salam buat warga pesisir seluruhnya, saya turut terpanggil untuk turut sama memikirkan nasib anak bangsa sendiri yang semakin hari tercabar dengan pelbagai desakan yang sengaja diadakan atau tidak sengaja dari anasir-anasir tertentu. namun dengan berkat karismatik dan ketulusan serta keyakinan dan kekuatan intelek dan ketinggian akalbudi pimpinan negara segalanya masih mampu ditangani dengan penuh teliti dengan meletakkan luapan emosi di luar pertimbangan dan mengenepikan kepentingan peribadi saya pasti sebahagian besar tuntutan agama Islam kita telah tertunai dan mendapat rahmat berkatNya. apapun sebagai warga yang cintakan negara marilah kita kembali kepada kekuatan bangsa yang pernah kita tunjukkan pada penjajah bahawa kita adalah bangsa yang mampu membentuk kekuatan dalaman yang jangan sesekali dicuba usik tanpa sebarang alasan yang tidak masuk akal kerana dibimbangi tolenrasi yang sudah terlalu banyak diberikan akan berakhir pada titik noktah sebuah maruah...
bahasa melayu masih bahasa bermaruah... > Assalamualaikum, > > Pertama kali dapat send email ke PESISIR. > > Hmmmm....satu keluhan yang really mengusik minda dari Pakdo. > Pendapat ambo, teramatlah kecewa sekiranya perancangan yang dibuat > dihentikan sekerat jalan tanpa bersabar dan menunggu hasilnya. Hasilnya > memang lambat kerana batch pertama yang menggunakan BI sebagai bahasa > pengantar untuk Matematik dan Sains kini baru selesai menduduki PMR. Belum > lagi menempuh alam kehidupan selepas persekolahan/pengajian. > > Bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk subjek Matematik dan Sains, ambo > setuju sangat-sangat. Pengalaman ambo sendiri di alam persekolahan yang > menyebabkan ambo kata begitu. > > Kita sendiri akan tersenyum atau tergelak sendirian bila membaca teks > terjemahan BI -> BM. Maksud terjemahan tidak kesampaian dan akan lebih > menyukarkan lagi apabila berdepan dengan peringkat pengajian yang lebih > tinggi. Buku terjemahan dahlah tak ada, yang ada semuanya dalam BI dan > sekiranya tidak dipupuk dari rebung lagi, akan berkuranglah ilmuan dari > kalangan kita. Itu baru diperingkat pengajian. > > Peringkat menjalani hidup pula, seingat ambo dulu, berapa ramai dari kita > yang cuba "setkan" jam yang terdapat dalam alat pemain video di rumah kita > ? > Rasa ambo alat pemain video tu asyik dok berkelip 0:00 sampailah ianya > rosak/lapuk dek teknologi. Puncanya ? Buku panduan dalam BI dan kita malas > membacanya (sebab dalam BI), kalau dalam BM tergerak juga nak membacanya. > > Malas membaca tu memang satu isu. Tapi sekiranya kita boleh membaca teks > BI > (dengan tidak merangkak-rangkak) nescaya kita akan mampu menerokai alam > internet dengan lebih jauh lagi. > > ~~~~~~~~~~ > > Tahniah Edi, berjaya mewujudkan laman-laman blog untuk rakan-rakan. Sayang > sekali, rakan-rakan Edi tu tidak (mampu?) berjaya membuat sendiri laman > blog > masing-masing. Mungkinkah kerana panduan dan cara-caranya dibuat dalam BI > ? > (Atau saja....malas nak baca, iqra'). > > ~~~~~~~~~~ > > Perasaan ambo sekarang ni....bimbang matapelajaran Sains dan Matematik > kembali di ajar dalam BM ! > > > Nasarudin. > Save the forest, GMail 'em. >
