Hari tu saya berjanji untuk tulis panduan bina dan kendali egroups.
Hari ini belum dapat disiapkan lagi kerana urusan setting-menyetting
memakan masa yang agak lama dan tahun ini nak ubah corak sedikit dalam
kehidupan seharian. Setelah saring-menyaring dilakukan 10 perkara yang
terpilih untuk dikerjakan dengan lebih penumpuan berbanding yang lain.
Selebihnya dibawa ke tahun hadapan dan seterusnya.


Membina egroup adalah begitu mudah , malah lebih mudah daripada mewujudkan
e-mel sekalipun. Tapi untuk mengendalinya adalah agak sukar. Beberapa
kesukaran yang dihadapi adalah antaranya mencari ahli yang berkualiti,
menyelamat egroup daripada iklan skim-skim cepat kaya, dan mewujudkan
suasana persahabatan yang jelas antara sesama ahli. Merangsang
perbincangan kiranya tidak ada perbincangan baru dalam beberapa hari.


Saya telah wujudkan agak banyak egroups di yahoogroups dan di googlegroup
sejak tahun 2000 lagi , dan bila terlintas perkara yang patut dibuat saya
bina lagi egroups. Kurang lebih 400 egroup dibina dan diseparuhkendalikan.
Andai kata egroups yang didirikan di Malaysia ada 8 ribu, 5 peratus
daripadanya  adalah didirikan melalui sebuah komputer terpakai  di sebuah
daerah kecil di Kelantan.

Setelah saya lihat semula, rupanya pembinaan egroups ini ada kelebihannya
dan ia merupakan satu yang penting dalam salah satu perancangan saya tahun
ini. Dan ia ditempatkan di bawah Pusat Sumber Maklumat yang saya dirikan.

Ini dunia sekarang, Dari satu ruang sempit yang terbersin bila dimasuki
dan  dengan dilengkapi  sebuah komputer sahaja,  kita boleh merayau ke
segenap pelosok . Bagaimanapun keupayaan merayau itu tersekat sikit kerana
tidak tahu sepenuhnya menulis dan tidak memahami sepenuhnya tulisan
berbahasa inggeris.

Kalau faham atau boleh menulis dalam Bahasa Inggeris rasanya tentunya
boleh pergi lebih jauh lagi. Bagaimanapun perancangan untuk mendalami baha
Ingeriss tidak termasuk dalam setting tahun ini. Begitu juga perjuangan
dalam ICT dikeluarkan sementara tahun ini.

Setakat ni, kalau nak baca yang dalam Bahasa Melayu pun sudah tidak cukup
masa kerana semakin banyaknya maklumat yang sebahagiannya boleh dipakai
dan sebahagian lainnya ada yang tidak terpakai.



Ediramle Ismail



Kirim email ke