Sengaja ingin saya kongsikan bahan yang baik ini di sini. Dipetik
daripada laman blog Dato' Baha Zin.


MENULISLAH DENGAN PENUH PERASAAN

Ramai bakat muda bertanya bagaimana penulis terkenal menulis. Saya tidak
berani menjawabnya secara jelas kerana tidak pernah melakukan kajian atau
memerhatikan secara teliti tingkah laku pengarang. Daripada pengalaman,
saya lihat Usman Awang menggunakan mesin taip dengan cawan kopi di atas
meja dan rokok kretek terpasang . Orang lalu lalang di depannya dia tak
ambil pusing. Keris Mas juga menggunakan mesin taip manual; sambil menaip
sesekali berhenti mengisap paip tembakau cap nenas yang semerbak baunya
sampai ke luar biliknya. Kedua-duanya bekas wartawan 50-an , dan biasa
menggunakan mesin taip di ruang kerja yang sibuk. Pengarang muda selepas
zaman mereka ramai bukan wartawan dan lebih selesa menggunakan pena.
Sebab itu pada dekad 60-an hingga 80-an fountain pen Parker, Sheafers,
Cross, dan Pilot sangat populer, dan jadi semacam lambang status pegawai,
guru atau pengarang. Yang menariknya tentang zaman lampau itu, sebelum
generasi komputer muncul,
draf karya pengarang , dua atau tiga draf yang menunjukkan pembetulan,
pemotongan dan sebagainya, boleh diperolehi dan ada yang tersimpan sampai
hari ini. Sekarang susah nak dapat kerana pengarang sudah menggunakan
komputer; lebih mudah menyunting draf dan lebih pantas menyiapkan karya
di komputer saja.

Ah! semua itu hanya alat. Tanpa mesin taip atau komputer tak mesti orang
tak boleh menulis Kabarnya Ernest Hemingway menggunakan pensil dan
sebelum menulis dia akan mengasah sedozen dua pensil terlebih dahulu.
Thomas Wolfe suka menggunakan kertas warna kuning. Demikian juga Truman
Capote suka menggunakan kertas kuning
; dan suka menggunakan pensil hitam Faber Castell. Masing-masing
mempunyai kebiasaan dan keanehannya tersendiri. Ini pun kebebasan juga;
bebas berfikir dan bebas mengucapkan diri dalam bentuk serta cara yang
disukainya. Akhirnya yang penting ialah hasil karya ; tak kira ditulis di
dapur, di sisi tandas atau di bilik hotel.

Pada dekad 70-an saya bertemu dengan pengarang Amerika keturunan Cina,
Maxine Hong Kingston, yang mengarang novel The Warrior Woman ( kalau saya
tak silap eja nama dan judul karyanya). Dia memberitahu saya yang dia
sangat terhutang budi kepada editor sasteranya yang bertanggungjawab
menyunting serta memperbaiki novelnya sehingga layak diterbitkan .
Demikian juga dengan pengarang terkenal Michener yang saya ketemui di
Bangkok pada tahun
1981, menceritkan novel-novelnya tidak mungkin sehebat itu penerimaan dan
jualannya kalau tidak kerana bantuan editor sastera yang komited. Agaknya
inilah nasihat yang berguna bagi sekalian penulis, baik bakat baru atau
yang veteran, supaya berasa perlu dan yakin bahawa
bantuan profesional editor sangatlah mustahak bagi memberi pandangan
tentang isi dan gaya, membetulkan kesilapan bahasa , mencadangkan bentuk
dan wajah buku, jenis cetakan
dan jilidan , malahan strategi pengedaran. Penulis memang mempunyai
bakat, pandai mengarang, tetapi dia tidak mengetahui segala-galanya
tentang penerbitan, dan selalu tidak nampak kesilapan-kesilapan kecil
yang boleh mencacatkan penerimaan pembaca , selepas begitu banyak tenaga,
waktu dan perbelanjaan dicurahkan.

Sesekali penulis perlu merendah diri, berlapang dada, dan berfikiran
terbuka kerana ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Masalahnya
editor yang mahir dan sanggup memberi waktu untuk membina penulis atau
orang lain sangatlah sukar diketemui.

  Lihat juga sedikit ulasan dan perkongsian tentang penulisan di
  www.celikhuruf.blogspot.com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com

Kirim email ke