Hamba pergi tidaklah lama tak sampai pun sepurnama. Bagaimanapun biar ianya
dapat memanfaatkan orang lain juga.

Kalau dulu kena meredah hutan dan rimba, dari siang menjadi malam, dari
malam menjadi siang, tapi sekarang hanya semalaman sahaja dah sampai
di Seremban , itu belum naik kenderaan yang lebih canggih lagi .

Kepada rakan-rakan penulis pesisir semoga kita sama-sama berikan kerjasama
sepenuhnya terhadap program yang akan dilaksanakan oleh salah seorang warga
lama kita iaitu Dr Norhayati yang  juga pernah kita baca sajak-sajaknya di
akhbar-akhbar tempatan kita pada tahun 80-an dulu . Beliau berasal dari Kok
Pasir, iaitu  sekampung dengan saya ketika itu, sekarang sudah di KL
sepertimana juga dengan rakan-rakan pesisir yang lain seperti Zakaria Bs,
Mohd Azli Lee. Asmui , Eziz Shukman, Awang Abdullah  dan ramai lagi sekarang
telah menjalani kehidupan di luar Kelantan.

Inilah ertinya sebuah kehidupan kebanyakkannya ada lawannya, dulu dengan
kini, bertemu dengan berpisah. suka dengan duka dan sebagai-bagainya.

Kalu dulu saya masih diusia belia, tapi kini dekat sama dengan usia
kemerdekaan negara kita Malaysia.


Ediramle

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Saya akan hadiri kursus di
Glory Beach Resort PD mulai 26 Feb hingga 2 Mac .
Ketika itu mungkin saya tidak gunakan internet.

Kalau ada apa-apa iklan yang dikirimkan ke egroups dalam masa itu saya tidak
dapat ban e-mel pengirim tersebut . Saya mohon maaf.

Mudahan tidak ada iklan skim cepat kaya dikirimkan ketika itu.

Kalau untuk memaklumkan aktiviti atau nak jual komputer serta peralatannya
itu tak apa .

Petang esok Ahad 25 Februari sekali lagi naik kereta api dari Tumpat ke
Seremban.

Ediramle

---------------------------------
Looking for earth-friendly autos?
Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.

[Non-text portions of this message have been removed]




Kirim email ke