Setelah berada di posisi sekarang (tidak lagi sebagai SU 1) , saya masih berharap agar pesisir akan lebih cemerlang dan lebih pentingnya ahli pesisir lebih banyak menghasilkan karya pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.
Kelihatan banyak pertubuhan sukarela menjadi lesu kerana angin perubahan zaman yang melanda hari ini seperti tanpa henti. Perubahan seperti taufan dan kiranya terlambat sudah pasti ketinggalan. Setetelah memerhati beberapa sudut , pertubuhan sukarela sepatutnya ada sumbangan tetap daripada pihak kerajaan atau jabatan tertentu agar dapat melangsungkan aktivitinya. Sebagai contoh, pertubuhan sukarela seperti Kawasan Rukun Tetangga di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional ada sumbangan tetap secara tahunan. Keahlian KRT juga adalah menyeluruh di mana keahlian di sesuatu kawasan itu akan menjadi ahli secara automatik apabila berada di kawasan yang ditetapkan. Dalam KRT juga selain ada bantuan tetap ianya juga ada insuran untuk semua AJK dan AJKnya minima 20 orang. Dalam KRT pula kalau nak daftar Skim Rondaan Sukarela juga boleh . Kalau orang Sebut KRT dulunya orang membayangkan ianya untuk berjaga malam dan mencari kesalahan anak-anak muda. Sebenarnya tidak, KRT merupakan satu penghubung dan saluran yang berkesan untuk perpaduan di mana ia boleh dianggotai oleh sesiapa sahaja tanpa batasan fahaman politik kepertian, dan juga bangsa. Selain KRT sebagai badan induk, SRS juga menyediakan insuran percuma kepada ahlinya. Bukan ini yang diutamakan tapi sekurang-kurangnya ada juga sedikit ganjaran untuk petugas. Dalam persatuan lain yang saya pernah terbabit seperti GDW, PBTM , PIBG dan GB4B. Saya nampak secara ikhlasnya pertubuhan Belia yang paling kalut dan paling banyak karenahnya. Dalam pertubuhan politik, saya tak pasti kerana tidak pernah menyertainya. Kalau persatuan penulis juga ada jabatan yang menaunginya sudah tentu keupayaan persatuan penulis dapat dipertingkatkan. Kos untuk persatuan penulis tidaklah besar sangat kerana berapa banyak sangatlah persatuan penulis di sesebuah negeri apa lagi di daerah.
