tahniah boss...
itulah berkat kerja kuat dengan penuh tanggungjawab hasilnya cukup manis
dikutip dengan keseronokan yang terhebat...
ambo yakin SINAR HARIAN bakal lebih cemerlang dan gemilang seterusnya
berbanar-banar dengan pemilihan sahabat ambo mengetuai jawatan tersebut...
dan nampaknya kohor sedap ambo buat story lepas ni...heh,heh,heh
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA








> Kepada warga Sinar Harian (Wartawan Sambilan)....Assalamualaikum.
>
>   Hari ini merupakan hari pertama saya akan berdepan dengan 1001 ujian,
> cabaran dan dugaan paling berat sebagai Ketua Editor dan Ketua Wartawan
> Sinar Harian Kelantan.
>   Ini kerana, saudara Azmi (saya ambil alih tempatnya) akan bertukar ke HQ
> Shah Alam berkuatkuasa 1 Feb dan semalam adalah hari terakhir dia
> bersama SH Kelantan. Sebelum ini, dia banyak membantu saya dengan
> memberi tunjuk ajar bagaimana cara mengendalikan petugas (wartawan, sub
> editor dan artist-layout) sehingga tugas saya menjadi ringan sedikit,
> walaupun setiap malam pulang jam 2 hingga 3 pagi (boleh dikatakan setiap
> malamlah macam tu selagi bahan tak masuk ke mesin cetak).
>   Hari ini Azmi dah tiada. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini dan
> bermakna semua tugas memilih berita, edit berita, menentukan berita di
> muka surat mana dan boleh dikatakan setiap bahan berita dan rencana dari
> muka surat satu hingga muka surat 48 akan dipikul sepenuhnya oleh saya
> mula hari ini.
>   Sehubungan itu, saya meminta jasa baik dan kerjasama semua rakan-rakan
> agar menyumbangkan lebih banyak berita dan gambar yang berkualiti untuk
> meringankan tugas saya mengisi setiap muka surat. Kepada
> saudara-saudaralah tempat saya bergantung harap selain wartawan-wartawan
> skuad cakna di seluruh jajahan.
>
>   Kawan-kawan,
>   selepas ini saya akan berdepan dengan tidak cukup masa untuk rehat,
> bergayut atau menjawab panggilan lama-lama daripada pemanggil sebab
> banyak tumpuan diberikan kepada tanggungjawab untuk memilih, mengedit
> dan mengisi ruang. Oleh itu, jika kawan-kawa ada buat panggilan sekali,
> dua kali dan tiga kali tidak berjawab, harap-harap fahamlah. Bukan saya
> tak nak jawab, tetapi mungkin disebabkan saya meeting dengan Haji Jalil,
> Zulkifli Bakar, Thana dan Ong. Masa meeting, kita dilarang membawa masuk
> telefon, apatah lagi menjawabnya. Dan kadang-kadang saya pesan pada
> sesiapa yang mendengar handphone saya menjerit di atas meja, mereka akan
> tolong menjawab. Itulah saya selepas ini. Saya nak minta maaf
> banyak-banyak kepada kawan-kawan.
>   Apapun, walau sibuk setara mana sekali pun, saya tetap on email. Sebab
> dalam email saya banyak bahan berita yang dikirimkan saudara cikgu war,
> ediramle, hashim dan Ghaffar. Itu akan menjadi rutin harian saya. Dan
> disitulah saya dapat komunikasi dengan kawan-kawan.
>   Saya suka email cikgu war...selain kirim berita, dia selitkan sikit
> joke. Ini dapat meredakan kepenatan saya. Kadang-kadang saya ketawa
> seorang diri bila baca emailnya. Memang layaklah cikgu war jadi guru
> kaunselor. Dia turut mengkaunselorkan saya dengan joke-jokenya.
> Contohnya, joke dia yang buat saya senang hati dalam kepenatan ialah
> "lembu ambo be..." hahahaha....walaupun ringkas, tapi dapat hilangkan
> tension saya. Memang hari tu silap saya, sepatutnya saya pakai byline
> cikgu war, tapi entah macamana termasuk byline Rohana Ismail. Jadi apa
> lagi, mengamuklah cikgu tanya lembu dia...hahaha.
>
>   Untuk makluman rakan-rakan,
>   walaupun berita anda tertera byline staf, kawan-kawan boleh claim berita
> itu dan berikan kepada saya untuk pengesahan.
>
>   Oklah kawan-kawan, selamat bertugas.
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
> E-mel untuk warga pesisir akan turut dinaiktarafkan mungkin sesetengahnya
> hingga 100MB bagi mengelakkan ianya penuh dalam jagkamasa yang singkat.
>
> Maklumkanlah kepada ahli-ahli pesisir dan supaya sama-sama menggunakan
> e-mel ini, bertujuan untuk memperkenalkan pesisir ke mata masyarakat
> seterusnya.
> Cuma untuk kirimkan apa-apa yang baik dan bermanfaat.
>
> Edi
>
>> Pesisir.net akan disambung sebelum 9 Februari 2007 (minta bendahari
>> bersedia) dan selepas itu ianya diupgred kepada webhosting 5Giga tidak
>> seperti yang ada sekarang hanya 1Giga.
>>
>> Dengan penambahanan ruang tanpa menambah sewa ini akan lebih dapat
>> dimanfaatkan oleh ahli dan warga pesisir sekelian.
>>
>> Kalau ada ahli pesisir yang nak buat laman web bolehlah guna subdomain
>> pesisir.net
>>
>> contohnya http://anda.pesisir.net
>>
>> Domain Name: pesisir.net
>>
>> Expiry Date: 09-Feb-2007
>> Days Left for Expiry: 15
>> Record Creation Date: 09-Feb-2006
>> Domain Status: Active
>>
>>
>> Ediramle
>>
>> sk. Ketua 1
>>
>>
>>
>>
>>
>
>
>
>
>
>  __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
> http://mail.yahoo.com
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
>

Kirim email ke