Tahun ini genap 10 tahun saya menggunakan internet sebagai pengguna yang aktif dan menggunakan masa dalam talian lebih seratus jam sebulan.
Namun begitu penerokaan yang sempat dijalankan adalah umpama di sebuah kolam berbanding lautan. Sedalam buku lali berbanding segalah panjang. Mengimbau kembali pada tahun-tahun sebelumnya , Ketua 1 Pesisir sememangnya pendahulu baik dalam memiliki komputer dan penggunaan internet yang sehingga ke hari ini masih juga sebagai pengguna aktif . Kalau saya bermula tahun 1998 , ketua 1 bermula sejak bermula wujudnya internet di Malaysia. Menyusuri ketua 1, ialah setahu saya ketua 2 yang guna internet mungkin setahun atau dua tahun lebih awal daripada saya. Ketua 1 dan ketua 2 merupakan tempat rujukan pertama saya tentang cara-cara menggunakan e-mel dan cara menggunakan enjin pencari untuk mencari maklumat. Saya pernah menaip beberapa antologi pesisir dan dimuatkan di internet dan masih boleh dibaca hingga kini ( sila rujuk di laman pesisir) cuma saya tidak ada salinan antologi puisi Gelombang 1 untuk dimuatkan di internet. Kalau ada kesempatan hajat nak wujudkan sajak-sajak daripada antologi tersebut sebagai e-deklamasi. Bila klik akan dengar deklamasi atau bacaan sajak secara online. Hajat juga nak buat peraduan penulisan sajak secara online, nak buat antologi puisi warga pesisir online dan sebagainya.Banyak perkara lagi untuk menyebarluaskan karya dan catatan penulis pesisir yang seterusnya sebagai langkah menyebarluaskan karya sastera itu sendiri. Ediramle Ismail
