Saya turut hadir pada malam tersebut. Kejutan pertama sebaik masuk ke dewan
apabila mendapati kebanyakan tetamu yg hadir memakai baju berwarna biru. Tetapi
saya tidak merasa pelik kerana faham di mana saya berada.
Saya juga sudah cukup arif untuk apa Malam Karyawan II diadakan. Sudah
tertera di aturacara majlis yg dikepilkan bersama kad undangan.Memang malam itu
bukan malam baca puisi. Tetamu yang hadir bukan hanya penulis tetapi merangkumi
karyawan bidang lain seperti pelukis dan pemuzik.Persembahan malam itu,
termasuk bacaan puisi oleh saterawan negara A. Samad Said ketika tetamu sedang
menjamu selera hanyalah acara selingan.
Hasrat yang disuarakan oleh Menteri Besar Selangor pada para karyawan malam
itu cukup jelas. Gimik seorang seniman yg diplaster mulut dan diikat tangannya
yg kemudian dibuka oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan lagi keadaan.
"Kebebasan Berkarya" itulah sebenarnya yg hendak disampaikan oleh kerajaan
PKR...dan itulah sebenarnya tujuan malam itu diadakan...
Mungkin kelihatan terselit agenda politik, tetapi bg saya Menteri Besar
Selangor berjaya meluahkan apa yg tersirat di hatinya pada para karyawan di
malam itu..
Nazmi Yaakub <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Malam Karyawan II di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam;
mengapa saya merasakan sedikit demi sedikit Keadilan makin mirip kepada Umno?
Awalnya, saya menjangkakan ia lebih mirip kepada malam baca puisi. Dengan
penyair yang diletakkan label penyair rakyat plus penyair segera yang muncul
dengan jubah Keadilan; tugas membuat liputan mungkin seputar mengangkat subteks
daripada jeritan dan pekikan puisi.
Sebaik kenderaan menjengah masuk ke perkarangan bangunan itu, ada rasa hairan
mengetuk-ngetuk. Kenderaan terlalu banyak. Terlalu untuk program sastera. Yang
selalu sinonim dengan label miskin khalayak.
Bagaimanapun, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat, tumpuan
yang berlebih-lebih itu wajar dijangka. Parkir tidaklah penuh sebenarnya. Di
persekitaran Dewan Jubli Perak, memang tidak ada ruang tetapi parkir di tingkat
bawah masih banyak yang kosong....
Entri lanjut di Ke sudut manakah pengarang dan penyair pada Malam Karyawan II?