No komen.
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Fri, 18 Jul 2008 20:50:24
-0500Subject: { PESISIR } Menulis Dgn Penuh Perasaan
Sengaja ingin saya kongsikan bahan yang baik ini di sini. Dipetik daripada
laman blog Dato' Baha Zin.
MENULISLAH DENGAN PENUH PERASAAN
Ramai bakat muda bertanya bagaimana penulis terkenal menulis. Saya tidak berani
menjawabnya secara jelas kerana tidak pernah melakukan kajian atau memerhatikan
secara teliti tingkah laku pengarang. Daripada pengalaman, saya lihat Usman
Awang menggunakan mesin taip dengan cawan kopi di atas meja dan rokok kretek
terpasang . Orang lalu lalang di depannya dia tak ambil pusing. Keris Mas juga
menggunakan mesin taip manual; sambil menaip sesekali berhenti mengisap paip
tembakau cap nenas yang semerbak baunya sampai ke luar biliknya. Kedua-duanya
bekas wartawan 50-an , dan biasa menggunakan mesin taip di ruang kerja yang
sibuk. Pengarang muda selepas zaman mereka ramai bukan wartawan dan lebih
selesa menggunakan pena. Sebab itu pada dekad 60-an hingga 80-an fountain pen
Parker, Sheafers, Cross, dan Pilot sangat populer, dan jadi semacam lambang
status pegawai, guru atau pengarang. Yang menariknya tentang zaman lampau itu,
sebelum generasi komputer muncul,draf karya pengarang , dua atau tiga draf yang
menunjukkan pembetulan, pemotongan dan sebagainya, boleh diperolehi dan ada
yang tersimpan sampai hari ini. Sekarang susah nak dapat kerana pengarang sudah
menggunakan komputer; lebih mudah menyunting draf dan lebih pantas menyiapkan
karya di komputer saja.Ah! semua itu hanya alat. Tanpa mesin taip atau komputer
tak mesti orang tak boleh menulis Kabarnya Ernest Hemingway menggunakan pensil
dan sebelum menulis dia akan mengasah sedozen dua pensil terlebih dahulu.
Thomas Wolfe suka menggunakan kertas warna kuning. Demikian juga Truman Capote
suka menggunakan kertas kuning; dan suka menggunakan pensil hitam Faber
Castell. Masing-masing mempunyai kebiasaan dan keanehannya tersendiri. Ini pun
kebebasan juga; bebas berfikir dan bebas mengucapkan diri dalam bentuk serta
cara yang disukainya. Akhirnya yang penting ialah hasil karya ; tak kira
ditulis di dapur, di sisi tandas atau di bilik hotel.Pada dekad 70-an saya
bertemu dengan pengarang Amerika keturunan Cina, Maxine Hong Kingston, yang
mengarang novel The Warrior Woman ( kalau saya tak silap eja nama dan judul
karyanya). Dia memberitahu saya yang dia sangat terhutang budi kepada editor
sasteranya yang bertanggungjawab menyunting serta memperbaiki novelnya sehingga
layak diterbitkan . Demikian juga dengan pengarang terkenal Michener yang saya
ketemui di Bangkok pada tahun1981, menceritkan novel-novelnya tidak mungkin
sehebat itu penerimaan dan jualannya kalau tidak kerana bantuan editor sastera
yang komited. Agaknya inilah nasihat yang berguna bagi sekalian penulis, baik
bakat baru atau yang veteran, supaya berasa perlu dan yakin bahawabantuan
profesional editor sangatlah mustahak bagi memberi pandangan tentang isi dan
gaya, membetulkan kesilapan bahasa , mencadangkan bentuk dan wajah buku, jenis
cetakandan jilidan , malahan strategi pengedaran. Penulis memang mempunyai
bakat, pandai mengarang, tetapi dia tidak mengetahui segala-galanya tentang
penerbitan, dan selalu tidak nampak kesilapan-kesilapan kecil yang boleh
mencacatkan penerimaan pembaca , selepas begitu banyak tenaga, waktu dan
perbelanjaan dicurahkan.Sesekali penulis perlu merendah diri, berlapang dada,
dan berfikiran terbuka kerana ular menyusur akar takkan hilang bisanya.
Masalahnya editor yang mahir dan sanggup memberi waktu untuk membina penulis
atau orang lain sangatlah sukar diketemui.
Lihat juga sedikit ulasan dan perkongsian tentang penulisan di
www.celikhuruf.blogspot.com --
Be Yourself @ mail.com!Choose From 200+ Email AddressesGet a Free Account at
www.mail.com!
_________________________________________________________________
NEW! Get Windows Live FREE.
http://www.get.live.com/wl/all