assalamualaikum.....
  tidak semua yang diidamkan menjadi kenyataan kecuali bantuan Illahi.  setiap 
apa yang dirancang juga tidak akan menjadi realiti tanpa pertolonganNYA. 
justeru hidup ini seratus peratus perlukan bantuannya.
   
  kesusahan jadikan seseorang itu kreatif.  kepayahan jadikan minda seseorang 
itu cerdas.  apa pun keceradsan dan kekreatifan itu barangkalinya sukar kalau 
poket kosong.
   
  kita selalu fikirkan mawar yang berada di luar rumah tetapi kita tidak 
fikirkan rose yang berada di dalam pasu di bilik tidur kita.
   
  kadang-kadang kita terlupa feel mat jenin itu pandai berangan-angan.  justeru 
kerana mengikuti angan-angan mat jenin, kita membeli kapal kononnya kitalah 
nelayan yang hebat menangkap ikan di laut, walhal kitalah insan yang tidak tahu 
berenang meskipun air tohor.
   
  justeru elok saja mengikuti rasmi padi.  makin berisi makin tunduk.  memburu 
kabus itu seronok tetapi menikmati hasil dari perburuan itu, aduh, menyulitkan. 
 oleh itu jangan dicurah air ke daun keladi meskipun katak sudah memanggil 
hujan.  barangkali hujan turun tetapi tidak di bumi kita.
   
  sesekali melalut tapi jangan biarkan orang meluat.
   
  kepada sesiapa yang berminat dengan lanskap, sila hubungi saya di talian: 
013-9869809 hashim latiff. saya sedia membantu. atau terus sahaja ke group ini. 
   
   
   
   
   
   
        

 
---------------------------------
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
Try the Yahoo! Mail Beta.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke