Penulis perlu beregu (rakan sepenulisan) untuk meneruskan kelancaran bidang penulisannya.
mungkin kenyataan yang saya buat ini tidak tepat seratus peratus, tetapi ianya boleh tepat 70 ke 80 peratus. Seseorang penulis yang tidak mempunyai regu dalam penulisannya lambat laung akan semakin pudar daya penulisannya sedikit demi sedikit sehingga suatu ketika dia akan melupakan bidang penulisan sepenuhnya dan yang tinggal hanya kenangan yang tak mungkin bakal padam sampai bila-bila. Contoh regu dalam penulisan saya . Ketika awalnya saya tidak ada regu , beberapa tahun kemudian regu pertama saya seorang penulis dari perak samasa dalam tentera beliau ialah seorang penulis Drama TV namanya Amin Khan yang kemudian menjadi pengarah Drama. Kemudian bila balik ke kelantan dari Pahang beregu pula dengan sdr. Eziz Shukman, Zakaria Bs dan Hashim Mat San. Setelah itu masing-masing melalui kehidupan di tempat berasingan. Akhirnya Eziz Shukman seakan berhenti menulis kerana tidak beregu, begitu juga dengan Zakaria Bs seakan berhenti menulis seketika sebelum bangkit semula setelah bertemu semula dengan regu-regu di Pesisir. Hashim Mat San juga telah seakan berhenti terus dalam penulisan kerana kehilangan regu. Selepas kehilangan regu Saya mendapat regu baru iaitu Hashim Latiff dan Nik Azman NM semasa tinggal di Chabang Empat Tok Mek Ngah. Selepas itu saya meninggalkan Chabang Empat dan Hashim Meninggalkan Jal Besar dan Nik Man meninggalkan Chabang Empat. Selepas kehilangan (tidak hilang terus kerana masih kerap berjumpa Hashim Latiff dan Nik Azman ) Sdr. Anuar Musa dan Mohd Sukari pula yang jadi regu saya . Mohd Sukari telah meninggal bulan Julai lalu . Kini tinggal Anuar Musa sebagai regu tempat perbincangan mengenai penulisan. Regu yang unik saya temui ada beberapa orang antaranya Ghaffar Daud dan Ismail Daud itu adik beradik. Ada regu penulisan suami isteri, rakan baik. Mungkin sdr Hadi Yusoff regu penulisannya Allahyarham Mustafa Jusoh dan Aziz Md Nor. Mungkin pula Suatu ketika dulu Dr. Norhayati pernah beregu dengan Roza M dalam dunia penulisanya. Berregu di sini bukan bermaksud berpakat hasilkan karya yang sama, tapi berbincang tentang dunia penulisan. Bagaimanapun di zaman teknologi ini, kiranya tidak ada regu dalam penulisan jalan penyelesaiannya masih ada 2 pilihan utama iaitu berpersatuan dan melalui forum atau egroup umpamanya [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] . Ediramle Ismail
