Selamat Tahun Baru Islam
   
       Selamat tahun baru kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak kira 
anda di mana berada sekalipun, yang penting Tahun Baru Islam ini tidak pernah 
dicemari oleh mana-mana gejala yang kurang sihat tidak seperti mana tahun baru 
mesehi. Tahun baru hijrah amat bermakna bagi seluruh umat Islam ini. Tiadak 
kurang juga tahun mesehi cuma yang berbeza  dari segi sambutan sahaja.
   
       Tahun Baru Islam disambut dengan mengadakan majis bacaan doa awal tahun, 
doa akhir tahun, bacaan surah yasin, solat malam ( qiamullail ) dan sebagainya, 
kita tidak menagungkan pancaran bunga-bunga api naik ke langit, muda-mudi 
berpeleseran sana-sini,
  golongan muda yang mabuk arak sana-sini, tingkah-laku  anak-anak dara atau 
anak-anak
  muda belasan tahun merokok, berpakaian kurang sopan yang menjulukkan mata dan 
sebaganya. Itu bukan budaya orang Islam.
   
       Budaya kita, sama-sama pada petang ini, kita semua umat Islam ke 
surau-surau ( balaisah ), masjid ,kita raikan malam tahun baru kita ini. Kalau 
di bandar-bandar besar mereka membawa sepanduk berarak dan berselawat kepada 
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita teruskan perjuangan Islam yang tiada 
kesudahannya untuk membentuk akhlak munusia ini agar dapat memerintah sebagai 
khalifah di muka bumi ini
  dengan adil, aman damai, dijauhi daripada porak peranda manusia yang ingkar 
kepada hukum Allah. Semuga Allah kurangkan bala di bumi kita ini, walaupun 
ketika ini kepanasan cuaca dunia amat global sekali. Ini semuanya hasil 
daripada perbuatan tangan-tangan manusia juga yang gilakan nama, kuasa, 
pangkat, kekayaan, kepentingan peribadi dan sebagainya. Semuga dengan kehadiran 
Tahun Baru Islam ini kita semua berdoa agar kita kikiskan segala karatan dosa 
besar  atau dosa kecil yang betapak di dalam dada kita walaupun sebesar hama 
sekalipun, kita buangkan.
   
       Kita sepatutnya bersyukur berada di bumi Malaysia yang bertuah ini, 
terdiri daripada semua lapisan kaum yang hidup rukun damai.Tapi, harus diingat 
selama mana negara kita 
  akan aman damai, sekiranya banyak kejahatan dilakukan oleh segelintir manusia 
akan berterusan ini, pokok pangkalnya dekatlah diri kita mendengar bacaan kitab 
oleh alim ulamak di setiap masjid-masjid dan surau.Kita semua tahu selagi 
manusia itu berpegang kuat kepada Al-Quran dan Hadis Rasul, selagi itulah kita 
tidak akan sesat selama-lamanya.Kita tepuk dada tanyalah hati, sekiranya 
buku-buku agama dan Al-Quran itu hanya dijadikan perhiasan di dalam  rak-rak 
almari sahaja. Bukannya untuk dibaca, dihayati,difaha-
  mi segala makna atau taksirannya itu. Kalaulah buku-buku novel cinta, 
majalah-majalah hi-
  buran berpuluhan ringgit sebuah kita boleh beli, mengapa sesetengah buku-buku 
bacaan
  agama amat sukar untuk kita beli. Apatah lagi untuk kita hayati bacaan 
Al-Quran dan Hadis
  ini. Kadang-kadang kita jenguk di sesetengah rak-rak almari di dalam sesebuah 
masjid banyak kita lihat kulit AL-Quran masih baru dan tidak terusik ( tidak 
semua)ini menunjukkan 
  sudah jarang orang berminat untuk membacanya. Apa sudah jadi dengan manusia 
miliminiuem pada hari ini.
   
           
        Semuga dengan terselaknya kelendar hijrah ini, kita azamkan tanam sikap 
sebagai
  seorang warga Islam yang benar-benar tulin dari segi jasmani dan rohani ini. 
Sesuatu bangsa itu tidak akan berubah nasibnya, jika mereka sendiri tidak 
mengubahnya.Hayatilah
  semua umat Islam makna hijrah itu, bukan hanya sekadar berhijrah ke 
bandar-bandar besar
  untuk mencari pekerjaan semata-mata dengan hanya bersandar kepada sekeping 
sijil, diploma,ijazah, atau berbekalkan pengalaman hidup, untuk tujuan keluar 
daripada kelom-
  pok  kemiskinan ini. Hijrah yang lebih besar dan bermakna ada di dalam dada 
setiap orang
  anak Adam itu, iaitu kita keluarkan suntikkan nafsu yang mengalir dalam darah 
daging kita selama ini, kita berhijrah ke arah baik.Dengan kata lain kita 
melawan nafsu yang mengke-
  rongkongi jasmani kita selama ini.
   
        Walaupun bukan mudah untuk kitamenjadi manusia yang sempurna, maksum 
macam nabi, tapi ingatlah surah Al-tin itu. Manusia ini dicipta oleh 
pencipta-Nya sebaik-baik kejadian.Berhijrahlah kita semua ke alam nyata, alam 
sedar yang telah kekita mengikat janji dengan-Nya selama ini semenjak di alam 
roh lagi. Jangan lupa destinasi terakhir kita
  " KUBUR " , di sinilah tempat kita berhijah untuk kekal abadi selama-lamanya 
kelak, selepas menempuhi pelbagai alam yang akan dilalui kelak, sebelum menuju 
ke alam akhi-
  rat.
   
        Renung-renunglah sejenak makna hijrah itu yang sebenar-benarnya ini. 
Sebelum kita
  menutup tirai bicara ini.Jangan lupa kita ke masjid dan surau untuk 
qiamullai.Salam sambut
  Selamat Tahun Baru Islam 1429 Hijrah ini.
   
   
  Eziz  Shukman
      
          
   
__,._,___                         

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke