Di era tahun 2008 ini. Diharapkan Pesisir akan kecemerlagan lagi, walaupun kita
kehilangan beberapa org ahli yang berkeliber kerana berhijrah. Walau bagaimana
pun, mereka sedia membantu dpd jauh melalui e-mail, blog, SMS, telefon dan
sebagainya. Diharapkan pautan ahli-ahli lama dan baru sedia bergabung dari
semasa ke semasa untuk memperkembangkan sayap Pesisir ini. Saya cadangkan kita
buat balik peraduan menulis puisi, cerpen dan sebagainya, Bertujuan utk
mencungkil bakat-bakat baru di arena penulisan ini.
Di mana segala bakat-bakat mereka itu kita bukukan, samada utk rujukkan atau
simpanan khazanah Pesisir di masa akan datang kelak. Bukannya hadiah yang
menjadi ukuran , tapi penyertaan ahli-ahli lama dan baru diutamakan di dalam
peraduan tersebut. Kalau boleh kita bahagikan kepada dua kumpulan iatu,
kumpulan pertama peraduan untuk ahli lama dan kedua untuk ahli baru.Kita ambil
dalam bidang peraduan puisi dan cerpen sahaja.
Semuga dengan cadangan ini kita dapat kongsikan bersama. Bagimana ?.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.