>rumah cheng dan zah dan zaini tak dan pusing pasal ayahanda marah kalu
tak buat rumah dia...itulah kerabat akrab pesisir be...
>
> Pada saya Pesisir banyak meninggalkan kenangan manis. Banyak
> sungguh-sungguh hingga tidak dapat hendak saya gambarkan. Tetapi dalam
> banyak-banyak itu, ada antara kenangan yang sukar saya dilupakan ialah
> apabila para AJK, Ketua Satu, Ketua Dua dan Setiausaha telah bersetuju
> untuk mengadakan mesyuarat AJK di rumah masing-masing secara giliran.
>
> Kalau tak silap saya ia berlaku dalam tahun 1999 atau 2000. Gitulah.
> Masa tu ada ada cikgu Nuar, ada Ediramle, ada Daud, ada Supian Hanuman,
> ada cikgu Zah, ada cikgu Cheng dan ada lagi yang terlupa nama, tapi
> tuannya (wajahnya) saya ingat.
>
> Yang malunya, masa tiba giliran saya, rumah saya ketika itu baru dalam
> pembinaan dan tak siap sepenuhnya. Tapi kerana komited terhadap pesisir,
> terpaksalah rakan-rakan termasuk ayahnda cikgu Win berarak ke rumah saya
> yang tak seberapa ketika itu dan ketika ini pun.
>
> Selepas itu kita berarak pula ke rumah Supian di Tumpat, rumah cikgu Wa di
> Pengkalan Kubor, rumah Od (Daud) di Jal dan selepas itu rumah ayahnya
> kita. Lepas rumah ayahnda kita, kita buat di rumah ayahnda kita. Lepas tu
> rumah ayahnda kita pulak, lepas tu barulah rumah ayahnda kita dan
> seterusnya. Hehehe...
>
> Apapun, itulah kenangan kita masa dulu. Oleh kerana tuntutan kerja,
> masing-masing membawa diri. Kita bertemu pun di alam siber ini saja. Ia
> tentunya tidak sesempurna bertemu secara berdepan sambil berbual dan jamah
> sedikit makanan yang dihidangkan.
>
> Itulah persahabatan. Dosti kata orang hindi.
>
>
> --- On Wed, 1/9/08, Anuar Musa wrote:
> From: Anuar Musa
> Subject: Re: { PESISIR } KE NEGERIAN TETAP DI KENANGAN.
> To: [email protected]
> Cc: [email protected]
> Date: Wednesday, January 9, 2008, 8:36 PM
>
>
>
> selamat menyambut awal muharram 1429H yang sudah bermula untuk menambah
> usia kita semua dengan rela atau tidak. selaku ketua 2 pesisir ketika ini
> sesungguhnya keamanan dan kesetiaan tanpa pergolakan dalaman dan luaran
> kerabat seluruh warga pesisir sememangnya berpunca dari ketulusan membina
> kekuatan persatuan yang terhasil dari pencetus mula kemunculan pesisir
> mengangkat dan meletakkan nama pesisir di persada penulisan dengan gah dan
> jaya tanpa mementingkan kepentingan diri dan wang ringgit. dan sehingga
> kini seandainya ada yang menyusup masuk ke dalam pesisir untuk membina
> kepentingan diri jangka hayatnya tidak akan lama bersama pesisir. kita ada
> beberapa nama yang tak perlu saya sebutkan di sini kerana segalanya sudah
> menjadi sejarah. ini menunjukkan pada kita bahawa pesisir hanya MENERIMA
> WARGANYA YANG BERJIWA TULUS MULUS DAN MENGERTI MAKNA KEJUJURAN DALAM
> MENGANGKAT MARTABAT DAN MELAHIRKAN PENULIS BERWIBAWA.
> dan kita sebenranya amat menghormati barisan penulis mapan dan lama yang
> masih segar dan bernafsu membantu kebangkitan kami di PESISIR...
>
> SALAM HORMAT KETUA 2
>
>>
>>
>> Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru
>>
>> Selama 24 tahun (mulai 1984) saya terlibat dalam dunia persuratkhabaran.
>> Banyak artikel analisis mengenai persatuan dan politik yang saya baca
>> hampir menjurus kepada perpecahan kepimpinan di peringkat dalaman dan
>> campur tangan pihak luaran.
>>
>> Namun, sepanjang tempoh itu juga dan sehingga kini, saya tidak pernah
>> terbaca, terdengar atau terpandang akan analisis yang berkaitan dengan
>> perpecahan Pesisir. Ini bermakna Pesisir merupakan satu pertubuhan yang
>> mantap, jitu dan bersepadu.
>>
>> Tidak ada sebab untuk pihak media mencari punca negatif dalam Pesisir
>> kerana semuanya baik. Sejak ia ditubuhkan sehingga kini semuanya
>> baik-baik
>> belaka hingga sukar untuk orang surat khabar nak kritik.
>>
>> Apapun, saya nak ucapkan tahniah pada mak ayah saya (PESISIR) kerana
>> melahirkan dan mendidik saya sehingga berada di tempat sekarang.
>>
>> I love u Pesisir
>>
>>
>> --- On Tue, 1/8/08, azle abdullah wrote:
>> From: azle abdullah
>> Subject: Re: { PESISIR } KE NEGERIAN TETAP DI KENANGAN.
>> To: [EMAIL PROTECTED] .com
>> Date: Tuesday, January 8, 2008, 6:57 PM
>>
>>
>> menubuhkan pesisir, menghidupkan pesisir, meletakkan pesisir sebagai
>> sebuah persatuan yang teguh, malah amat digeruni oleh persatuan penulis
>> lain waktu itu bukanlah suatu kerja yang mudah. kitalah posmen, kitalah
>> beli sampul, kertas dan setem dengan duit sendiri. beli pencetak surat.
>> dan yang lebih penting sikap semua ahli pesisir macam adik beradik,
>> hidup
>> bergotong royong. berat sama dipikul, ringan sama dijinjang.. itulah
>> warga
>> pesisir. tidak ada rebutan kuasa. tidak ada caci cela. tidak ada dengki
>> dan iri hati. yang ada jujur dan telus... tanya asmui? cikgu wel?
>>
>> Aziz Che Soh Aziz Che Soh wrote: Walaupun saya sudah hampir lebih
>> kurang 22 tahun bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap
>> mengingati
>> negeriku Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua
>> kawan-kawan di Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesus asteraan
>> Melayu
>> ini. Dengan adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi
>> semua kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu.
>>
>> Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman
>> disebabkan kesibukan dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem-
>> buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan, e-blog yang
>> lain
>> terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan
>> jualan,
>> chating rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita
>> ( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media
>> elektronik
>> yang lain secara tidak langsung.
>>
>> Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee Ab-
>> dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar
>> beberapa
>> nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun
>> semua
>> terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak
>> bangsa
>> kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera
>> Melayu
>> kita ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita
>> semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya
>> sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita
>> ke
>> se-
>> rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya.
>> Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
>>
>> Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
>> Search.
>>
>> Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
>>
>
>
> Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.
> Try it now.