Assalamualaikum,

Pertama kali dapat send email ke PESISIR.

Hmmmm....satu keluhan yang really mengusik minda dari Pakdo.
Pendapat ambo, teramatlah kecewa sekiranya perancangan yang dibuat
dihentikan sekerat jalan tanpa bersabar dan menunggu hasilnya. Hasilnya
memang lambat kerana batch pertama yang menggunakan BI sebagai bahasa
pengantar untuk Matematik dan Sains kini baru selesai menduduki PMR. Belum
lagi menempuh alam kehidupan selepas persekolahan/pengajian.

Bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk subjek Matematik dan Sains, ambo
setuju sangat-sangat. Pengalaman ambo sendiri di alam persekolahan yang
menyebabkan ambo kata begitu.

Kita sendiri akan tersenyum atau tergelak sendirian bila membaca teks
terjemahan BI -> BM. Maksud terjemahan tidak kesampaian dan akan lebih
menyukarkan lagi apabila berdepan dengan peringkat pengajian yang lebih
tinggi. Buku terjemahan dahlah tak ada, yang ada semuanya dalam BI dan
sekiranya tidak dipupuk dari rebung lagi, akan berkuranglah ilmuan dari
kalangan kita. Itu baru diperingkat pengajian.

Peringkat menjalani hidup pula, seingat ambo dulu, berapa ramai dari kita
yang cuba "setkan" jam yang terdapat dalam alat pemain video di rumah kita ?
Rasa ambo alat pemain video tu asyik dok berkelip 0:00 sampailah ianya
rosak/lapuk dek teknologi. Puncanya ? Buku panduan dalam BI dan kita malas
membacanya (sebab dalam BI), kalau dalam BM tergerak juga nak membacanya.

Malas membaca tu memang satu isu. Tapi sekiranya kita boleh membaca teks BI
(dengan tidak merangkak-rangkak) nescaya kita akan mampu menerokai alam
internet dengan lebih jauh lagi.

~~~~~~~~~~

Tahniah Edi, berjaya mewujudkan laman-laman blog untuk rakan-rakan. Sayang
sekali, rakan-rakan Edi tu tidak (mampu?) berjaya membuat sendiri laman blog
masing-masing. Mungkinkah kerana panduan dan cara-caranya dibuat dalam BI ?
(Atau saja....malas nak baca, iqra').

~~~~~~~~~~

Perasaan ambo sekarang ni....bimbang matapelajaran Sains dan Matematik
kembali di ajar dalam BM !


Nasarudin.
Save the forest, GMail 'em.

Kirim email ke