Selamat tahun baru Islam,moga lebih maju,makmur,sihat,panjang umur dan diberkati.
On 1/8/08, Aziz Che Soh Aziz Che Soh <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > *Selamat Tahun Baru Islam* > ** > Selamat tahun baru kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak > kira anda di mana berada sekalipun, yang penting Tahun Baru Islam ini tidak > pernah dicemari oleh mana-mana gejala yang kurang sihat tidak seperti mana > tahun baru mesehi. Tahun baru hijrah amat bermakna bagi seluruh umat Islam > ini. Tiadak kurang juga tahun mesehi cuma yang berbeza dari segi sambutan > sahaja. > > Tahun Baru Islam disambut dengan mengadakan majis bacaan doa awal > tahun, doa akhir tahun, bacaan surah yasin, solat malam ( qiamullail ) dan > sebagainya, kita tidak menagungkan pancaran bunga-bunga api naik ke langit, > muda-mudi berpeleseran sana-sini, > golongan muda yang mabuk arak sana-sini, tingkah-laku anak-anak dara atau > anak-anak > muda belasan tahun merokok, berpakaian kurang sopan yang menjulukkan mata > dan sebaganya. Itu bukan budaya orang Islam. > > Budaya kita, sama-sama pada petang ini, kita semua umat Islam ke > surau-surau ( balaisah ), masjid ,kita raikan malam tahun baru kita ini. > Kalau di bandar-bandar besar mereka membawa sepanduk berarak dan berselawat > kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita teruskan perjuangan Islam > yang tiada kesudahannya untuk membentuk akhlak munusia ini agar dapat > memerintah sebagai khalifah di muka bumi ini > dengan adil, aman damai, dijauhi daripada porak peranda manusia yang > ingkar kepada hukum Allah. Semuga Allah kurangkan bala di bumi kita ini, > walaupun ketika ini kepanasan cuaca dunia amat global sekali. Ini semuanya > hasil daripada perbuatan tangan-tangan manusia juga yang gilakan nama, > kuasa, pangkat, kekayaan, kepentingan peribadi dan sebagainya. Semuga dengan > kehadiran Tahun Baru Islam ini kita semua berdoa agar kita kikiskan segala > karatan dosa besar atau dosa kecil yang betapak di dalam dada kita walaupun > sebesar hama sekalipun, kita buangkan. > > Kita sepatutnya bersyukur berada di bumi Malaysia yang bertuah ini, > terdiri daripada semua lapisan kaum yang hidup rukun damai.Tapi, harus > diingat selama mana negara kita > akan aman damai, sekiranya banyak kejahatan dilakukan oleh segelintir > manusia akan berterusan ini, pokok pangkalnya dekatlah diri kita mendengar > bacaan kitab oleh alim ulamak di setiap masjid-masjid dan surau.Kita semua > tahu selagi manusia itu berpegang kuat kepada Al-Quran dan Hadis Rasul, > selagi itulah kita tidak akan sesat selama-lamanya.Kita tepuk dada > tanyalah hati, sekiranya buku-buku agama dan Al-Quran itu hanya dijadikan > perhiasan di dalam rak-rak almari sahaja. Bukannya untuk dibaca, > dihayati,difaha- > mi segala makna atau taksirannya itu. Kalaulah buku-buku novel cinta, > majalah-majalah hi- > buran berpuluhan ringgit sebuah kita boleh beli, mengapa sesetengah > buku-buku bacaan > agama amat sukar untuk kita beli. Apatah lagi untuk kita hayati bacaan > Al-Quran dan Hadis > ini. Kadang-kadang kita jenguk di sesetengah rak-rak almari di dalam > sesebuah masjid banyak kita lihat kulit AL-Quran masih baru dan tidak > terusik ( tidak semua)ini menunjukkan > sudah jarang orang berminat untuk membacanya. Apa sudah jadi dengan > manusia miliminiuem pada hari ini. > > > Semuga dengan terselaknya kelendar hijrah ini, kita azamkan tanam > sikap sebagai > seorang warga Islam yang benar-benar tulin dari segi jasmani dan rohani > ini. Sesuatu bangsa itu tidak akan berubah nasibnya, jika mereka sendiri > tidak mengubahnya.Hayatilah > semua umat Islam makna hijrah itu, bukan hanya sekadar berhijrah ke > bandar-bandar besar > untuk mencari pekerjaan semata-mata dengan hanya bersandar kepada sekeping > sijil, diploma,ijazah, atau berbekalkan pengalaman hidup, untuk tujuan > keluar daripada kelom- > pok kemiskinan ini. Hijrah yang lebih besar dan bermakna ada di dalam > dada setiap orang > anak Adam itu, iaitu kita keluarkan suntikkan nafsu yang mengalir dalam > darah daging kita selama ini, kita berhijrah ke arah baik.Dengan kata lain > kita melawan nafsu yang mengke- > rongkongi jasmani kita selama ini. > > Walaupun bukan mudah untuk kitamenjadi manusia yang sempurna, maksum > macam nabi, tapi ingatlah surah Al-tin itu. Manusia ini dicipta oleh > pencipta-Nya sebaik-baik kejadian.Berhijrahlah kita semua ke alam nyata, > alam sedar yang telah kekita mengikat janji dengan-Nya selama ini semenjak > di alam roh lagi. Jangan lupa destinasi terakhir kita > " KUBUR " , di sinilah tempat kita berhijah untuk kekal abadi > selama-lamanya kelak, selepas menempuhi pelbagai alam yang akan dilalui > kelak, sebelum menuju ke alam akhi- > rat. > > Renung-renunglah sejenak makna hijrah itu yang sebenar-benarnya ini. > Sebelum kita > menutup tirai bicara ini.Jangan lupa kita ke masjid dan surau untuk > qiamullai.Salam sambut > Selamat Tahun Baru Islam 1429 Hijrah ini. > > > Eziz Shukman > > > > * > *__,._,___ > > > ------------------------------ > Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! > Search.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51734/*http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping> > > >
