Asalamualaikum.

Sdr Edi, kebetulan dulu-dulu tahun 1986 kawe kije promote Internet Gadget(modem 
& router). Jadi 1996 tu lah start guna internet. Masa tu ISDN baru nak start. 
Harga modem sampai RM 3000. Router tak banyak masa tu. Router pun ada sampai RM 
1600(paling murah). 

Memang betul kata demo internet ni amat luas. Kawe akan rasa buntu kiranya 
internet tak ada. 40 - 70% kije kawe guna internet.

Apa guna internet bagi kawe? Cari maklumat, cari harga, hantar e-mail, bayar 
bil-bil. Topup Credit HP, Transfer duit, shopping sikit-sikit. Dengar lagu pun 
ye. Chat pun yer. Baca akhbar selalu sangat. Berforum pun yer. Daftar-daftar 
)pelbagai). Tengok waktu semaye pun kot internet jugok......banyak wei guna 
internet la ni. Patut la mat-mat salleh boh internet kat peti sejuk, kat dlm 
tandas dan sebagainye.

Hatta CCTV, control lampu2 kat umah pun guna internet.

Aaaa kalau untuk syarikat pula e-perolehan(pengesahan perbekalan dalam talian, 
DO invoice). e-bid(bida dalam talian)

akhir kata : Salam persahabatan dalam INTERNET. :=)) senyum sokmo.

Azmi Mustapha @ jemi stopa


----- Original Message ----
From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Friday, January 18, 2008 8:23:22 PM
Subject: { PESISIR } tahun ke-10 guna internet

Tahun ini genap 10 tahun saya menggunakan internet sebagai pengguna yang
aktif dan menggunakan masa dalam talian lebih seratus jam sebulan.

Namun begitu penerokaan yang sempat dijalankan adalah umpama di sebuah
kolam berbanding lautan. Sedalam buku lali berbanding segalah panjang.

Mengimbau kembali pada tahun-tahun sebelumnya , Ketua 1 Pesisir
sememangnya pendahulu baik dalam memiliki komputer dan penggunaan internet
yang sehingga ke hari ini masih juga sebagai pengguna aktif . Kalau saya
bermula tahun 1998 , ketua 1 bermula sejak bermula wujudnya internet di
Malaysia.

Menyusuri ketua 1, ialah setahu saya ketua 2 yang guna internet mungkin
setahun atau dua tahun lebih awal daripada saya.

Ketua 1 dan ketua 2 merupakan tempat rujukan pertama saya tentang
cara-cara menggunakan e-mel dan cara menggunakan enjin pencari untuk
mencari maklumat.

Saya pernah menaip beberapa antologi pesisir dan dimuatkan di internet dan
masih boleh dibaca hingga kini ( sila rujuk di laman pesisir) cuma saya
tidak ada salinan antologi puisi Gelombang 1 untuk dimuatkan di internet.

Kalau ada kesempatan hajat nak wujudkan sajak-sajak daripada antologi
tersebut sebagai e-deklamasi. Bila klik akan dengar deklamasi atau bacaan
sajak secara online.

Hajat juga nak buat peraduan penulisan sajak secara online, nak buat
antologi puisi warga pesisir online dan sebagainya.Banyak perkara lagi
untuk menyebarluaskan karya dan catatan penulis pesisir yang seterusnya
sebagai langkah menyebarluaskan karya sastera itu sendiri.

Ediramle Ismail




Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke