saya setuju, kalau tak mulai sekarang kita akan rugi. saya pernah tanya sn
dato' a samad, falsafah hidupnya, "apa sahaja yang berlaku kepada diri saya,
saya tak pernah rugi."
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Begitulah hendaknya. Yang
pernah menulis hendaknya kembali menulis kerana
anugerah kebolehan menulis tidak diberi kepada semua. Kalu kita tak tulis
ianya menjadi seakan pembaziran dan mengakibatkan kerugian kepada
perkembangan penulisan di tanahair.
Kalu yang baru nak menulis, hendaklah memulakan penulisan kerana kita
tidak ada waktu yang banyak untuk bertangguh lagi. Peluang terbuka luas
untuk semua.
Kalau ada dalam diri seseorang keinginan untuk menulis dan bertemu
rakan-rakan penulis itu bermakna dia mencintai bidang penulisan dengan
sepenuh hati.
Oleh itu datanglah ke perjumpaan Hari Raya Pesisir yang akan diadakan pada
Raya kedua bertempat di rumah ketua 2. Kalau tak jumpa cari, telefon saja
ketua 2 di nombor 0129508908
Atau Ediramle 0129032948 (nombor ni masih dipakai)
Tapi rasanya tak sukar cari tempat kerana rumah ketua 2 terletak
betul-betul di belakang pejabat pos pengkalan kubor.
Untuk ke sana sebaiknya melalui jalan pengkalan kubor lama , melalui
cabang tiga geting. Lepas perikanan pergi lagi dan lihat sebelah kanan.
Jalan masuknya sebelum pejabat pos, tapi rumah ketua 2 di belakang pejabat
pos.
Ediramle
Begitulah cinta saya pada dunia penulisan.
Sebagai seorang wanita, kadang-kadang keperluan rumahtangga terpaksa
didahulukan. Pernah sekali, ketika saya leka menyiapkan novel untuk satu
pertandingan, anak yang masih kecil terjatuh sampai luka dan terpaksa
dibawa ke klinik untuk dijahit. Saya rasa bersalah pada diri sendiri. Buat
seketika saya melupakan dunia penulisan, sekadar menjadi pemerhati tanpa
dapat berkongsi kecintaan ini dengan sesiapa.
Kesibukan dengan tugas di pejabat juga membuatkan saya terpaksa mengalah
dengan kecintaan saya pada dunia penulisan.
Terlalu lama sebenarnya saya menanti. Dan sekarang baru saya berani
bangkit kembali. Semuanya kerana kecintaan saya dalalm dunia penulisan.
Semoga selepas ini saya akan kembali menulis. Mengenali teman2 di Pesisir
akan menjadikan saya semakin bersemangat untuk menulis.
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sedalam manakah cinta kita.
Sekira kita mencintai sesuatu bermakna kita akan ambil kisah tentang
kecintaan itu.
********** DIMAKLUMKAN DENGAN HORMATNYA **************
1. Perjumpaan Penulis PESISIR (Persatuan Penulis Tumpat)
Dengan hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke perjumpaan Persatuan
Penulis Tumpat (PESISIR) seperti berikut:
Tarikh : Hari Raya Kedua (Aidil Fitri 2007)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Rumah Ketua 2 PESISIR, Kg. Telaga Lanas, Pengkalan Kubor,
Tumpat, Kelantan
2. MAKLUMAN PERJUMPAAN HARI RAYA AIDIL FITRI ICT KELANTAN
Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Perjumpaan ICT
Kelantan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2007 akan mengadakan perjumpaan
ICT sempena Hari Raya Warga Aidil Fitri seperti berikut:
Tarikh : Hari Raya Ketiga (Aid
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web
links.
Ediramle Ismail
---------------------------------
Catch up on fall's hot new shows on Yahoo! TV. Watch previews, get listings,
and more!