Pakdo mari lagi saing-saing pakdo sekeliannya.

Pakdo mari lagi untuk berjumpa saing-saing pakdo yang sentiasa dalam dalam
ingatan pakdo sokmo-sokmo.

Hari ini Raya kedua dah nak masuk raya ketiga.  Pakdo sihat hanya malam tadi
hingga ke pagi pakdo rasa sakit kepala yang sederhana dan pakdo rasa mungkin
disababkan tekanan darah tinggi melanda maklum saja semalam hari raya pakdo
agak banyak makan daging korban.

Pakdo nak cerita sikit semasa pakdo tidur malam tadi pakdo bermimpi. Lama
sudah pakdo tak bermimpi.
Mimpi pakdo mungkin agak menyakitkan sikit. Pakdo duduk dalam satu dewan
sedang berbincang dengan beberapa orang kawan, tentang apa pakdo tak ingat.

Tiba-tiba datang seekor anjing yang sungguh besar berwarna hitam legam
menjenguk dari jendela. Anjing itu kemudiannya melompat masuk ke dewan.

Anjing itu kemudiannya menerkam ke arah pakdo dan mengigit paha kanan pakda
dengan kuat serta tidak melepaskannya. Anjing itu kemudian mengheret pakdo
keluar dewan , pakdo cuba melepaskannya tapi terlalu kuat cengkamannya
membuatkan pakdo terpaksa mengikut arah mana anjing hitam besar itu bawa
pakdo.

sampai di suatu tempat ada seseorang (Pakdo kenal orang itu) berjaya menujuk
anjing itu supaya melepaskan cengkamannya di paha kanan pakdo. Anjing itu
melepaskan gigitanya dan heirannya annjing itu memahami percakapan .
seseorang itu bertanya mengapa gigit pakdo. apakah kerana merasa kesepian
yang amat sangat. Anjing itu seolah memahami dan menganguk.  Pakdo kemudian
balik semula ke dewan tanpa merasa kesakitan tapi dengan rasa penghargaan
kepada orang itu .

Bila pakdo masuk ke dewan , pakdo dengar kata-kata  , kena samak tu, kena
samak.

Apakah ertinya mimpi pakdo atau ianya hanya seperti orang kata mimpi
hanyalah sebahagian daripada tidur.

Apakah pakdo kena banyakkan tidur untuk menjaga kesihatan atau menjaga
makanan supaya kesihatan pakdo di usia emas ini lebih terjaga.





-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke