasa
>>> hari itu juga saya luluskan permohonannya sebagai WARTAWAN SAMBILAN di
>>> akhbar Sinar Harian.
>>> Oleh itu, mulai Ahad kelmarin, cikgu antara ahli Pesisir yang
>>> dimasukkan
>>> dalam senarai warga Sinar Harian selain sahabat saya cikgu anuar,
>>> ediramle, ghaffar dan hashim latiff.
>>> Dengan itu, cikgu bolehlah mulai sekarang menghantar bahan berita.
>>> Kalau
>>> boleh bahan berita mengenai sekolah (aktiviti sekolah, aktiviti guru,
>>> murid dan macam-macam lagilah mengenai sekolah). kalau boleh setiap
>>> berita itu disertakan dua atau tiga keping gambar untuk saya pilih yang
>>> termolek untuk disiarkan.
>>>
>>> Sekian, terima kasih.
>>>

Kirim email ke