saya simpatikan saudara namun itulah tanggungjawab dan budi yang terbesar 
sekali buat rakyat kelantan.  apa pun kesabaran saudara tentunya banyak berikan 
manafaat kepada seluruh warga SH.
   
  saya perlukan tunjuk ajar dari saudara.  mungkin apa yang saya tulis tidak 
sehebat orang lain.  apa pun saya akan cuba naikkan SH bersma sauadara.  
sewaktu saya mula-mula dengan SH, saya rasa sepi kesaorangan tanpa bimbingan 
sesiapa.  tetapi sekarang saya bersyukur, akhirnya sahabat baik saya berada di 
kerusi yang mungkin lama diidmkannya. hijrah saudara ada manafaatnya buat SH. 
   
  sekarang saya seronok dengan SH.  Ada Cikgu Nuar, Li, GHaffar, Aminuddin, 
semuanya sahabat saya.  meriahnya SH.  semua itu memberikan lagi kesungguhan 
saya bekerja dan mencari berita.
   
  Walapun saya menulis berita tentang RP. TM DAN PM bukan bermakna saya bukan 
orang Tumpat lagi.  Jasad di sini tapi hati tetap di TPT.  Saya tak mahu 
jauhkan diri saya dari daerah kelahiran saya.  Saya tetap kagum dengan Tumpat 
walapun bandarnya bandar koboi. 
  

Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          Kepada warga Sinar Harian (Wartawan Sambilan)....Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari pertama saya akan berdepan dengan 1001 ujian, cabaran 
dan dugaan paling berat sebagai Ketua Editor dan Ketua Wartawan Sinar Harian 
Kelantan.
Ini kerana, saudara Azmi (saya ambil alih tempatnya) akan bertukar ke HQ Shah 
Alam berkuatkuasa 1 Feb dan semalam adalah hari terakhir dia bersama SH 
Kelantan. Sebelum ini, dia banyak membantu saya dengan memberi tunjuk ajar 
bagaimana cara mengendalikan petugas (wartawan, sub editor dan artist-layout) 
sehingga tugas saya menjadi ringan sedikit, walaupun setiap malam pulang jam 2 
hingga 3 pagi (boleh dikatakan setiap malamlah macam tu selagi bahan tak masuk 
ke mesin cetak).
Hari ini Azmi dah tiada. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini dan bermakna 
semua tugas memilih berita, edit berita, menentukan berita di muka surat mana 
dan boleh dikatakan setiap bahan berita dan rencana dari muka surat satu hingga 
muka surat 48 akan dipikul sepenuhnya oleh saya mula hari ini.
Sehubungan itu, saya meminta jasa baik dan kerjasama semua rakan-rakan agar 
menyumbangkan lebih banyak berita dan gambar yang berkualiti untuk meringankan 
tugas saya mengisi setiap muka surat. Kepada saudara-saudaralah tempat saya 
bergantung harap selain wartawan-wartawan skuad cakna di seluruh jajahan.

Kawan-kawan,
selepas ini saya akan berdepan dengan tidak cukup masa untuk rehat, bergayut 
atau menjawab panggilan lama-lama daripada pemanggil sebab banyak tumpuan 
diberikan kepada tanggungjawab untuk memilih, mengedit dan mengisi ruang. Oleh 
itu, jika kawan-kawa ada buat panggilan sekali, dua kali dan tiga kali tidak 
berjawab, harap-harap fahamlah. Bukan saya tak nak jawab, tetapi mungkin 
disebabkan saya meeting dengan Haji Jalil, Zulkifli Bakar, Thana dan Ong. Masa 
meeting, kita dilarang membawa masuk telefon, apatah lagi menjawabnya. Dan 
kadang-kadang saya pesan pada sesiapa yang mendengar handphone saya menjerit di 
atas meja, mereka akan tolong menjawab. Itulah saya selepas ini. Saya nak minta 
maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan. 
Apapun, walau sibuk setara mana sekali pun, saya tetap on email. Sebab dalam 
email saya banyak bahan berita yang dikirimkan saudara cikgu war, ediramle, 
hashim dan Ghaffar. Itu akan menjadi rutin harian saya. Dan disitulah saya 
dapat komunikasi dengan kawan-kawan.
Saya suka email cikgu war...selain kirim berita, dia selitkan sikit joke. Ini 
dapat meredakan kepenatan saya. Kadang-kadang saya ketawa seorang diri bila 
baca emailnya. Memang layaklah cikgu war jadi guru kaunselor. Dia turut 
mengkaunselorkan saya dengan joke-jokenya. Contohnya, joke dia yang buat saya 
senang hati dalam kepenatan ialah "lembu ambo be..." hahahaha....walaupun 
ringkas, tapi dapat hilangkan tension saya. Memang hari tu silap saya, 
sepatutnya saya pakai byline cikgu war, tapi entah macamana termasuk byline 
Rohana Ismail. Jadi apa lagi, mengamuklah cikgu tanya lembu dia...hahaha. 

Untuk makluman rakan-rakan,
walaupun berita anda tertera byline staf, kawan-kawan boleh claim berita itu 
dan berikan kepada saya untuk pengesahan. 

Oklah kawan-kawan, selamat bertugas.

[EMAIL PROTECTED] wrote:

E-mel untuk warga pesisir akan turut dinaiktarafkan mungkin sesetengahnya
hingga 100MB bagi mengelakkan ianya penuh dalam jagkamasa yang singkat.

Maklumkanlah kepada ahli-ahli pesisir dan supaya sama-sama menggunakan
e-mel ini, bertujuan untuk memperkenalkan pesisir ke mata masyarakat
seterusnya.
Cuma untuk kirimkan apa-apa yang baik dan bermanfaat.

Edi

> Pesisir.net akan disambung sebelum 9 Februari 2007 (minta bendahari
> bersedia) dan selepas itu ianya diupgred kepada webhosting 5Giga tidak
> seperti yang ada sekarang hanya 1Giga.
>
> Dengan penambahanan ruang tanpa menambah sewa ini akan lebih dapat
> dimanfaatkan oleh ahli dan warga pesisir sekelian.
>
> Kalau ada ahli pesisir yang nak buat laman web bolehlah guna subdomain
> pesisir.net
>
> contohnya http://anda.pesisir.net
>
> Domain Name: pesisir.net
>
> Expiry Date: 09-Feb-2007
> Days Left for Expiry: 15
> Record Creation Date: 09-Feb-2006
> Domain Status: Active
>
>
> Ediramle
>
> sk. Ketua 1
>
>
>
>
>

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



         

 
---------------------------------
Never Miss an Email
Stay connected with Yahoo! Mail on your mobile. Get started!

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke