setakat ini sinar harian:
Kota Bharu:
Lokman Ismail (1/3 aktif)

Tanah Merah:
Hashim Latif (aktif)
Cikgu Amirudin (baru)
Wan Hassan (tak aktif)

Pasir Mas:
Awang Abdullah @ Abdullah Awang -lupa yg mana dulu (1/2 aktif)

Jeli:
Zainal Taib (1/3 aktif)

Pasir Puteh:
Nuruldin (0/0 aktif)

Tumpat:
Cikgu Anuar (aktif)
Ediramle (aktif)

Rantau Panjang:
Ghafar (aktif tapi kurang mahir send story dan gambar melalui email -
sampai sekarang story dia tak masuk dalam email saya.

Dan khabarnya ada ramai lagi, tapi sehingga sekarang saya tak tau nama
mereka. Saya mudah je...yang saya tau nama je saya anggap aktif. Dan satu
lagi...sesiapa di kalangan rakan-rakan kita dapat bantu saudara ghafar?
Dia ni cukup problem dengan cara penghantaran story. Semalam dua kali dia
call saya, bagitau dah hantar story, tapi hingga petang ni storynya tak
ada. macam mana ekkk...sapa-sapa boleh bantu dia? termasuk cara hantar
(send) gambar sekali.


InsyaAllah kita akan berpakat pergi ke perjumpaan itu nanti bagi mendapat
> garis panduan kepada terutamanya saya yang  tersangatlah baru sebagai
> pemberita sambilan yang masih tergagap-gagap untuk menulis sesebuah
> berita.
>
> Setakat ni berapa ramai pemberita sambilan di Sinar?
>
>
> Edi
>
>> Assalamualaikum...
>>   InsyaAllah pertengahan Februari ni saya akan adakan perjumpaan dengan
>> semua Wartawan Sambilan di seluruh negeri. Perjumpaan akan diadakan di
>> ibu pejabat Sinar Harian di Pengkalan Chepa. Tarikh dan masa saya akan
>> maklumkan kemudian. Pada 6 Feb ni saya berjumpa dengan semua staf
>> (Wartawan Skuad Cakna seramai 25 orang) manakala 7 Feb dengan semua
>> sub-editor (seramai 10 orang). Selepas itu baru saya jumpa dengan
>> tuan-tuan.
>>
>>
>> aminuddin mamat <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>>           Assalamualaikum,
>>
>> Terima kasih kepada Sdr. Manzaidi dan teman2 di pesisir yang memberi
>> dorongan dan sokongan kepada saya. Ptg tadi sya telah ke rumah Sdr.
>> Hashim
>> untuk mempelajari cara2 penghantaran berita & gambar secara online.
>> InsyaAllah saya akan menghantar berita dalam masa terdekat ini. T.kasih
>>
>> -aminuddin tm
>>
>> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>> Hari tu Sukari memberitahu saya yang dia agak terkilan kerana tidak
>> sempat
>> menghadiri Bengkel Penulisan Berita pada 13 Januari di K-Bestari.
>>
>> Beliau sekarang di SK Taman Wangi Gua Musang. Selalunya bila ada apa-apa
>> program penulisan , saya selalu tumpang dia untuk ke majlis dan dia
>> begitu
>> komited dengan PESISIR sejak dilantik sebagai AJK pada tahun 2003 hingga
>> sekarang.
>>
>> no telefon Sukari 0139334792
>>
>> Dapatkan novel beliau di pasaran "SELAMAT TINGGAL SEMALAM"
>>
>> Edi
>>
>>> Saudara Edi, bagitau kepada Mohd Sukari....saya amat memerlukan
>>> khidmatnya
>>> sekarang juga. Minta dia hantar borang permohonan segera...ataupun,
>>> minta
>>> dia terus kirim apa-apa berita dulu (termasuk gambar). surat permohonan
>>> tu
>>> menyusul kemudian. saya bagi keistimewaan kepadanya dalam bab ini. saya
>>> amat memerlukan khidmat dia. atau tolong kirimkan no telefon dia
>>> segera.
>>> saya nak hubunginya. sekian terima kasih.
>>>
>>> [EMAIL PROTECTED] wrote: Saya ucapkan tahniah kepada Sdr. Aminuddin
>>> dan berterima kasih kepada sdr.
>>> Zaidi dan Sinar Harian kerana menerima permohonan itu.
>>> Sebagai warga Sinar Harian sama-samalah kita "pertahankan" akhbar ini
>>> begitu juga sebagai warga pesisir , sama-sama kita menjaga nama baik
>>> pesisir.
>>>
>>> Semoga beberapa orang lagi peserta bengkel pesisir akan kirimkan borang
>>> permohonan. Setahu saya setakat ini, Hadi Yusoff, Ku Zaid dan Kamal
>>> telah
>>> dan akan menghantar borang.
>>>
>>> Seorang lagi rakan kita Mohd Sukari yang kini berada di Gua Musang akan
>>> buat juga .
>>>
>>> Ediramle
>>>
>>>> Assalamualaikum!
>>>>
>>>> Selamat Tahun Baru Hijrah 1428 kepada rakan-rakan seumat. Hari ini dah
>>>> masuk 4 haribulan Islam iaitu Muharram. Tak lama lagi kita akan
>>>> merasai
>>>> bubur asyura dan banyaklah cerita-cerita mengenai kegembiraan
>>>> masyarakat
>>>> kampung memasak bubur itu dipaparkan dalam akhbar ini.
>>>> Apapun, itulah kehidupan.
>>>> Email ini sebenarnya saya nak tujukan kepada sahabat saya, cikgu
>>>> Aminudin. Saya nak bagitau padanya, yang saya dah terima surat
>>>> permohonannya pada 22hb Januari 2007 bersamaan Ahad dan berkuatkuasa
>>>> hari itu juga saya luluskan permohonannya sebagai WARTAWAN SAMBILAN di
>>>> akhbar Sinar Harian.
>>>> Oleh itu, mulai Ahad kelmarin, cikgu antara ahli Pesisir yang
>>>> dimasukkan
>>>> dalam senarai warga Sinar Harian selain sahabat saya cikgu anuar,
>>>> ediramle, ghaffar dan hashim latiff.
>>>> Dengan itu, cikgu bolehlah mulai sekarang menghantar bahan berita.
>>>> Kalau
>>>> boleh bahan berita mengenai sekolah (aktiviti sekolah, aktiviti guru,
>>>> murid dan macam-macam lagilah mengenai sekolah). kalau boleh setiap
>>>> berita itu disertakan dua atau tiga keping gambar untuk saya pilih
>>>> yang
>>>> termolek untuk disiarkan.
>>>>
>>>> Sekian, terima kasih.
>>>>
>
>

Kirim email ke