Nampaknya dunia sasterawan pun sudah menjadi pentas oleh orang politik untuk
berpolitik. Apapun, buatlah yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Rakyat sudah
lama hidup menderita. bebaskan mereka dari sindrom 'seltep mulut', sindrom
'tidak boleh menegur' dan kembalikan kepada sindrom 'mempedulikan'.
--- On Mon, 6/9/08, wan zainab saupik <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: wan zainab saupik <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } Ke sudut manakah pengarang dan penyair pada Malam
Karyawan II?
To: [email protected]
Date: Monday, June 9, 2008, 8:35 PM
Saya turut hadir pada malam tersebut. Kejutan pertama sebaik masuk ke dewan
apabila mendapati kebanyakan tetamu yg hadir memakai baju berwarna biru. Tetapi
saya tidak merasa pelik kerana faham di mana saya berada.
Saya juga sudah cukup arif untuk apa Malam Karyawan II diadakan. Sudah tertera
di aturacara majlis yg dikepilkan bersama kad undangan.Memang malam itu bukan
malam baca puisi. Tetamu yang hadir bukan hanya penulis tetapi merangkumi
karyawan bidang lain seperti pelukis dan pemuzik.Persembahan malam itu,
termasuk bacaan puisi oleh saterawan negara A. Samad Said ketika tetamu
sedang menjamu selera hanyalah acara selingan.
Hasrat yang disuarakan oleh Menteri Besar Selangor pada para karyawan
malam itu cukup jelas. Gimik seorang seniman yg diplaster mulut dan
diikat tangannya yg kemudian dibuka oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelaskan lagi keadaan. "Kebebasan Berkarya" itulah sebenarnya yg hendak
disampaikan oleh kerajaan PKR...dan itulah sebenarnya tujuan malam itu
diadakan...
Mungkin kelihatan terselit agenda politik, tetapi bg saya Menteri Besar
Selangor berjaya meluahkan apa yg tersirat di hatinya pada para karyawan di
malam itu..
Nazmi Yaakub <bukunotakaki@ yahoo.com> wrote:
Malam Karyawan II di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam; mengapa saya
merasakan sedikit demi sedikit Keadilan makin mirip kepada Umno?
Awalnya, saya menjangkakan ia lebih mirip kepada malam baca puisi. Dengan
penyair yang diletakkan label penyair rakyat plus penyair segera yang muncul
dengan jubah Keadilan; tugas membuat liputan mungkin seputar mengangkat subteks
daripada jeritan dan pekikan puisi.
Sebaik kenderaan menjengah masuk ke perkarangan bangunan itu, ada rasa hairan
mengetuk-ngetuk. Kenderaan terlalu banyak. Terlalu untuk program sastera. Yang
selalu sinonim dengan label miskin khalayak.
Bagaimanapun, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat, tumpuan
yang berlebih-lebih itu wajar dijangka. Parkir tidaklah penuh sebenarnya. Di
persekitaran Dewan Jubli Perak, memang tidak ada ruang tetapi parkir di tingkat
bawah masih banyak yang kosong....
Entri lanjut di Ke sudut manakah pengarang dan penyair pada Malam Karyawan II?