Sukar juga nak memahami kalimat yang diukirkan oleh sasterawan ulung Pesisir, 
Sdr. Hashim Latiff walaupun sebelum ini saya sendiri pernah merasai jadi 
seorang penyair, kemudian 
jadi seorang aktivis, selepas itu jadi penyair balik, kemudian jadi penulis 
novel seketika lepas tu jadi pejuang ICT, kemudian jadi sukarelawan ICT  
setelah itu cuba nak jadi usahawan ICT , tapi tak sempat menjadi kerana 
semangat sukarela mengatasi semangat keusahawanan , kemudian jadi pemberita 
sambilan seketika, selepas itu kembali semula ke dunia ICT dan hajat nak 
menulis novel pula dan selepas ini dan selepas itu saya sendiri pun tidak tahu 
apa yang akan jadi pada masa akan datang. Setakat merancang saja bolehlah, tapi 
untuk menentukannya bukan lagi kerja kita.


Semua bidang yang diceburi sangat mengembirakan. dalam penulisan sajak setiap 
sebuah sajak yang dihasilkan ada lebih daripada lima kepuasan yang diperolehi.

Dalam Novel ada empat lima kepuasan juga, begitu juga dalam bidang-bidang lain.

Saya juga berminat dalam bidang lanskap walaupun hanya sipi-sipi saja minatnya.

Alangkah baiknya kalau di usia emas nanti saya sempat berkorban tenaga dan masa 
 (bukan dengan menggunakan peralatan atau senjata, tapi menggunakan 
kebijaksanaan )  untuk agama pula bagi membuatkan agama Islam kita akan menjadi 
unggul seunggul-unggulnya. Semoga hasrat ini akan tercapai sedikit sebanyaknya.


Ediramle



  ----- Original Message ----- 
  From: hashim latiff 
  To: [email protected] 
  Sent: Saturday, February 24, 2007 2:38 PM
  Subject: [Pesisir] LANDSKAP


  assalamualaikum.....
  tidak semua yang diidamkan menjadi kenyataan kecuali bantuan Illahi. setiap 
apa yang dirancang juga tidak akan menjadi realiti tanpa pertolonganNYA. 
justeru hidup ini seratus peratus perlukan bantuannya.

  kesusahan jadikan seseorang itu kreatif. kepayahan jadikan minda seseorang 
itu cerdas. apa pun keceradsan dan kekreatifan itu barangkalinya sukar kalau 
poket kosong.

  kita selalu fikirkan mawar yang berada di luar rumah tetapi kita tidak 
fikirkan rose yang berada di dalam pasu di bilik tidur kita.

  kadang-kadang kita terlupa feel mat jenin itu pandai berangan-angan. justeru 
kerana mengikuti angan-angan mat jenin, kita membeli kapal kononnya kitalah 
nelayan yang hebat menangkap ikan di laut, walhal kitalah insan yang tidak tahu 
berenang meskipun air tohor.

  justeru elok saja mengikuti rasmi padi. makin berisi makin tunduk. memburu 
kabus itu seronok tetapi menikmati hasil dari perburuan itu, aduh, menyulitkan. 
oleh itu jangan dicurah air ke daun keladi meskipun katak sudah memanggil 
hujan. barangkali hujan turun tetapi tidak di bumi kita.

  sesekali melalut tapi jangan biarkan orang meluat.

  kepada sesiapa yang berminat dengan lanskap, sila hubungi saya di talian: 
013-9869809 hashim latiff. saya sedia membantu. atau terus sahaja ke group ini. 








  ---------------------------------
  Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
  Try the Yahoo! Mail Beta.

  [Non-text portions of this message have been removed]



   


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke