selamat menyambut awal muharram 1429H yang sudah bermula untuk menambah
usia kita semua dengan rela atau tidak. selaku ketua 2 pesisir ketika ini
sesungguhnya keamanan dan kesetiaan tanpa pergolakan dalaman dan luaran
kerabat seluruh warga pesisir sememangnya berpunca dari ketulusan membina
kekuatan persatuan yang terhasil dari pencetus mula kemunculan pesisir
mengangkat dan meletakkan nama pesisir di persada penulisan dengan gah dan
jaya tanpa mementingkan kepentingan diri dan wang ringgit. dan sehingga
kini seandainya ada yang menyusup masuk ke dalam pesisir untuk membina
kepentingan diri jangka hayatnya tidak akan lama bersama pesisir. kita ada
beberapa nama yang tak perlu saya sebutkan di sini kerana segalanya sudah
menjadi sejarah. ini menunjukkan pada kita bahawa pesisir hanya MENERIMA
WARGANYA YANG BERJIWA TULUS MULUS DAN MENGERTI MAKNA KEJUJURAN DALAM
MENGANGKAT MARTABAT DAN MELAHIRKAN PENULIS BERWIBAWA.
dan kita sebenranya amat menghormati barisan penulis mapan dan lama yang
masih segar dan bernafsu membantu kebangkitan kami di PESISIR...
SALAM HORMAT KETUA 2
>
>
> Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru
>
> Selama 24 tahun (mulai 1984) saya terlibat dalam dunia persuratkhabaran.
> Banyak artikel analisis mengenai persatuan dan politik yang saya baca
> hampir menjurus kepada perpecahan kepimpinan di peringkat dalaman dan
> campur tangan pihak luaran.
>
> Namun, sepanjang tempoh itu juga dan sehingga kini, saya tidak pernah
> terbaca, terdengar atau terpandang akan analisis yang berkaitan dengan
> perpecahan Pesisir. Ini bermakna Pesisir merupakan satu pertubuhan yang
> mantap, jitu dan bersepadu.
>
> Tidak ada sebab untuk pihak media mencari punca negatif dalam Pesisir
> kerana semuanya baik. Sejak ia ditubuhkan sehingga kini semuanya baik-baik
> belaka hingga sukar untuk orang surat khabar nak kritik.
>
> Apapun, saya nak ucapkan tahniah pada mak ayah saya (PESISIR) kerana
> melahirkan dan mendidik saya sehingga berada di tempat sekarang.
>
> I love u Pesisir
>
>
> --- On Tue, 1/8/08, azle abdullah wrote:
> From: azle abdullah
> Subject: Re: { PESISIR } KE NEGERIAN TETAP DI KENANGAN.
> To: [email protected]
> Date: Tuesday, January 8, 2008, 6:57 PM
>
>
> menubuhkan pesisir, menghidupkan pesisir, meletakkan pesisir sebagai
> sebuah persatuan yang teguh, malah amat digeruni oleh persatuan penulis
> lain waktu itu bukanlah suatu kerja yang mudah. kitalah posmen, kitalah
> beli sampul, kertas dan setem dengan duit sendiri. beli pencetak surat.
> dan yang lebih penting sikap semua ahli pesisir macam adik beradik, hidup
> bergotong royong. berat sama dipikul, ringan sama dijinjang.. itulah warga
> pesisir. tidak ada rebutan kuasa. tidak ada caci cela. tidak ada dengki
> dan iri hati. yang ada jujur dan telus... tanya asmui? cikgu wel?
>
> Aziz Che Soh Aziz Che Soh wrote: Walaupun saya sudah hampir lebih
> kurang 22 tahun bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap mengingati
> negeriku Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua
> kawan-kawan di Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesus asteraan Melayu
> ini. Dengan adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi
> semua kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu.
>
> Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman
> disebabkan kesibukan dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem-
> buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan, e-blog yang lain
> terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan
> jualan,
> chating rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita
> ( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media elektronik
> yang lain secara tidak langsung.
>
> Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee Ab-
> dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar beberapa
> nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun semua
> terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak bangsa
> kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera Melayu
> kita ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita
> semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya
> sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita ke
> se-
> rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya.
> Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
>
> Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
> Search.
>
> Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
>