sama2,
  kalu macam tu patutlah syaitan kacau.Jagalah diri kerana org2 mcm pakdo 
pilihan untuk diganggu syaitan dan org2 yg bersifat sepertinya....
  saya ni bukan org kelantan tp beristerikan org kelantan.Pahamlah sikit2.
  salam....Moga Allah bersama Pakdo

Pakdo <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
            Terlebih dahulunya pakdo nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada 
saing pakdo Hong siu Long kerana membantu pakdo berkenaan mimpi pakdo beberapa 
hari yang lalu.
   
  Rupanya anjing hitam tu adalah syaitan yang sentiasa menggngu manusia . Pakdo 
kena sentiasa berhati-hati.
   
  Pakdo rasalah siapa yang nak dengkikan pakdo kerana pakdo tak ada apa yang 
nak didengkikan. Wang ringgit yang banyak jauh sekali, pitis emas jauh sekali, 
tanah dan pasir hanya tapak kediaman saja. Kenderaan hanya motor buruk sahaja 
yang pakdo ada, ayam itik seekor pun pakdo tak ternak . Pakdo ada sebuah 
komputer untuk baca e-mel dan tengok laman web .  
   
  Bagaimanapun pakdo bersyukur dengan apa yang ada. Bukan bermakna pakdo tak 
sir pitis banyak, bukan bermakna pakdo tak mahu  harta yang bertimbun. Tapi 
rezeki pakdo setakat tu untuk masa ni apa pakdo nak buat, lagi pula pakdo dah 
tua  dan kalu diukur perjalanan hidup yang dibahagi kepada empat bahagian usia 
pakdo sudah berada di suku ketiga atau di suku keempat dah. ramai saing-saing 
pakdo seperti pakcu, ayah su, ayah ngah, tok ayah, pak lebai, tokki, tok abah 
dan pakcu juga dah berada di suku yang hampir sama dengan pakdo. 
   
  Pakdo percaya tidak ada seorang pun antara saing-saing pakdo yang tak 
inginkan kesenangan, tidak ada seorangpun yang ingin hidup dalam keadaan jerih 
perih. Tapi dalam pada itu ada juga saing-saing pakdo dan pakdo sendiri hidup 
diibaratkan kais pagi makan pagi ceduk petang minum petang. 
   
  Kalu pakdo memikirkan sebahagian keadaan hidup saing-saing pakdo , air mata 
pakdo jatuh berlinangan. Ada pakdo lihat saing pakdo reban dan pengsan ketika 
memunggah barang untuk mendapat sumber duit untuk makan minum anak isteri. 
   
  Pakdo rasalah, mungkin saing-saing pakdo tak bersetuju. Tapi ini pada 
perkiraan pakdo saja deh.
  Takdir dan suratan itu lebih besar peranannya berbanding dengan usaha 
manusia. Perkara ini boleh didebatkan secara panjang lebar dengan pelbagai 
alasan. Tapi pakdo tak tahu nak mengulas, cuma itu pandangan pakdo saja. 
   
  Bagi saing-saing pakdo yang tidak orang Kelantan, pakdo harap dapat faham 
tulisan pakdo yag sedikit bercampur . 
   
   
  Pakdo gi dulu deh.
   
   
  

 
  On 12/24/07, Hong siu Long <[EMAIL PROTECTED]> wrote:               salam....
  maksudnya pakdo dalam keadaan yg baik dan selesa tetapi ada ganguan syaitan 
cuba mengganggu.nasib baik ada sahabat yg menyelamatkan pakdo.
   
  #anjiing hitam adalah syaitan(rujuk hadis nabi yg menyatakanya)
  #perkumpulan dgn sahabat adalah suatu perkara yang disukai agama.
  
itulah setakat maksudnya.
  berhati2 lah selalu, ada yg berhasad dengki terhadap pakdo.
  wassalam.
   
   
  
Pakd
        Pakdo mari lagi saing-saing pakdo sekeliannya. 
   
  Pakdo mari lagi untuk berjumpa saing-saing pakdo yang sentiasa dalam dalam 
ingatan pakdo sokmo-sokmo.
   
  Hari ini Raya kedua dah nak masuk raya ketiga.  Pakdo sihat hanya malam tadi 
hingga ke pagi pakdo rasa sakit kepala yang sederhana dan pakdo rasa mungkin 
disababkan tekanan darah tinggi melanda maklum saja semalam hari raya pakdo 
agak banyak makan daging korban. 
   
  Pakdo nak cerita sikit semasa pakdo tidur malam tadi pakdo bermimpi. Lama 
sudah pakdo tak bermimpi.
  Mimpi pakdo mungkin agak menyakitkan sikit. Pakdo duduk dalam satu dewan 
sedang berbincang dengan beberapa orang kawan, tentang apa pakdo tak ingat.
   
  Tiba-tiba datang seekor anjing yang sungguh besar berwarna hitam legam 
menjenguk dari jendela. Anjing itu kemudiannya melompat masuk ke dewan.
   
  Anjing itu kemudiannya menerkam ke arah pakdo dan mengigit paha kanan pakda 
dengan kuat serta tidak melepaskannya. Anjing itu kemudian mengheret pakdo 
keluar dewan , pakdo cuba melepaskannya tapi terlalu kuat cengkamannya 
membuatkan pakdo terpaksa mengikut arah mana anjing hitam besar itu bawa pakdo. 
   
  sampai di suatu tempat ada seseorang (Pakdo kenal orang itu) berjaya menujuk 
anjing itu supaya melepaskan cengkamannya di paha kanan pakdo. Anjing itu 
melepaskan gigitanya dan heirannya annjing itu memahami percakapan . seseorang 
itu bertanya mengapa gigit pakdo. apakah kerana merasa kesepian yang amat 
sangat. Anjing itu seolah memahami dan menganguk.  Pakdo kemudian balik semula 
ke dewan tanpa merasa kesakitan tapi dengan rasa penghargaan kepada orang itu . 
   
  Bila pakdo masuk ke dewan , pakdo dengar kata-kata  , kena samak tu, kena 
samak.
   
  Apakah ertinya mimpi pakdo atau ianya hanya seperti orang kata mimpi hanyalah 
sebahagian daripada tidur. 
   
  Apakah pakdo kena banyakkan tidur untuk menjaga kesihatan atau menjaga 
makanan supaya kesihatan pakdo di usia emas ini lebih terjaga.
   
   
   
  

-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo 
  


    
---------------------------------
  Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.   
  


  
  








-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo   

                         

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke