Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Kepada semua penulis PESISIR yang saya hormati,
Saya Norhayati Ab.Rahman, dari Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Saya mempunyai hajat yang besar terhadap tuan/puan penulis daerah Tumpat, sama ada yang menjadi ahli PESISIR atau bukan ahli. Saya rasa tuan/puan semua sudah mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang projek saya ini daripada En. Ediramle. Saya sedang menjalankan projek mendokumentasikan biodata dan kegiatan penulis peringkat daerah di seluruh daerah di semua negeri di Malaysia. Fasa pertama bermula dengan negeri Kelantan, Kedah dan Perlis (akan diterbitkan dalam satu buku). Utk negeri Kelantan, saya bermula dengan daerah Tumpat. Pemilihan ini saya buat kerana di daerah ini lahirnya ramai penulis berbakat besar dan prolifik dalam penulisan, khususnya dalam PESISIR. Penulis Tumpat memberikan sumbangan yang besar kepada khazanah kesusasteraan Melayu. Kedua, kerana saya sendiri 'lahir' dari PESISIR dan mempunyai ramai teman-teman yang saya ikuti perkembangan penulisan mereka (walaupun saya tidak aktif menulis kreatif lagi). Justeru, saya berasa amat berbesar hati dan berbangga dengan perkembangan yang berlaku dalam PESISIR. Oleh itu, saya dan rakan-rakan di Jabatan kesusasteraan Melayu telah merangka satu projek yang akan mendokumentasikan semua nama penulis dan karya mereka ke dalam bentuk buku, khusus memfokuskan kepada penulis-penulis daerah. Untuk tujuan itu, saya amat berharap akan kesudian tuan/puan semua bagi mengisi borang biodata penulis yang saya lampirkan di sini. Borang yang telah diisi, bolehlah dikembalikan terus kepada saya melalui e-mel. Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet, saya akan edarkan borang tersebut secara hardcopy dan saya akan mengutipnya sendiri pada pertengahan bulan March ini. InsyaAllah. Saya akan ke Tumpat dan akan mengatur pertemuan dengan penulis- penulis yang akan saya hubungi nanti (harap tuan/tuan berkelapangan untuk itu). Kalaupun tak dapat ditemui, saya harap tuan/puan dapat juga isikan borang biodata dan serahkan kepada En. Ediramle. Saya akan minta tolong beliau untuk kumpulkan borang tersebut bagi pihak saya. Saya harap tuan/puan sudi memberikan kerjasama bagi menjayakan projek yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. InsyaAllah. Dengan terhasilnya projek ini, diharap akan dapat membantu mengangkat nama-nama individu penulis daerah Tumpat dan organisasi PESISIR ke persada dunia kesusasteraan tanahair. Walaupun kebanyakan daripada ahli PESISIR telah pun mempunyai nama besar dan tersendiri dalam dunia sastera tanahair, tetapi sebahagiannya masih lagi tidak diketahui umum. Sedangkan mereka ini telah mempunyai karya yang telah diterbitkan. Setiap penulis yang pernah menerbitkan karya mereka, walaupun sebuah sajak/puisi, harap dapat menyertai/masuk ke dalam projek ini.. Sekiranya tuan/puan ada apa-apa kemusykilan atau perkara yang nak ditanyakan atau dibincangkan, bolehlah menghubungi saya melalui e-mel ini atau tel no: 013-3645512 (hp) atau 03-7967 7239/ 03-7967 7207 (Pej). Kesudian dan kerjasama tuan/puan rakan-rakan penulis, amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, jumpa lagi. Wassalam. yang benar, Dr.Norhayati Ab.Rahman Jabatan Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur. Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>: > Hamba pergi tidaklah lama tak sampai pun sepurnama. Bagaimanapun biar ianya > dapat memanfaatkan orang lain juga. > > Kalau dulu kena meredah hutan dan rimba, dari siang menjadi malam, dari > malam menjadi siang, tapi sekarang hanya semalaman sahaja dah sampai > di Seremban , itu belum naik kenderaan yang lebih canggih lagi . > > Kepada rakan-rakan penulis pesisir semoga kita sama-sama berikan kerjasama > sepenuhnya terhadap program yang akan dilaksanakan oleh salah seorang warga > lama kita iaitu Dr Norhayati yang juga pernah kita baca sajak-sajaknya di > akhbar-akhbar tempatan kita pada tahun 80-an dulu . Beliau berasal dari Kok > Pasir, iaitu sekampung dengan saya ketika itu, sekarang sudah di KL > sepertimana juga dengan rakan-rakan pesisir yang lain seperti Zakaria Bs, > Mohd Azli Lee. Asmui , Eziz Shukman, Awang Abdullah dan ramai lagi sekarang > telah menjalani kehidupan di luar Kelantan. > > Inilah ertinya sebuah kehidupan kebanyakkannya ada lawannya, dulu dengan > kini, bertemu dengan berpisah. suka dengan duka dan sebagai-bagainya. > > Kalu dulu saya masih diusia belia, tapi kini dekat sama dengan usia > kemerdekaan negara kita Malaysia. > > > Ediramle > > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Saya akan hadiri kursus di > Glory Beach Resort PD mulai 26 Feb hingga 2 Mac . > Ketika itu mungkin saya tidak gunakan internet. > > Kalau ada apa-apa iklan yang dikirimkan ke egroups dalam masa itu saya tidak > dapat ban e-mel pengirim tersebut . Saya mohon maaf. > > Mudahan tidak ada iklan skim cepat kaya dikirimkan ketika itu. > > Kalau untuk memaklumkan aktiviti atau nak jual komputer serta peralatannya > itu tak apa . > > Petang esok Ahad 25 Februari sekali lagi naik kereta api dari Tumpat ke > Seremban. > > Ediramle > > --------------------------------- > Looking for earth-friendly autos? > Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center. > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > > [Non-text portions of this message have been removed]
