Kedua-dua tahun iaitu tahun baru mesihi dan tahun baru hijrah telah masuk ke tahun baru 2008 dan 1429 .
Hari ini merasa begitu lega perasaan bila setting matlamat telah selesai dilakukan. Setelah setting semula dibuat , terasa serta merta kecelaruan tentang apa itu minat, apa itu matlamat , apa itu kegemaran nampak semakin jelas, apa itu perkara yang perlu ditinggalkan apa itu yang perlu diteruskan kelihatan nyata. Sebanyak 10 matlamat jangka pendek ditampilkan. 4 Matlamat jangka sederhana dan 3 matlamat jangka panjang telah ditetapkan dengan merujuk kepada artikel dan tulisan berkenaan minda bawah sedar dan cara penetapan matlamat. Beberapa perkara terpaksa dikorbankan dari matlamat , walaupun tidak menafikan perkara-perkara itu adalah penting , contohnya kebanyakan jenis permainan dikeluarkan daripada penumpuan pemikiran. Terima kasih atas pandangan yang ternyata sangat berguna yang diberikan oleh rakan-rakan di egroups sekelian. Pandangan tersebut sangat dihargai. -- Ediramle Ismail
